Masa aku darjah 6 dulu,sewaktu bulan puasa, abah aku kata dia tak nak bagi aku duit raya untuk tahun tu. Tapi dia suruh aku dan adik aku pergi menjual daun ketupat di depan pasar Muar. Modal beli daun ketupat dia tanggung.
Sebagai budak berumur 12 tahun masa tu, memang gila babi cuak aku nak berinteraksi dengan orang. Kalau orang kompelin daun ketupat pun aku tak tahu nak reply apa. Abah aku bagi satu table, satu baldi buat rendam daun, satu kerusi dan jugak selonggok daun ketupat.
Dan dia akan pantau satu jam sekali. Itu pun tengok dari jauh naik motor je. Takut aku kena angkut dengan Majlis kot.
Dan abah sempat pesan ke aku satu benda:
'Jangan takut dengan kritik. Tak berkudis, tak berkuping.'
Hari pertama memang aku menggelabah gila babi. Duduk macam orang bodoh sebelah bus stand. Nak godek handphone, handphone pun tak ada. Kadang-kadang rasa nak macam nak balik je. Tapi mengenangkan abah aku dah modalkan daun ketupat, tak sampai hati pulak rasanya.
The first step is the hardest. Aku rugi pada hari pertama sebab baik hati sangat bagi diskaun melampau.
Selepas melepasi pelanggan pertama, aku rasa macam datang satu keyakinan dalam diri. Jadi seronok pulak dapat jumpa orang, tawar menawar, tadah telinga dengar keluhan dan banyak lagi.
Betul, the first step is the hardest.
Sampai sekarang aku dah tak takut dah jumpa orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan