Gua berani potong kuku la, kalau ada yang kata dekat hostel depa tak ada budak ngisap rokok. Beda'ah. Celah asrama mana pun mesti ada satu dua yang nakal. Kalau asrama pendidikan khas tu, gua tak tahu pulak kalau ada yang nakal macam tu.
Asrama tempat gua belajar ni pun tak terkecuali. Dari yang kecik membawak ke besar, ada saja satu dua yang nakal sikit. Dan yang satu dua itu termasuklah kawan gua ni. Tongkol namanya. Seperti juga Doyok, nama hodoh begitu selalu tak dapat dikenal pasti asal usulnya.
Tongkol ni muka macam Mat Saleh sikit. Badan besar, tinggi. Kulit putih melepak. Anak mata coklat-coklat ala ala Miley Cyrus. Dia ni asal orang Kota Tinggi. Bapak dia Polis Hutan dekat sana. Tongkol ni dia macam blur-blur sikit. Kalau bercakap dengan dia ni kena terang betul2, kalau tak nanti dia lambat tangkap. Selalu budak ni kalau berbual, lepas tu gelak-gelak, dia mesti ada delay 5-10 saat untuk gelak. Orang dah habis gelak, baru dia gelak. Apa jadah kau ni?
Dalam blur-blur tu, ngisap rokok jugak dia ni. Gua masih ingat masa gua form 3 dulu, pernah ada satu port yang teerrrahsiaa punya untuk ngisap rokok. Masa tu gua tak ngisap sangat, tapi suka ikut2. Faktor PRS kata budak sekolah. Port tu letaknya di bilik setor sebelah bilik Bedot, berhadapan dengan tangga. Dalam setor tu penuh la tilam dengan loker baju yang tak pakai. Budak- budak ni punyalah secure tempat tu, sampaikan nak masuk dalam setor tu hanyalah melalui tingkap. Tak habis lagi, kena lalu pulak di celah-celah loker yang disusun macam Kota Sesat dekat Taman Buaya Ayer Keroh tu. Untuk menambahkan power bilik setor tu, hisap rokok pulak bukan dekat situ, tapi atas siling dalam bilik setor tu. Peh, bila dah besar ni, gua fikir balik bertapa berusahanya nak ngisap rokok. Macam...ah malas la gua nak cakap.
Kesusahan mengisap rokok gaya begitu, sampai keluar peluh petani tu bukannya apa, tapi disebabkan tak dapat 'lesen' dari Abang Kawasan Hostel. Ya, di asrama, untuk melakukan kejahatan, perlu ada lesen. Kadang kadang bila gua perati balik, hidup dekat hostel ni memang macam hidup dekat jalanan. Kena survive sendiri. Kena pandai hidup, kena pandai berdiplomasi. Sedikit sebanyak mematangkan diri jugak benda alah ni.
Jadi, ada suatu malam tu, selepas minum malam, 2-3 kutu masuk port untuk melepak di atas siling. Bukannya luas sangat atas bumbung tu. Ada tangki air seketul, dan ada kawasan sikit. Nak lepak pun kena duduk atas gelegar. Kalau pijak siling, pecah nanti. Bila pecah siling, pecah la rahsia. Bila pecah rahsia, pecah la bibir tak pekena rokok.
Tak lama lepas tu, Tongkol menyusul masuk dalam setor tu. Dengan susah payah, dia masuk ikut tingkap nako dan panjat ke siling bertenggekkan loker dan tilam. Bila Tongkol masuk, tempat dah jadi sempit. Terpaksalah semua ambik seat sorang sikit nak duduk. Asap jangan cerita la. Sesak ya rabbi.
Dalam masing-masing tengah ejas-ejas tu tiba-tiba PRAAK!!. Ah sudah, Tongkol terpijak siling dan teruuus terjatuh ke bawah. Sudah la berlengging, berbadan putih, tergarit pulak dengan keping-keping siling. Hasilnya satu 'art' yang besar di belakang badan. Memang real. Nasib dia memang baik sebab jatuh atas tilam. Nasib baik jugak badan tak terpacak siling. Ada sembahyang lebih kot dia ni.
***
Ringkasnya, ada dua perkara berlaku selepas itu :
Perkara pertama, siling sudah bocor, tempat mesti kasi clear. Dan takde port-port lagi la.Perkara kedua, badan Tongkol berbirat tak ingat sampai tak pergi sekolah berapa hari, dan telah digantung keahliannya dari menjoin persatuan merokok buat beeberapa ketika.
Lek lu Tongkol, sap kok tang lu..!
p/s : Oh ya, Tongkol juga pernah buat perangai mandi pukul 2 pagi dan terus pakai baju sekolah. Katanya esok boleh bangun lewat, tak payah mandi dan boleh terus masuk kelas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan