setegram

Instagram

23.5.13

THE FIRST STEP


Masa aku darjah 6 dulu,sewaktu bulan puasa, abah aku kata dia tak nak bagi aku duit raya untuk tahun tu. Tapi dia suruh aku dan adik aku pergi menjual daun ketupat di depan pasar Muar. Modal beli daun ketupat dia tanggung.

Sebagai budak berumur 12 tahun masa tu, memang gila babi cuak aku nak berinteraksi dengan orang. Kalau orang kompelin daun ketupat pun aku tak tahu nak reply apa. Abah aku bagi satu table, satu baldi buat rendam daun, satu kerusi dan jugak selonggok daun ketupat.

Dan dia akan pantau satu jam sekali. Itu pun tengok dari jauh naik motor je. Takut aku kena angkut dengan Majlis kot.

Dan abah sempat pesan ke aku satu benda: 

'Jangan takut dengan kritik. Tak berkudis, tak berkuping.'

Hari pertama memang aku menggelabah gila babi. Duduk macam orang bodoh sebelah bus stand. Nak godek handphone, handphone pun tak ada. Kadang-kadang rasa nak macam nak balik je. Tapi mengenangkan abah aku dah modalkan daun ketupat, tak sampai hati pulak rasanya.

The first step is the hardest. Aku rugi pada hari pertama sebab baik hati sangat bagi diskaun melampau.

Selepas melepasi pelanggan pertama, aku rasa macam datang satu keyakinan dalam diri. Jadi seronok pulak dapat jumpa orang, tawar menawar, tadah telinga dengar keluhan dan banyak lagi.

Betul, the first step is the hardest.

Sampai sekarang aku dah tak takut dah jumpa orang.

PEDOMAN NAK KAYA

Semua orang mestilah nak merasa jadi kaya. Aku, kau dan kau semuanya ada impian macam tu. Dapat jadi kaya satu hari pun ok dah. Apatah lagi dapat jadi kaya sepanjang hayat.

Aku ada kawan yang aku rasa tak perlulah aku sebut nama dia dekat sini. Tapi kisah hidup dia memang selalu aku jadikan panduan dalam hidup. Aku ingat lagi macam mana aku melepak dengan dia berdua, sampai ke pagi, dia bagi aku nasihat, nasihat dan nasihat untuk aku survive.

Dulu dia ni kerja di sebuah kilang di Johor Bahru. Ketika hidup mula selesa di sana, dia mendapat seruan dari rakan sekolahnya sendiri tentang kerja bergaji lumayan di Kuala Lumpur. Akibat gelap mata, dia pun berhijrah la ke kota batu, dengan harapan dapat pulang ke kampung membawa segunung wang. Sampai di sana, dia ditempatkan bersama-sama beberapa orang lain yang ditumpangkan di rumah rakan kepada rakannya.

Malang mula menyinggah apabila kerja yang dijanjikan tak seperti yang diharapkan. Dari sehari ke sehari, kerjanya hanya bangun tidur dan tidur balik. Dan kadang-kadang disuruh membuat sale di tepi jalan. Wang saku pula semakin menipis. Ada kalanya dia terpaksa berlapar kerana mencatu makanan. Rakan yang menjanjikan bahagia tu pula dah mula tak angkat telefon.

Akhirnya dia nekad, dengan meminjam wang, dia pulang ke kampung. Dan kembali bekerja di kilang, seingat aku.

Hidupnya selepas kejadian itu amatlah susah. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan esok. Makannya bersukat. Belanjanya berkira. Kalau nak beli sabun basuh, beli yang paling murah. Nak makan pun asalkan lepas lapar di perut. Dia pernah bercerita kepada aku bagaimana pada satu hari, anaknya meminta untuk dibelikan permainan. Dan dalam poketnya hanya ada RM 5.00.

Ditinggalkan anaknya di rumah bersama isteri, dan di pergi ke pasaraya seorang diri.

Hampir dua jam dia terpusing-pusing di ruangan permainan pasaraya itu, hanya untuk memilih permainan yang paling murah dan berkualiti. Begitu berkiranya dia pada masa tu.

Tapi, tuah ayam nampak di kaki.

Rezeki datang bergolek apabila dia ditawarkan kerja oleh abang iparnya. Bekerja menguruskan visa kemasukan pekerja asing professional. Bulan pertama, gaji yang tercatat di slipnya adalah RM 8,000.00. Hampir tergolek apabila dia membaca slip tersebut.

Tapi mujur dia tak lupa diri. Walau dah berhaji besar, dia masih guna Kancil batang shaft nak patah tu sampai reput. baru-baru ni je dia baru tukar kereta.

Ini kerana dia selalu beringat, mengejar kaya ni macam berlumba panjat pokok.

Kena hati-hati. kalau terjatuh dari tempat tinggi, nanti sakitnya kepalang.

22.5.13

MEMBELI AIR


Cuaca panas ya amat hari ni. Kalau tak 40 degree, mesti 52 degree. memang panas.

Tadi aku singgah sebentar hendak membeli air bungkus. Aku nampak ada air limau kasturi dekat gerai di seberang jalan. Pekena air limau time panas ni memang bernas. Sampai di gerai, aku tengok ada 2-3 brader lain tengah menunggu jugak. Nak beli air juga barangkali.

Tapi aku tengok budak perempuan penjaga gerai tu sibuk buat reherasal Gwiyomi dengan adik dia, siap pasang lagu di telefon. Bila masuk lirik 'Miko! Miko!' cakap kuat-kuat.

Berapi-api jugak aku tengok muka brader tu. Kena tunggu adik tu siap Gwiyomi baru dapat air. Mahu kena makan safety boot baru nak bergegas gamaknya.

Cepat la dik, abang panas ni!!

21.5.13

RAGING


Antara perkara takde kerja yang senior kami lakukan apabila student baru masuk asrama ialah melatih junior mereka menjadi kuat.

Melatih macamana? Ha sini aku nak cerita.

Bila budak junior masuk sekolah, mereka juga akan mendapat tempat di asrama. Satu bilik tu selalunya warden campur-campurkan antara tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Budak tingkatan satu dalam setiap bilik tu ada la 4-5 orang, mengikut luas bilik.

Senior akan perati la budak junior bilik diorang ni boleh pergi ke tak. Yang badan kental, yang muka samseng, yang muka usha garing memang kena pilih. Yang muka-muka jambu, tunggu la senior-senior yang jambu datang menjemput. Pergi main sidai-sidai kain, jahit selimut.

Budak-budak badan kental ni akan disuruh la buat macam-macam. Kena suruh pumping, basuh baju, test-test tumbuk dekat perut. Dengan kata lain, kena raging la. Paling parah bila senior ajak sparring. Yang kau gaduh koboi, yang dia ada taekwando, silat sendeng bagai. Bila time sparring tu diorang kalah, mula la nak emo. Ajak lawan dengan senior lain pulak. Setan jugak benda macam ni. Macam main takraw, menang stay. Mana boleh tahan. Sudahnya, kau lembik, kena pukul, badan lebam sana sini.

Tapi, jarang budak pada zaman aku pergi mengadu dekat warden yang mereka kena raging. Sesetengah pihak mungkin pandang benda ni adalah kes besar, terutamanya pihak sekolah. Tapi dari mata pelajar itu sendiri, aku percaya masa zaman itu ia tak dipandang begitu.

Raging pada zaman aku bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, tetapi sesuatu yang dibanggakan. Raging adalah simbol survival kau di kalangan orang yang asing buat kau. Simbol yang kau dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Simbol yang kau dapat perhatian. In fact, di asrama, itulah cara senior-junior nak bermesra. 

Diorang takde nak peluk-peluk kau, cium-cium kau nak tunjuk mesra. Penumbuk penampar tu ada la.

Tapi tak dinafikan, ada juga sesetengah kes macam ni yang membawa kepada dendam. Sampai luar sekolah tak settle. Tapi selalunya, junior yang kena raging akan rapat dengan senior. Lesen memang besar habis. Sembahyang pun dekat line belakang.

PENTING NI!

Masuk sekolah maahad tak menjanjikan masuk syurga, masuk uia, jadi rakan masjid, pandai bahasa arab, baik macam malaikat.

Tapi sekurang-kurangnya membuatkan kau merasa bersalah bila nak menyetan.

Rasa bersalah tu bagus, kerana lama-lama boleh mengundang penyesalan dan taubat. Harap-harap la.

PERIHAL TELEFON



Perihal 1


Masa zaman sekolah dulu, aku tiada telefon bimbit. Begitu juga kawan-kawan. Kami hanya berhubung hanya melalui telefon rumah. Punyalah selalu telefon kawan sampai aku tekan nombor tak payah tengok dah. Main raba-raba saja. Bila aku balik lewat, ma aku cari aku dengan cara telefon ke rumah kawan aku. Taktik kotor betul. Oh ya, ma aku dak mak kawan-kawan aku pun ada pakatan tersendiri. Diorang boleh call-mengcall bincang hal anak di telefon. Punah!

Perihal 2

Bila kawan telefon ke rumah aku, kadang-kadang abah dan ma aku pasang telinga nak dengar apa benda yang aku borakkan. Tapi aku dan kawan ada satu gaya bahasa yang susah orang nak tangkap. Gaya dia macam orang bercakap sambil lewa, sambil kunyah makanan. Kawan-kawan faham butir yang aku cakap, tetapi tidak abah dan ma aku. Kadang-kadang mereka rage tak tentu pasal sebab tak dapat tahu apa yang aku borakkan.

Perihal 3
Bila aku masuk universiti, abah aku hadiahkan (sebenarnya bukan hadiah, tetapi bagi sebab takde kotak riben bagai) telefon bimbit jenis Motorola. Tak besar gedabak, tak pula kecil tapi ada antena. Aku selalu guna antena tu untuk korek telinga. Aku guna simkad digi masa tu. Di Muar boleh la guna. Bila masuk belajar di Seri Iskandar dan duduk di flat JKR tu, haram takde line. Aku biarkan terperuk dalam laci sampailah satu hari telefon tu kena curi (laci kena kopak).

Perihal 4
Kawan aku Bob, pernah terbaring atas telefon bimbit aku tu hingga ter 'lock' dan minta password. Jenuh aku teka-teka pasword. Aku tuduh belakang badan dia ada jari.

Perihal 5
Telefon bimbit pertama yang yang aku beli sendiri adalah dengan menggunakan duit PTPTN. Sebagai pelajar Melayu, kita harus bijak menguruskan wang PTPTN dengan membeli telefon bimbit berjenama, seluar jean Levis original, kasut Nike dan bekas menyimpan kaki itik (diving gear) untuk dibuat lopak pensil. Telefon bimbit pertama aku adalah Nokia 8210, berharga RM 1,200.00 dan simkad Hotlink berharga RM 130.00. Besar punya mahal. Besar punya celaka. Topup wujud hanya rm 60. Setiap minit call 60sen dan sms 30sen. Setan. Masa tu apa-apahal main misscall je. Masa tu juga ada keluar ungkapan 'missed call, missed you, I call I love you'.

Perihal 6
Semenjak itu, setiap kali keluar PTPTN, aku tukar telefon baru. Aku pernah guna telefon berjenama Kyocera, masa tu dialah paling cantik dan ada ringtone mp3. Aku juga pernah beli telefon berjenama gampang. Nama dia aku lupa. Dalam telefon tu siap ada kalendar period. Tapi aku pakai 2 hari je. Sebab telefon tu panas 24 jam. Aku beli di Greentown, Ipoh. Kemudian aku trade in di kedai lain dengan harga yang lebih tinggi. Padan muka kena tipu.

Perihal 7
Semenjak pandai guna telefon bimbit ni, aku mendapat banyak makwe skandal. Makwe budak akaun la, makwe kolej Baitulmal la. Makwe OM aku tak berani try sebab depa high taste. Macam mana boleh dapat nombor pun aku lupa. Makwe-makwe ni adalah jenis kita orang sms dan borak hari-hari tapi tak pernah jumpa. Berisiko juga profesion ni. Last-last aku tinggalkan semua tu bila dah bekerja. Tak baik mainkan anak orang. Aku dan rakan juga berjaya menjodohkan rakan dengan menggunakan teknik sms. Makwe tu balas sms, kami dalam bilik duduk berbincang nak reply apa. Dah kahwin pun diorang.

Perihal 8
Bila dah masuk kerja, minat pada telefon bimbit dah makin kurang. Telefon pada aku asalkan boleh telefon, sms sudahlah. Aku hanya terasa nak pakai telefon pintar bila aku jual kedai stationery aku. Itu pun sebab tengok puan bini syok layan fesbuk di telefon. Nak jugak merasa. Bila dah pakai, jadi ketagih pula. Bala, bala.

Perihal 9
Dan sekarang ni aku terasa nak pakai Nokia 8210 balik. Mata aku lemas tengok bateri telefon pintar ni asyik low saja.

17.5.13

ABEBASYEN

Pukul 5.30 macam biasa, aku pergi ambil Afinna di Taska. Lepas pung-pang-pung-pang dengan Mak Long Taska, kami bergegas pula untuk ambik Puan Bini.

Masuk saja dalam kereta, macam biasa juga, solan bapak-bapak terkeluar dari mulut aku :

"Hari ni belajar apa?"
"Hari ni baca buku dengan abang Jilo." Afinna jawab sambil belek suratkhabar yang aku beli tadi. Sikit pun tak pandang aku. Biadap betul.

Abang Jilo ni adalah anak kepada Mak Long Taska. Dia selalu juga melepak di Taska tu.

"Abang Jilo tak kerja ke?" Aku saja menguji.
"Kerja la. Dia kerja dekat office."
"Abang Jilo kerja apa?"
"Dia kerja....abebasyen."
"Ha..kerja apa?"
"Abebasyen..! abebasyen.!"

Jenuh juga aku fikir abebasyen tu profession macam mana. Dan satu masalah, Abang Jilo ni aku rasa tak kerja lagi.

"Abebasyen tu kerja macam mana?"
"Yang terbang-terbang tu la..."
"Aviation?"
"Haa la..kan tadi cakap abebasyen.."

Damn it! apasal kau pandai sebut aviation ni. Canggih sangat tatabahasa tu. Aku dulu kenal perkataan aviation ni masa masuk sekolah menengah tau. Dasyat,dasyat.

11.5.13

ASAS ROCK


Sewaktu dalam perjalanan nak mengambil Puan Bini dari tempat kerjanya, Afinna terbelek-belek CD dalam kereta. Itu mesti cari lagu Nursery Rhymes tu. Tapi tiba-tia dia request :

"Babah, bukak lagu Wings, babah?"



Perkara itu taklah mengejutkan aku, sebab sebelum tu aku memang dah ajar yang mana Wings, yang mana Search, Awie mana satu, Amy mana satu, Black Ronaldinho yang mana.

"Nak layan Wings? Kejap." Aku capai CD Wings vs Search kaler hitam dan masukkan ke dalam CD Player.

Kami pun layan la Rasyidah Utama sepam. Kemudian aku tanya dia pulak :

"Kita bukak Butterfingers nak?"
"Butterfingers tu apa?"
"Lagu rock la."
"Lagu rock yang EEEE tu?"
"Bukan, ni rock lain. Asas untuk menjadi rock adalah Search, Wings dan Butterfingers, faham tak?"

Terkebil-kebil Afinna dengar ceramah ringkas yang lebih ringkas dari slip penyata ringkas.

***

Hari tu, Afinna belajar asas Rock yang ketiga, iaitu Butterfingers. Dimulakan dengan lagu Faculty of Mind.

9.5.13

CERITA PENDEK MELAKA

Ok cerita ni pendek aja. Ini kisah aku semasa aku dalam Tingkatan 4 atau 5. Aku dah lupa. Aku pun tak tahu kenapa aku hilang ingatan bila cerita pasal sekolah dekat Melaka.

Ada satu hari tu, member aku bernama Bapak Setan aka Apak telah menjemput kami, pemuda rumah sewa Solok Bukit Piatu untuk menghadiri 'open school' di Infant Jesus Convent. Ya Convent tau. Sekolah perempuan. Belalai-belalai takde.

Dengan niat ingin mencari jodoh ala selebriti, maka aku, Senik, Mat Ramat, Bob, Nizam, Ijan Sahar Arpan dan beberapa yang lain pun pakat naik Town Bus pergi sekolah tersebut. Ijan Sahar Arpan dengan Bapak Setan je naik motor sebab dia anak orang kaya. Kami anak orang kebanyakkan.

Sampai di sana, Ya Rabbi ramai betul lelaki. Jenis gelojoh. Ini aku syak datang dari pukul 10 pagi tak balik-balik ni. Makwe sekolah convent pun daring-daring jugak. Entah macam mana, aku terikut budak-budak ni melepak dengan satu makwe dan group dia.

Aku ingat lagi makwe tu pakai spek, mulut riuh-riuh sikit, dan dia pakai tanda di dahi macam orang India tu. Masa tu Gwen Stefani No Doubt selalu pakai tanda dahi tu. Tapi apa kisah seterusnya kau tak ingat dah.

***

Bila aku dah besar dewasa gemuk ni, barulah aku tahu, makwe yang kami dok borak dulu tu Anak Menteri Besar Melaka yang dulu, Dira Abu Zahar. Ciss!!!

7.5.13

DENGAR SINI SEMUA!!


Buku power ini sekarang dijual secara online dan direct daripada penulis. jadi kepada sesiapa yang terlepas untuk memdapatkan buku ini semasa Pesta Buku Antarabagsa tempoh hari, usah menangis.

Untuk mendapatkannya, sila lawati facebook aku, www.facebook.com/andieshak dan tinggalkan NAMA PENUH DAN ALAMAT di dalam inbox aku. Segala detail mengenai harga dan cara pembayaran akan diterangkan di situ.

Selesai sahaja membuat pembayaran, sila beritahu MASA dan JUMLAH. Buku akan dihantar dengan seberapa lekas.

*Setiap buku akan ditandatangani. Mahal tu!

BAIK, BERTINDAK SEGERA!


4.5.13

MENGHADAPI BCG



Fakta 1: Semua rakyat Malaysia pernah kena suntik BCG. Kalau kau takde BCG, kau sebenarnya orang Nepal.

***

Bila nampak je van hospital masuk, kelas aku jadi astagfirullahalazim punya kucar-kacir. Kelam kabut semacam semua. Ada yang berwajah cemas, ada yang muka rilek-rilek, ada juga telan air kotak coklat hilangkan neves. Yang lari pergi tandas pun ada.

Seminggu sebelum tu, cikgu kelas aku dah beritahu yang pada minggu hadapan, pihak hospital akan datang untuk memberikan suntikan BCG. Aku dah pernah dengar dah cerita-cerita merrepak pasal BCG sebelum ni. Masa tu aku darjah 4. Ada budak darjah 6 beritahu yang diorang kena injek BCG guna besi panas. Habis tangan berlubang. Apa gila teruk sangat orang hospital ni? Sampai nak lubangkan tangan anak orang? Gila ni, gila. Lepas tu diorang cerita lagi, lepas kena injek, nanti tangan bernanah sebulan. Kalau BCG masa kecil dulu, aku tak tahu la apa perasaan masa tu.

Dan paling gila, diorang kata kalau BCG kau bernanah, itu maknanya tak jadi. Nanti hospital akan korek semula, dan kena BCG balik semula.

Memang lemah semangat aku dengar cerita macam ni. Tapi nak buat macam mana pun, van hospital dah sampai dekat sekolah aku pun.

Macam-macam gaya ada bila kena injek. Muka berkerut, menangis, gigit bibir, nak terkincit. Muka rilek pun ada. Aku syak dia pakai tangkal. Yan genggam tangan nurse pun ada. Jenis ambik kesempatan. Bila sampai giliran, aku tengok nurse tu celup jarum dalam air panas, yang aku pun tak berapa pasti prosedur dia. Tapi yang pasti takde la guna besi panas. Lega sikit.

Tapi bila jarum tu menusik ke dalam lengan, ya Rabbi dia punya sakit tuhan saja yang tahu. Separa menjerit juga aku dibuatnya.

Fakta 2: Semua rakyat Malaysia kena suntik BCG 2 kali seumur hidup.

***

Sehari lepas mengahdapi BCG, kawasan kena suntik tu membengkak dan mulai bernanah. Jadi aku kena la lipat sikit lengan baju sekolah tu. Wah time tu dapat lesen la. Guru pengawas pun tak boleh marah. Jalan pun berenjut je. Baru matching dengan lengan baju berlipat. Asal lalu depan kelas darjah 5 je, masing masing tunjuk lengan. Makwe darjah 5 mesti kagum sebab brader ni berani gila ambik suntikan BCG.

Ye la, orang senior je yang kena BCG ni woi!

3.5.13

RAHSIA POKOK SENA


Waktu gua darjah 2 dulu, pukul 7.15 pagi ada acara yang tak best, setiap hari. Acara mengutip daun kering yang jatuh berguguran di atas padang. Daun kering tu datangnya dari sebuah pokok berjenama Sena yang besar gila, terletak ngam-ngam tepi padang. Dari satu sudut gua pandang itu adalah port baik melepak waktu Pendidikan Jasmani, mengusha makwe main bola jaring. Dari satu sudut yang lain pulak, ini adalah bala sebab daun-daun kering tu bersepah satu padang. Pagi-pagi dah hilang mood kena kutip daun.

Selain dari daun-daun kering yang berguguran, pokok sena tu jugak menggugurkan sejenis benda berwarna coklat, bentuk dia sebijik macam kasut. Mula-mula gua pelik tengok benda ni. Tak pernah jumpa benda alah ni sebelum ni.


Satu hari tu, semasa gua tengah belek-belek benda coklat tu, datang kawan gua bernama Ajis. Ajis ni sekarang dah jadi tauke ayam. Semua ayam dalam kedai dekat Muar tu ayam dia. Nak lawan Leong Hup la tu. Badan Ajis pun macam ayam injek. 

Ajis cakap dekat gua : 

"Kau tahu tak apa benda ni?"
"Tak."
"Inilah kasut orang kerdil."
"Eh, ye ke?" gua tak puas hati sebab Ajis macam tahu lagi banyak dari gua.

"Iye. Baik kau simpan benda ni. Nanti malam orang kerdil tu datang nak ambil kasut, kau mintak dekat dia apa-apa. Mesti dia bagi punya."

Gua cepat-cepat kutip lagi 2-3 pasang kasut. Simpan dalam lopak pensil. Gua dah pasang hajat nak minta action figure Ninja Turtle ni.
.
Sampai hujung tahun darjah 3 baru gua buang kasut tu, bila rasakan itu perbuatan sia-sia.

Cilake Ajis menipu gua. Itu benih pokok la, benih!