Gua pergi minum-minum dengan budak site gua tadi di kedai Mark Chicks Laksa. Entah apa angin tah hari ni C.O.W gua jadi banyak cakap pulak. Terkena saka lori konkrit barangkali. Semua kuih muih dekat situ dia tanya. Namum dengan tabah Mark Chicks Laksa menjawab. Muka rilek je sambil balut popia basah power, sambil sekali-sekala membetulkan / menayang gelang emas besar di tangan. Poser.
"Cik, kuih karipap ni siapa buat?"
"Yang tu orang hantar."
"Cik, kuih lepat ni makcik buat ke?"
"Tak lah. yang tu pun orang hantar."
"Cik, kuah pekat tu pakai santan tak?"
"Mestilah pakai santan. Gila tak pakai santan?"
"Pakai santan kotak ke santan perah sendiri?"
Peh soalan.
Namun Mark Chicks Laksa menjawab dengan suara manja. "Santa kotak.."
Dia diam sekejap. Mungkin dah takde soalan nak tanya.
........
Baru nak rilek 5 saat.
"Cik, yang pasal karipap tadi tu, karipap sardin ke karipap kentang?"
"Karipap kentang. Apahal"?
"Kentang tu beli ke tanam sendiri?"
Kecik beso kecik beso Mark Chicks Laksa tengok dia. Gua tak cakap banyak. Terus karate meja. Orang bertempiaran lari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan