setegram

Instagram

26.2.13

HARIJADI


Masa gua kecil dulu, Ma dengan Abah sambut besday gua dengan buat bubur putih bubur merah je. Lepas tu jemput kawan-kawan sepermainan. Jemput dan tu jugak. Takde invitation card. Yang sibuk tengah main baling selipar tiba-tiba kena jemput makan dekat rumah. Dengan bau hamis peluh-peluh rilek je datang rumah celebrate besday gua.

Tapi gua ok je. Sebab gua pun macam tu jugak. Tengah main galah tiba-tiba kena jemput makan bubur. Lutut berdaki, peluh satu badan dengan selamba masuk rumah orang, makan, kemudian sambung main galah panjang.

Kadang-kadang gua tanya dekat diri sendiri, apasal la Abah dengan Ma gua sambut besday gua rilek-rilek je. Tak macam kawan yang lain siap belon, kek clown bagai. Diorang ni tak suka dekat gua ke apa. Sedih jugak bila kenang-kenang.

Tapi bila belek-belek album lama, rupanya Abah dan Ma pernah je sambut besday gua grand-grand. Masa tu kami masih tinggal di KL lagi. Duduk di Balai Bomba Bandar Tun Razak Dalam gambar tu umur gua mungkin 2-3 tahun. Ramai kawan-kawan yang datang dalam gambar tu. Semua pakat nak ambik gambar dengan gua. Star..

Cuma bila kami dah berpindah ke Muar, mungkin la dah sibuk sikit. Jadi buat yang mana sempat je la. Atau mungkin juga gua pernah membuat onar semasa harijadi yang terdahulu membuatkan mereka serik kot. Dan sebenarnya, budaya sambut besday ni hampir tak ada dalam keluarga gua. Tapi yang peliknya, masing-masing ingat besday orang lain. Bila bangun pagi, dengan muka rilek sebab tau tak ada besday party, mesti  ada adik gua, abah, ma yang akan ucap Happy Birthday. 

"Adib, happy birthday, semoga murah rezeki" Ma  ucap dekat gua sambil sidai baju dekat ampaian. 
"Terima kasih, Ma. Nasi goreng ada lagi?" gua jawab dengan muka sememeh sambil selak tudung saji. 

Macam tu lah kebiasaannya.

Kalau berjauhan pun, masing-masing akan call. Bab hadiah tu memang tak dapat la. Cuma 2-3 tahun kebelakangan ni je baru kami sambut pergi makan-makan, bagi hadiah. Budaya ni dibawa oleh puan bini, sebab sebelah dia memang ada buat macam ni. Dan gua rasa seronok jugak bila ada event macam ni.

Gua pun pernah cerita yang meleleh air mata jugak la bila bini gua kasi hadiah harijadi dekat gua. Sebab memang jarang sangat terima hadiah. Rasa memang terharu dan pelik. Bila fikir balik rasa macam bangang pulak.

***

Untuk besday Afinna mendatang ni, gua ingat nak pakai kostum Spongebob la. Ok tak? Ok tak? Ke kostum sesumpah?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan