Beberapa ratus Jumaat yang dahulu (tahun 1995), budak sekolah Maahad kalau setiap kali nak sembahyang Jumaat, kami kena bersembahyang di Masjid Jamek Sultan Abu Bakar. Zaman sekarang aku tak tahu la diorang sembahyang dekat mana. Masjid Jamek atau gua gelar Masjid Tanjung tu memang baik punya port. Parking tepi laut je. Dia punya angin memang sepoi-sepoi. Memang boleh terlentok la kalau tak kuat iman.
Selepas mengambil wuduk, gua dan roommate gua, Sanggam parking di saf tengah-tengah. Masa tu khutbah pertama dah start dah. Orang pun dah ramai. Dapat la mencelah sikit-sikit. Angin memang kuat betul hari tu. Memang tengah sedap la. Sambil-sambil mendengar khutbah tu, Sanggam pun tertidur. Gua pun dah tersengguk-sengguk. Buku nota yang brader senior suruh catit khutbah, haram gua tak tulis. Takpe balik nanti boleh copy.
Tidur punya tidur, kepala Sanggam sampai nak cecah karpet masjid dah. Masa tu Sanggam agak slim lagi. Perut masih tak sangkut. Ini betul punya sedap tidur ni. Tapi gua biarkan saja. Lagipun dalam masjid tu, ramai jugak gua nampak kutu tersengguk-sengguk.
Masuk khutbah kedua, gua dah terbangun, tetapi Sanggam masih dibuai mimpi. Sedap betul. Tapi tiba-tiba..
Kroohh!!
Krooohh!!
Kroooohhh!!
Cilakak, siap berdengkur pulak! Terperanjat gua.
Jemaah kiri kanan dah geleng kepala dah. Itu jam gua dah rasa nak pergi ambik wuduk semula dah. Malu punya pasal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan