setegram

Instagram

28.2.15

BAGAIMANA JIKA

26.2.2015
What if (Mocca)
------------------

Beberapa hari yang lepas saya diselubungi perasaan bersalah.

Usai asar di Masjid Sepang, saya didatangi oleh sekumpulan geng jubah. Salah seorang daripada mereka memberi salam kepada saya. Saya sahut salamnya. Lantas dia menghampiri saya dan bertanya apakah saya boleh berbahasa Arab.

Saya terfikir kali terakhir saya berbahasa Arab adalah semasa berumur 15 tahun,  sewaktu ujian dialog. Jadi saya jawab kepadanya saya tidak pandai berbahasa Arab. Kemudian dia kata saya menjawab salamnya dalam bahasa Arab.

Lalu, saya harus menjawab salamnya dalam bahasa apa lagi selain Arab? Wa'alaikumsalam itu standard prosedur menjawab salam. Takkan saya mahu menjawab salam di dalam bahasa Thailand pula.

Saya tidak pasti dia bergurau atau dia memang sebenarnya blur, memandangkan dia kata mereka dari Saudi Arabia.

Jadi kami berbahasa seterusnya di dalam bahasa Inggeris.

Ok berbalik kepada cerita geng jubah tadi. Dia mendatangi saya dengan bahasa yang sopan,  bertanya khabar dan sebagainya. Dia kata telah menunggu saya hampir 15 minit kerana hatinya telah terbuka pada kali pertama sewaktu berjumpa di tangga masjid sebelum itu. Saya abaikan poin itu kerana itu ayat klise untuk meminta pertolongan atau menjual produk. Lantas saya terus bertanya padanya apa tujuannya.

Dia meminta saya untuk menderma atau mewakafkan Al Quran. Dia juga meminta saya menulis nama saya, nama ibu bapa saya di atas sekeping kertas. Katanya untuk didoakan di hadapan Kaabah. Tetapi melihatkan keadaan kertas usang yang kelihatan lebih kepada kertas bungkusan,  saya tidak yakin kertas ini akan sampai di hadapan Kaabah.

Tetapi saya tulis juga lah kerana saya manusia yang percaya kepada keajaiban. Saya juga diarahkan menulis jumlah wang yang hendak disedekahkan. Saya menulis rm 10.00

Dia memandang saya dengan wajah sedikit terkilan. Dia menegaskan bahawa wakaf Al Quran adalah sebanyak rm 250.00 per unit. Saya hampir terperanjat dan mengatakan tiada wang sebanyak itu untuk diberikan pada waktu itu. Tetapi dia berterus terusan meminta saya rm 250.00 untuk 'diwakafkan' sambil memancing nama saya dan keluarga akan didoakan di hadapan Kaabah.

Saya menjadi sedikit berang kerana dipaksa begini. Saya katakan padanya saya tiada wang sebegitu banyak untuk diberikan.  Dia tetap bertegas juga meminta jumlah tersebut. Akhirnya saya katakan saya akan beri rm 50.00 sebagai sedekah. Saya menjangkakan itu akan meredakan perbualan kami yang sedikit tegang.

Nyata dia tidak mahu menerima sedekah saya itu. Dia tetap mahu saya mewakafkan rm 250.00. Tidak boleh kurang.

Entah apa yang saya fikirkan waktu itu,  saya memintanya untuk tunggu sebentar barang setengah jam. Saya perlu ke tempat kerja saya untuk mengambil yang yang diminta. Sedangkan di tempat kerja saya pun bukannya ada mesin ATM.

Sebenarnya saya terus pulang ke rumah. Sengaja membiarkan dia terkulat kulat menunggu saya membawa rm 250.00 kepadanya. Waktu itu saya rasa dia mahu menipu saya. Hati saya disalut dengan perasaan marah dan bengang. Marah kerana dia memaksa saya dan bengang kerana dia tidak faham konsep asas bersedekah. Iaitu ikhlas.

Sampai di rumah, perasaan bersalah pula mula menyelubungi saya. Apa jadi padanya yang menunggu saya di masjid? Mungkin hatinya kecewa kerana saya membiarkannya begitu. Bagaimana pula kalau dia sememangnya tidak menipu? Bagaimana pula kalau dia memang di dalam kesusahan?

Lantas saya makan nasi dan ayam goreng untuk mengendurkan perasaan itu.

21.2.15

KE STADIUM

21.2.2015
Ayuh Johor (Jdt)

Aku parking di rnr Dengkil tunggu Niko dan Jimik sampai dari Selatan. Lepas setengah jam menunggu,  diorang sampai dan parking depan aku. Tapi tak perasan aku.

Kebetulan sebiji Ixora juga baru parking di sebelahnya. Juga dari selatan aku kira, melihatkan baju yang dipakai.

Aku jerit ke Niko.  "Niko! "

Brader Ixora pakai baju Bos pandang aku. "Jap jap tukar baju dulu. " Eh.

Aku senyum je la sambil angkat tangan.

18.2.15

CELEBRATION

18.2.2015
Coi San Dou (George Lam)

Di kedai makan. Aku menikmati nasi goreng dan begedil. Alfred menikmati mee goreng dan telur mata lembu. Kami minum teh o ais, dari dua gelas yang berbeza.

Esok kaum Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Aku yang teruja tanya macam- macam benda pada Alfred. Dia balik kampung di mana, sudah beli baju ke belum, esok masak apa.

Dia jawab nak tak nak sahaja. satu aku tanya, satu dia balas. tak seperti hari biasa.

Kemudian aku dah tak tanya lagi. Malas ganggu fikirannya. Mungkin ada benda rumit yang berlegar di kepalanya. Biarkan dia dengan dunianya. aku dengan nasi goreng ku.

"Aiyo..! Macam mana saya boleh lupa mahu angkat leave aa? Patut semalam saya sudah balik kampung oo.."

Laa. Itu je masalahnya. Lepas makan aku suruh Alfred balik kampung (kampung di Bukuit Jalil  je). Tak payah tunggu sampai petang. Aku boleh cover.

Coi San Dou, Alfred!

14.2.15

SIHIR MAMA

Waktu kecil dahulu.

Bila aku buka peti ais nak gogok air sejuk, Ma aku akan jerit dari ruang tv:
"Minum pakai cawan, jangan gogok je!"

Balik dari bermain, buka tudung saji, nak ratah lauk. Ma akan jerit dari tempat penyidai:
"Tangan tu basuh dulu. Nanti kuman masuk! "

Bila aku baca komik dalam bilik instead of buat homework, Ma akan sound dari luar :
"Buatlah kerja sekolah tu. Jangan baca komik je."

Bila aku terlupa tutup pili dan terus pergi tengok tv, Ma aku sound dari sofa sambil menjahit:
"Air tu kenapa tak tutup. Membazir."

Ma aku ada berapa mata sebenarnya ni?

FROZEN

Lepas tonton Frozen. Buat kali ke 2 kurang dari 12 jam.

"Cuba Babah buat macam ni (hentak kaki). Nanti keluar ais. "
Aku pun hentak kaki. Tak ada apa apa berlaku, kecuali air Milo hampir tumpah.

"Babah tau kenapa tak jadi? "
"Kenapa... "

"Sebab Babah belum mandi lagi. "

Mana la aku letak tong sampah yang muat saiz budak tadi.

KANAK KANAK AKU


Makan tengahari tadi, aku terserempak dengan satu keluarga, makan di meja hadapan aku. Ada bapa, ibu dan 3 orang anaknya.

Nampak meriah, sepatutnya.

Tapi hakikatnya, si bapa, ibu dan anak anaknya masing masing melayan diri sendiri. Si bapa sibuk berbual di telefon. Ibu tersenyum sendirian, mungkin sedang bermain whatsapp dan anak anak nya bermain permainan di iPad dan telefon.

Sayangnya. Waktu begitu sepatutnya dihabiskan dengan berbual mesra sambil menunggu makanan yang dipesan sampai.

Terfikir juga aku akan keberuntungan anak anak zaman sekarang yang serba mudah, serba maju. Tidak seperti zaman aku kecil dahulu. Dan aku teringat momen momen waktu kecil dahulu.

***

Waktu aku kecil dahulu, kami sekeluarga sering makan malam bersama. Sebelum makan abah akan baca doa dahulu. Panjang juga doanya. Kadang kadang aku tidak sabar dan mencuit cuit nasi di dalam pinggan. Pasti abah akan menjeling tajam kepadaku sambil mulutnya masih terkumat kamit membaca doa.

Bila waktu makan, abah suka berbicara tentang apa sahaja. Random. Termasuklah komplen masakan mama. Tapi mama rilek je. Sebab dia tahu abah saja je nak bikin modal cerita waktu makan.

Dalam kami 3 beradik (waktu itu), kami sering berlumba, kerana siapa yang paling akhir kena basuh pinggan dan lap meja. Tapi kalau lauk sedap, aku jadi orang paling akhir pun tak apa. Apalah salahnya aku basuh pinggan kalau terpaksa habiskan asam pedas digaul bersama planta, kicap dan nasi panas.

Kalau cuaca panas, aku adalah orang yang paling rimas. Port terbaik aku masa tu ialah di peti sejuk. Aku selalu buka dan baring depan pintu peti sejuk untuk sejukkan badan. Peti sejuk ni banyak juga gunanya. Hari minggu, aku keringkan kasut sekolah di bawah peti sejuk (peti sejuk kami ialah jenis ada kaki batu di bawahnya). Tapi riwayat peti sejuk tu tak lama, bila ia tumbang semasa aku bermain sorok sorok dengan adik.

Aku tak pernah ada lego masa kecil dahulu. Lego yang aku main adalah lego rakan rakan dan sepupu. Tapi abah selalu belikan aku tanah liat. Aku cipta dinosaur, kereta dan helicopter airwolf, lengkap dengan volcano tempat persembunyian helicopter (guna kusyen).

Permainan yang paling best pernah aku ada ialah skateboard fish deck warna hijau. Beli di pasaraya Upwell. Harga 30 ringgit rasanya. Dia punya berat ya rabbi. Tayarnya kuning dan lebar macam steamroller.

Lama aku guna skateboard hinggalah patah dilanggar abah masa nak reverse kereta.

Rancangan tv aku hanyalah TV 1, 2, 3. Ntv, TV8,9 semua tak ada masa tu. Berbekalkan tv jenama National tu kami adik beradik survive, tanpa remote. Bila siaran tak sedap semua resah. Jangan ada yang bangun je, memang kena minta tolong tukarkan channel.

Mujur abah ada beli perakam video masa tu. Dan banyak video kosong untuk aku rakam semua benda. Dari cerita P. Ramlee, kartun Tom n Jerry hinggalah iklan Dorina semua aku hentam rakam. Abah juga ada belikan aku cerita Masked Rider sampai 4-5 biji untuk tontonan cuti sekolah.

Waktu petang, kami bermain galah panjang, zero point, ting ting, lumba basikal dan rounders. Ataupun pergi mencari labah labah 'King' di celahan daun pandan dan simpan di dalam kotak mancis. Makanannya adalah air liur dan semut. Ataupun bermain daun tepuk, gambar Ultraman.

Paling dah tak ada geng pun, main kapal terbang polisterin yang dijual serendah 50 sen di kedai. Ataupun layang layang. Tapi aku tak gemar main layang layang. Tak feel.

Memang jauh bezanya zaman kanak kanak aku dengan kanak kanak zaman sekarang. Tiada gajet tetapi imaginasi yang tiada limit.

7 ELEVEN

27.6.2014
Under Influence (Taking back Sunday)

Kadang kadang ada soalan yang kita serba salah nak jawab, contohnya:

"7 Eleven tutup pukul berapa ah? Aku nak beli ais ni. "

Apa yang kita boleh buat hanyalah renung wajahnya, usap rambutnya dengan penuh simpati.
Kemudian cengkam halkumnya dan rendam kepalanya dalam larutan natrium sobiat haidrotistus terhidrat.

ANTI ESTABLISHMENT

Dari mula mula kahwin dulu aku dah syak bini aku ni anti establishment. Mungkin juga dia fak the system. Sebab dia enggan guna blender untuk hancurkan bawang. Dia suka guna lesung batu.

Punk betul.

Masalahnya masa masak tadi, aku ditugaskan untuk buat kerja anti establishment tu.

Menjejes jejes air mata.

KELAM KABUT

Pinah ni huru hara la. Dari aku pergi beli makanan tadi, dia suruh cepat berbuka. Masa aku berbuka dia suruh cepat maghrib. Lepas maghrib dia suruh cepat Isyak pula. Lepas tu jalan mundar mandir dalam rumah. Tak keruan.

Sebab aku dah janji nak main bunga api selepas Isyak.

Bila dah ready nak main, dia pula yang takut. Mende tah.

PINDAH



8.8.2014
Friday Im In Love (The Cure)

Jiran sebelah rumah aku nak pindah dah. Dapat transfer di kampung sendiri, di Kelantan.
Pinah sudah tentu hilang kawan yang tak pernah tahu nama, tapi kenal macam dah 100 tahun.

Kejap lagi diorang nak bergerak dah. Aku bagi Pinah can main puas puas dengan kawan 'tak tahu nama tapi kenal 100 tahun ' itu. Sepuas hati mereka bermain, macam faham esok tak jumpa lagi.

Hmm, kids.

REMOTE

Malam tadi aku sorok remote astro. Melilau Pinah cari remote nak tukar channel 611.
Kemudian aku tukar channel secara sorok sorok. Tiba tiba dia kata dia ada kuasa tukar channel guna gerakan 'frozen '.

Dia buat move, aku tukar channel. Dia buat move lagi, aku tukar channel lagi.
Punyalah riak sampai tersenyum senyum, sampai dia tertidur. Dan aku dapat tengok channel kegemaran aku.

Taktikal itu namanya 'Memberi Muka. '

TERIMA KASIH

Aku suka perasaan bila aku bantu BFF aku Pinah bacakan buku, ambilkan selimut busuk, letakkan serbuk Milo dalam cawan, buatkan aiskrim batang, ajak dia pergi kedai atau apa sahaja dan dibalas dengan :

'Yeay! Terima kasih Babah.' sambil peluk aku.

Rasa berbakti betul.

BANGLA

4.10.2015
Ana's Song (Silverchair)

Aku selalu berfikir Bangla di Malaysia ini umpama kaum Yahudi di Jerman semasa pendudukan Nazi.
Mula- mula mereka jalan di kaki lima. 50 tahun kemudian agaknya kita pula yang berjalan di kaki lima.

Oleh itu, jangan malas dan mari bersaing dengan Bangla, walaupun mereka berbau agak hangit sedikit.

MAYBANK GILA

17.10.2014
Gelisah (Ahmad Jais).

Aku nak transfer duit di maybank2u tadi. Tengah syok klik klik, sampai part akhir keluar soalan cabaran (challenge question) :

'Di bandar mana nenek kamu tinggal? '
Aku taip Segamat. Salah.
Aku taip Klang. Salah. 
Ini last try. Aku taip:


'Nenek yang mana? Kalau nenek Klang dah meninggal.

Terus kena blok. Setan.

AIR

Pernah sekali tu aku, bini dan Pinah nak order makanan di kedai makan.

"Nak minum apa bang?"
Belum sempat aku nak jawab, Pinah dah buka mulut.

"Air Zam Zam" selamba badak Pinah jawab.


Brader tu jeling je.

PETROL

2.1.2015
Ironic (Alanis Morissette)

Semalam lepas balik dari berdating dengan bini, aku singgah petrol pam nak isi minyak rakyat RON95. Tetapi disebabkan ada kes petrol pam yang saja buat tak reti nak turunkan harga, aku jadi lebih berhati hati.

Parking kereta di pam no 2, pam attendant sedang menunggu untuk mengisi minyak. Aku keluar kereta dia terus tanya:

"Isi berapa bang?"
Aku counter sikit:

"Ni dah turun harga ke belum?"
"Sudah bang.. " Dia kasi jatuh itu kepala.


Aku tatap matanya. Takut takut dia cakap tak jujur. Nampaknya macam jujur.

"Ok. Isi 30 je."

Lepas isi, aku masuk kereta dan buka aplikasi kalkulator dalam telefon. Aku menekan nekan nombor di telefon sambil sekali sekala melihat ke meter pam. Oh. Betullah dah turun.

Dari cermin pandang belakang aku nampak pam attendant tu geleng kepala je sebab tak percaya cakap dia.

PEREMPUAN TUA DI KEDAI SUP

Semenjak makan sate dan roti kentang (yang dicicah dengan kuah sate) malam tadi, aku mendapat sakit perut yang amat. Dan sewaktu kelam kabut untuk ke tandas, aku tidak tahu buku apa yang harus dibawa. Jadi aku mencapai sebiji buku tanpa melihat lalu berlari deras ke bilik kecil.

Ini bukunya. Perempuan Tua Di Kedai Sup.

Aku mendapat buku ini pada minggu lepas, tetapi belum berkesempatan untuk membeleknya. Dan semenjak semalam, semakin banyak helai aku selak, semakin aku merasakan buku ini tidak patut dibaca di dalam tandas. Bahasanya terlalu indah hingga aku terbuai buai. Tuturnya lembut tidak keras. Kisahnya adakala pedih.

Buku ini adalah sebuah naskah yang patut dibaca di kerusi, di meja membaca, di tepi sawah, atau di mana sahaja asalkan bukan di dalam tandas.

Buku ini jadi rapat dengan aku.

Kali terakhir aku menjadi rapat dengan buku, bermakna sangat rapat hingga ke mana sahaja aku bawa, adalah buku Yang Nakal Nakal himpunan Usman Awang. Dan ini buku yang kedua.

Akan Selesai mengingatkan aku pada zaman belajar aku yang jahiliah. Bising pula mengenangkan aku tentang perangai bodoh aku yang memberontak dan melarikan diri suatu waktu dahulu. Mana mungkin aku melupakan semua itu sehingga mati.

Hari ini, aku pimpin Perempuan Tua tulisan Ptk Daud ini ke hospital untuk rawatan perutku yang menggila. Mahu menunggu klinik panel dibuka, terasa seperti jam di dinding sudah kehabisan bateri. Bimbang juga tadi kalau aku tiba tiba sebak nanti di kerusi menunggu.

Mujur tidak berlaku.

MASUK ASRAMA

13.1.2015
Di Pondok Kecil (Budak kecik mana entah dan UNIC)

Bukan budak darjah satu je tempuh alam baru. Budak tingkatan satu kena masuk asrama macam mana?

Kebanyakan kata macam masuk neraka. Kebanyakan.

Masuk hari ni dah 3 hari kiranya budak tingkatan satu masuk asrama. Masa zaman aku, minggu ni memang minggu penyeksaan. Minggu orientasi. Senior senior semua 'nak berkenalan'. Kau tengah berak kena tendang pintu, kau mandi tuala kena curi, biskut mak kau bagi hilang. Masa tu loker kau punya almari tak kurang dari 2 set dia punya kunci. Macam ada simpan emas.

Itu belum lagi selipar pasang mangga, ataupun toreh nama besar besar. Atau baru belajar skil sorok sebelah selipar jauh jauh. Kau juga mesti pelik tengok budak pergi mandi atau pergi surau pakai kasut sekolah.

Selipar hilang lah tu.

Dah masuk 3 hari ni aku gerenti masih terkulat kulat bangun bersubuh di surau. Kemudian bersarapan nasi goreng yang real punya kering. Kadang kadang kena tuang air teh bagi basah sikit. Baru juga belajar makan guna tray. Baru tahu pisang dewan makan tak semuanya sedap. Ada yang dah berulat.
Baru kau kenal apa itu ikan jaket.

Dan sangat menghargai aiskrim yang hanya wujud pada hari Jumaat kelak.

Kau masih belajar biasakan diri sebut 'assalamualaikum bang, assalamualaikum bang' bila berselisih dengan orang yang kau tak kenal, walaupun orang itu sebenarnya budak batch kau. Play safe orang kata.

Waktu maghrib, biro surau akan bagi taklim, bayan, usrah. Dan kau catit dalam buku nota. Paling gampang, biro surau akan bernasyid lagu:
Di pondok kecil 
Di badai ombak
Berbuih putih
Beralun alun


Saja nak bagi kau menangis rindu dengan mak bapak.

Kemudian pergi prep, kau pun tak tau nak buat apa.

Paling cuak, bila lampu bilik ditutup pukul 11.00 malam. Semua tak boleh tidur sangat sebenarnya. Tapi kejam mata kuat kuat. Bukan apa, takut takut ada budak tingkatan dua datang kejut kau. Kata ada brader tingkatan 4 nak jumpa kau.
Kau seorang.

Rakan sebilik hanya memandang sayu sahaja. Seolah mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang.

BABI POTONG

14.1.2015
On the Brightside She Could Choke (Fear Before) 

Balik kerja petang tadi aku terfollow pikap bawa daging babi potong. Sebab aku nampak kaki dia elok bersusun. Open macam tu je takde cover apa.

Punyalah gigih aku nak potong pikap tu. Berjaya juga la.

Sampai satu masa dia cuba nak potong aku balik. Aku punya perah trotel sampai motor menjerit merayu rayu minta gear. Lepas tu aku bawa tengah tengah jalan.

Sampai la dekat hujung jalan dia belok ke lain. Haha aku menang. 

Menang lawan babi.

BERDENDANG

14.2.2015
Berdendang (A to Z)

Tadi sambil menaip aku nyanyi secara kecil kecilan.

Cong kerepang belangak sombeng
Pecah geliga ketawak teng teng
Leng leng leng tergeleng geleng
Leng leng leng tergeleng geleng

Yap tanya, lagu apa tu.

Aku cakap lagu minta duit angpau jatuh dari langit.

BERPAGI PAGI

15.1.2015
Assalamualaikum (Faizal Tahir)

Selalunya bila sampai ofis aku akan bersapa dengan guard yang masuk pukul 7 pagi. Bila aku sampai buka helmet je, dia memeang tunggu aku start cakap. Kemudian baru dia sambung merepek repek. Tapi bila hari hari jumpa, aku pun takde modal nak borak apa.

Tadi aku bertegur sapa lagi dengan guard. Tapi mood aku kurang sikit nak berborak hari ni. Dia datang dekat aku.

Sebelum aku buka helmet, aku dah buka mulut dulu. "Fuh..hari ni jem betul. Jalan slow. Lori pasir sampai 4-5 biji bersusun."

Dia baru cakap 'ye ke' aku dah buat pegang perut. 'Sakit perut pulak.' aku cakap dan terus masuk ofis. Menganga je la dia.

Padahal hari ni jalan selapang lapang alam.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

22.1.2015
Hasbi Rabbi  (Sami Yusuf)

Bila duduk antara dua sujud,aku antara yang ada feel kecewa. Sebab duduk aku yang paling tinggi sekali.

Bukanlah sebab aku ni tinggi. Tapi peha yang sedikit besar menyebabkan position/level aku jadi tinggi.
Tapi masa zohor tadi aku perasan ada jemaah selang 4-5 orang dari aku dia tinggi sedikit dari aku. Mungkin dia pun ada masalah peha besar yang sama.

Bila habis beri salam, aku toleh ke kanan.

Rupanya dia pakai kerusi. Down betul moral masa tu.

Atkins, aku menyeru kau semula!

PANADOL

23.1.2015
My Own Summer (Deftones)

Satu papan panadol ada 10 biji. Aturan makan ialah 2 biji sekali makan setiap 4 jam.

Panadol aku pulak sebiji dah terjatuh masuk longkang. Jadi aturan dah tak balance.
Nak makan sebiji tak berkesan. Makan 3 biji overdose. Jadi mungkin aku akan 'ter'jatuhkan lagi sebiji. Bagi balance balik.

Tapi nanti wallet aku pulak tak balance. Kena beli sepapan lagi.

TINGGAL


9.2.2015
If it makes you happy (Sheryl Crow )


Hari ni aku tertinggal wallet dalam kereta. Cantik lah. Makanya hari ni aku puasa.
Puasa nasi je la. Kunyah chewing gum sampai petang.

Takpe lah. Sayang perut tinggal tinggalkan wallet.

TUPPERWARE


30.1.2015
Imitation of Life (R.E.M)

Aku, Yap dan Su ada factory visit di Shah Alam. Kami pergi pukul 1.30 tapi pukul 11 aku balik rumah sekejap salin baju sebab tadi aku pergi kerja pakai jeans dan shirt je. Kami berjanji untuk berjumpa di Masjid Klia pukul 1.30 petang.

Pukul 1.30 semua dah sampai. Aku ajak Yap solat dulu. Dia kata nanti dia masuk Islam baru solat. Aku geleng kepala je lah.

Lepas siap solat, kami semua naik kereta kompeni yang dipandu oleh Su. Masa buka bonet kereta tadi aku dah nampak kotak kotak Tupperware dah. Baru aku teringat.

***
Sepanjang perjalanan ke Shah Alam, Su cuba saiko aku untuk beli water filter dia. Macam macam point dia bagi. Dengan diskaun diskaun sekali. Mati mati juga aku cakap tak nak. Bila aku cakap tak nak juga, dia cuba promot aku bekas beras pulak. Harga 200 lebih. Apa setan. Boleh produce beras ke bekas ni sampai harga macam tu? Bekas beras rumah aku tak sampai 20 ringgit aku rasa.

Bila dia tengok aku macam tak makan saiko je, dia bertukar rupa pulak. Rupanya dia pun agen Amway juga. Suruh aku beli apa benda entah.

Aku rasa nak terjun je dari kereta masa tu. Sepang-Shah Alam rasa macam 15,000 km jaraknya.

KOLONI SEMUT

Tadi aku tengok cerita binatang apa benda tah. Ada tunjuk koloni semut tengah makan pepatung.
Lepas tu aku sekolahkan Pinah. Aku cakap kalau tak kemas mainan, semut ni akan datang gigit semua permainan dengan dia dia sekali semut tu gigit sampai putus jari.
Terus dia pergi kemas.
Terus aku suruh kemas itu ini sana sini satu rumah. Siap pijak badan aku sekali. Sedap betul.
Terima kasih koloni semut!

BINTANG GUGUR

Bukan tentang kumpulan hijau atau kumpulan biru
Bukan tentang saluran satu atau saluran lapan
Bukan juga tentang dia syaitan atau malaikat
Bukan juga tentang ulasan kelakar atau merapu
Hakikatnya ia tentang keguguran dua biji bintang
Yang selama ini sentiasa berputar mengelilingi paksi kehidupan kau
Yang kadangkala kau rimas dan pening dengan orbitnya
Yang kemudian tiba tiba terhenti
Terhenti
Menyebabkan kau mula rasa pelik
Dengan kehidupan harian
Dengan malam minggu kau
Yang tidak sama lagi
Selama lamanya
Walau dendam, walau benci
Hormatilah atas nama manusia
Walau seminit, walau semomen
Kerana kita juga memohon begitu
Jika berada di dalam kasutnya
Mohon berehat Tok Guru.
Mohon berehat Hasbullah.

MUAR


29/1/2015
Always be my baby (Mariah Carey)

Tengah sedap-sedap aku layan lagu Mariah Carey di komputer, Ah Yap datang ke mejaku. Potong stim betul.
" Weh, minggu depan saya mahu cuti. mahu pergi Melaka. Best kah Melaka?"

Nampak sangat Ah Yap tak study langsung pasal Melaka. Dia yang nak pergi, lagi tanya aku best ke tak. Tapi bila dia tanya macam ni, maknanya dia tengah study lah ni.

" Melaka? Hmm ok la. Best juga. Banyak tempat boleh pergi. Kalau kau suka muzium, lagi puas hati. Dekat sana aku rasa ada dekat 50 biji muzium." Aku main tabur je kata ada 50 biji muzium.

"Berapa lama kau stay sana?" aku tanya.
"Emm..5 hari?"
"5 hari? lamanya. Kalau macam tu kau pergi jalan ke Muar sekali lah. Sebelah Melaka saja."

Dia termenung sekejap.

"Muar? Apa ada dekat Muar? Saya macam tak pernah pergi Muar lah."
Pling! Tiba- tiba aku berubah menjadi duta pelancongan Muar.

"Haa..kalau kau nak tahu, Muar ni umur dia lebih tua dari Melaka. Bangunan dia lama-lama kebanyakkannya. Dekat Muar ada sungai yang besar gila. Bot-bot nelayan semua parking dekat situ. Waktu malam cantik tau."
"Pasal makan kau jangan risau. Muar ni orang kata syurga makanan. Kau tengok lah badan aku. Mee Bandung, Mee Rebus, Satay pagi, Soto, Otak-otak. Kalau makan Cina power dekat sana Rice Ball. Senang cerita semua ada la dekat Muar. Mak bapak je yang tak ada.

Tiba-tiba Yap tarik muka.

Eh aku salah cakap ke? Ke mak bapak dia duduk Muar?Eh.




HUJAN


4/2/2015
Fly Me To The Moon (Frank Sinatra)

Aku dengan Lee baru habis balik Cube Test di plant. Dalam Hilux Lagu Frank Sinatra sedang berkumandang di Lite FM. Bila aku ada dalam kereta je Lee pasang siaran Lite FM. Kalau tak dia pasang radio cina saja. Buka kuat- kuat pula tu.

Cuaca macam mendung-tak-mendung. Aku pun keliru.

"Adib, you rasa hari ni hujan tak? Sudah lama tak hujan lo.."

"Kalau you nak tahu hari ni hujan atau tak, tengok lah saya naik apa hari ni pergi kerja." aku seloroh.

"You naik apa?"
"Motor."
"Maknanya, tak hujan lah?"
"Bukan. Maknanya hujan lah.Selalu saya bawa kereta hari tak hujan. Bila bawa motor, hujan lebat macam nak runtuh langit."

Memang selalunya begini pun. Apa sebab pun aku tak tahu. 

Dia diam macam sedang berfikir. Tak faham lah tu. 

Kenapa orang cina susah nak faham kelakar orang Melayu. Ke tak kelakar?

MIMPI

14.2.2015
Goodnight Goodnight (Hot Hot Heat)

Sementara aku ingat ni baik aku tulis.

Malam tadi aku bermimpi, sedang membuat perjalanan ke hospital swasta, KPJ di Kota Tinggi. Setelah diberitahu oleh apek mana entah, hospital tersebut terletak di deretan rumah kedai. Tinggi hospital tersebut 2 tingkat sahaja. Hmmm

Aku pergi bersama sama Mohd Hafis Anis, Ssir Xela, dan Niko. Perjalanan ke hospital terpaksa melalui taman taman perumahan yang membela anjing laut untuk menjaga rumah. Malah kami sempat dikejar oleh seekor anjing laut berantai.

Sampai di kaunter hospital, aku berjumpa Khairil Anwar bertanyakan bilik doktor. Aku tengok ada kad tertulis dekat situ memberikan bad rating tentang servis di kaunter. Kah kah. Kemudian kami bergerak ke lobi setelah mendapat panduan dari kaunter.

Rupanya hospital ini bersambung dengan KLCC di bahagian lobi. Siap dengan sky bridge. McDonald's pun ada. Ah pening la.

Doktor bertugas rupanya Faizal Jailani. Tapi dia tak available. Dia suruh kami naik ke penthousenya dulu. Hospital 2 tingkat ada penthouse. Hmm.

Nak ke penthouse pun terpaksa bertarung dengan anjing laut berantai lagi di lif.
Lepas lepak lepak di 'penthouse' mak doktor datang dan marah marah kami. Jadi kami pun balik. Cuma Hafis Anis rilek je tidur situ.

Nak balik pun terpaksa bertarung dengan anjing laut. Lagi.

Ok lepas tu terbangun. Dah pukul 6.30 pagi.