Perihal 1
Masa zaman sekolah dulu, aku tiada telefon bimbit. Begitu juga kawan-kawan. Kami hanya berhubung hanya melalui telefon rumah. Punyalah selalu telefon kawan sampai aku tekan nombor tak payah tengok dah. Main raba-raba saja. Bila aku balik lewat, ma aku cari aku dengan cara telefon ke rumah kawan aku. Taktik kotor betul. Oh ya, ma aku dak mak kawan-kawan aku pun ada pakatan tersendiri. Diorang boleh call-mengcall bincang hal anak di telefon. Punah!
Perihal 2
Bila kawan telefon ke rumah aku, kadang-kadang abah dan ma aku pasang telinga nak dengar apa benda yang aku borakkan. Tapi aku dan kawan ada satu gaya bahasa yang susah orang nak tangkap. Gaya dia macam orang bercakap sambil lewa, sambil kunyah makanan. Kawan-kawan faham butir yang aku cakap, tetapi tidak abah dan ma aku. Kadang-kadang mereka rage tak tentu pasal sebab tak dapat tahu apa yang aku borakkan.
Perihal 3
Bila aku masuk universiti, abah aku hadiahkan (sebenarnya bukan hadiah, tetapi bagi sebab takde kotak riben bagai) telefon bimbit jenis Motorola. Tak besar gedabak, tak pula kecil tapi ada antena. Aku selalu guna antena tu untuk korek telinga. Aku guna simkad digi masa tu. Di Muar boleh la guna. Bila masuk belajar di Seri Iskandar dan duduk di flat JKR tu, haram takde line. Aku biarkan terperuk dalam laci sampailah satu hari telefon tu kena curi (laci kena kopak).
Perihal 4
Kawan aku Bob, pernah terbaring atas telefon bimbit aku tu hingga ter 'lock' dan minta password. Jenuh aku teka-teka pasword. Aku tuduh belakang badan dia ada jari.
Perihal 5
Telefon bimbit pertama yang yang aku beli sendiri adalah dengan menggunakan duit PTPTN. Sebagai pelajar Melayu, kita harus bijak menguruskan wang PTPTN dengan membeli telefon bimbit berjenama, seluar jean Levis original, kasut Nike dan bekas menyimpan kaki itik (diving gear) untuk dibuat lopak pensil. Telefon bimbit pertama aku adalah Nokia 8210, berharga RM 1,200.00 dan simkad Hotlink berharga RM 130.00. Besar punya mahal. Besar punya celaka. Topup wujud hanya rm 60. Setiap minit call 60sen dan sms 30sen. Setan. Masa tu apa-apahal main misscall je. Masa tu juga ada keluar ungkapan 'missed call, missed you, I call I love you'.
Perihal 6
Semenjak itu, setiap kali keluar PTPTN, aku tukar telefon baru. Aku pernah guna telefon berjenama Kyocera, masa tu dialah paling cantik dan ada ringtone mp3. Aku juga pernah beli telefon berjenama gampang. Nama dia aku lupa. Dalam telefon tu siap ada kalendar period. Tapi aku pakai 2 hari je. Sebab telefon tu panas 24 jam. Aku beli di Greentown, Ipoh. Kemudian aku trade in di kedai lain dengan harga yang lebih tinggi. Padan muka kena tipu.
Perihal 7
Perihal 7
Semenjak pandai guna telefon bimbit ni, aku mendapat banyak makwe skandal. Makwe budak akaun la, makwe kolej Baitulmal la. Makwe OM aku tak berani try sebab depa high taste. Macam mana boleh dapat nombor pun aku lupa. Makwe-makwe ni adalah jenis kita orang sms dan borak hari-hari tapi tak pernah jumpa. Berisiko juga profesion ni. Last-last aku tinggalkan semua tu bila dah bekerja. Tak baik mainkan anak orang. Aku dan rakan juga berjaya menjodohkan rakan dengan menggunakan teknik sms. Makwe tu balas sms, kami dalam bilik duduk berbincang nak reply apa. Dah kahwin pun diorang.
Perihal 8
Perihal 8
Bila dah masuk kerja, minat pada telefon bimbit dah makin kurang. Telefon pada aku asalkan boleh telefon, sms sudahlah. Aku hanya terasa nak pakai telefon pintar bila aku jual kedai stationery aku. Itu pun sebab tengok puan bini syok layan fesbuk di telefon. Nak jugak merasa. Bila dah pakai, jadi ketagih pula. Bala, bala.
Perihal 9
Perihal 9
Dan sekarang ni aku terasa nak pakai Nokia 8210 balik. Mata aku lemas tengok bateri telefon pintar ni asyik low saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan