setegram

Instagram

11.5.13

ASAS ROCK


Sewaktu dalam perjalanan nak mengambil Puan Bini dari tempat kerjanya, Afinna terbelek-belek CD dalam kereta. Itu mesti cari lagu Nursery Rhymes tu. Tapi tiba-tia dia request :

"Babah, bukak lagu Wings, babah?"



Perkara itu taklah mengejutkan aku, sebab sebelum tu aku memang dah ajar yang mana Wings, yang mana Search, Awie mana satu, Amy mana satu, Black Ronaldinho yang mana.

"Nak layan Wings? Kejap." Aku capai CD Wings vs Search kaler hitam dan masukkan ke dalam CD Player.

Kami pun layan la Rasyidah Utama sepam. Kemudian aku tanya dia pulak :

"Kita bukak Butterfingers nak?"
"Butterfingers tu apa?"
"Lagu rock la."
"Lagu rock yang EEEE tu?"
"Bukan, ni rock lain. Asas untuk menjadi rock adalah Search, Wings dan Butterfingers, faham tak?"

Terkebil-kebil Afinna dengar ceramah ringkas yang lebih ringkas dari slip penyata ringkas.

***

Hari tu, Afinna belajar asas Rock yang ketiga, iaitu Butterfingers. Dimulakan dengan lagu Faculty of Mind.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan