setegram

Instagram

3.5.13

RAHSIA POKOK SENA


Waktu gua darjah 2 dulu, pukul 7.15 pagi ada acara yang tak best, setiap hari. Acara mengutip daun kering yang jatuh berguguran di atas padang. Daun kering tu datangnya dari sebuah pokok berjenama Sena yang besar gila, terletak ngam-ngam tepi padang. Dari satu sudut gua pandang itu adalah port baik melepak waktu Pendidikan Jasmani, mengusha makwe main bola jaring. Dari satu sudut yang lain pulak, ini adalah bala sebab daun-daun kering tu bersepah satu padang. Pagi-pagi dah hilang mood kena kutip daun.

Selain dari daun-daun kering yang berguguran, pokok sena tu jugak menggugurkan sejenis benda berwarna coklat, bentuk dia sebijik macam kasut. Mula-mula gua pelik tengok benda ni. Tak pernah jumpa benda alah ni sebelum ni.


Satu hari tu, semasa gua tengah belek-belek benda coklat tu, datang kawan gua bernama Ajis. Ajis ni sekarang dah jadi tauke ayam. Semua ayam dalam kedai dekat Muar tu ayam dia. Nak lawan Leong Hup la tu. Badan Ajis pun macam ayam injek. 

Ajis cakap dekat gua : 

"Kau tahu tak apa benda ni?"
"Tak."
"Inilah kasut orang kerdil."
"Eh, ye ke?" gua tak puas hati sebab Ajis macam tahu lagi banyak dari gua.

"Iye. Baik kau simpan benda ni. Nanti malam orang kerdil tu datang nak ambil kasut, kau mintak dekat dia apa-apa. Mesti dia bagi punya."

Gua cepat-cepat kutip lagi 2-3 pasang kasut. Simpan dalam lopak pensil. Gua dah pasang hajat nak minta action figure Ninja Turtle ni.
.
Sampai hujung tahun darjah 3 baru gua buang kasut tu, bila rasakan itu perbuatan sia-sia.

Cilake Ajis menipu gua. Itu benih pokok la, benih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan