setegram

Instagram

16.4.13

DEBAT PERDANA


Selepas habis buat inspection di site, gua melepak di warung depan flat Warisan Puteri dengan Brader Ya Latif, pekena keledek goreng dan air asam boi. Gua sampai lambat siit dari Brader Ya Latif. Dan gua lihat di tengah pekena borak denghan satu brader table sebelah. Rancak bukan main. Kawan lama la tu. Tapi bila gua dah parking bontot dekat kerusi, baru gua dapat tangkap yang brader table sebelah tengah cerita politik, dan dia bukan kawan pun dengan Brader Ya Latif ni.

Rasa kekok gila babi bila stranger bercerita politik dengan kau, dengan semangat kobar-kobar.

Pung-pang pung-pang brader tu kompelin sana sini, claim tanah tak dapat, nak beli rumah susah, pucuk pimpinan tak ikut dasar. Sekali sekala gua selit la sana-sini, mana yang boleh selit. Brader Ya Latif sikit-sikit 'haah', 'oh ye', 'itulah' 'dah agak dah'.

Tengah syok-syok borak, datang pulak satu brader lain bawak mi kari. Dia tumpang duduk di meja brader tu. Lepas tegur sapa dengan brader mi kari, brader tu sambung pung-pang pung-pang dengan kami. Brader mi kari tu khusyuk betul dengan mi kari dia, tak hirau kiri kanan.

Tapi entah dia dah panas telinga kot, dia pun cuba nak menyelit: "Saya ni dulu kerja kerajaan, tapi sekarang dah berhenti dah. Saya pun suka dengan Parti XX ni tapi kita tak boleh la nak menzahirkannya."

Ok, sekarang kita sudah ada dua jenis contoh rakyat. Satu rakyat yang pencen askar, tak berapa menyokong dasar kerajaan, dan dengan berani mengkompelin sana sini, menyokong pemuda menerajui pimpinan, dan  mintak YB turun jumpa rakyat tanya masalah. Kira lantang lah bersuara.

Yang seorang lagi juga pesara juga tak berapa menyokong dasar kerajaan, tapi takut nak menzahirkannya, takut nanti disalah anggap dan dipulau. Tapi setiap hujah dia main petik nama menteri tu saudara dia, jiran dia pegawai ni. Orang penting la dia ni dulu.


Dah bertekak dua orang tu. Seorang bersenjatakan mi kari. Seorang bersenjatakan air cincau.

Gua dengan Brader Ya Latif dan terdiam. Sikit-sikit gua jalan reverse dan bayar duit air dan cabut.

Cilakak, dah macam nak berperang tadi! Cemas jugak gua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan