setegram

Instagram

20.4.13

RINDU

Sebelum solat maghrib tadi, aku tergamam sekejap melihat Puan Bini menangis teresak-esak. Risau jugak aku lihat dia lain macam. Sakit ke, apa ke. Jadi sebagai suami yang prihatin, aku pun pergi la bertanya.

Hampir 5 minit aku menunggu dia berhenti menangis dan memberi jawapan.

Dengan suara tersangkut-sangkut, Puan Bini bermimpi yang dia ke kedai hendak membeli aiskrim. Di dalam kedai, dia (bermimpi) berjumpa dengan arwah Ayno. Memakai pakaian yang sama pada hari akhirnya.

Di dalam mimpinya, arwah kelihatan ceria, dan bertanyakan khabar semua orang. Dan bila terlihatkan Finna, dia kelihatan teruja, sebab anak buahnya dah besar, dah petah berkata-kata. Puan Bini juga sempat membelikan arwah aiskrim untuknya.

Satu-persatu aku mendengar butir cerita dari Puan Bini.

"Dan di akhir pertemuan itu, arwah berpesan salam kepada semua orang." kata Puan Bini sambil terus menangis.

Waktu tu, aku memang tak dapat bendung  perasaan lagi.

Air mata deras keluar.
Mata aku kabur seketika.

:’(

Perasaannya tak ubah semasa aku dapat berita kematiannya.

Ya Allah, mungkin hati aku sangat sensitif. Atau mungkin aku terlalu rindu.

Aku terus suruh Puan Bini solat maghrib.

Tetapi aku masih meratap di dapur keseorangan. Pedih hati ini bila terkenang akan dia.

Ya Allah, sesungguhnya aku amat amat amat merindui arwah.

(pause)

Dalam bacaan Yasin, hati kami masih menangisi pemergian mu. Maafkan sekiranya hadiah bacaan ini tidak sempurna, kerana membaca dengan suara tersekat-sekat. Hingga kini aku masih lagi pilu.

Semoga kau tenang di sana.

Kami di sini baik-baik sahaja.

Moga bertemu di lain waktu.

:’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan