setegram

Instagram

27.2.13

BERTEKAK GUNA JARI


Kelmarin aku ada komen satu gambar yang diupoad oleh member aku di facebook. Gambar tu menunjukkan dalam drawer di hotel tempat dia check in tu ada bible. yang membengangkan member aku tu satu arah kiblat pun takde. nasib baik la hempon dia canggih. Ini bukan isu besar sebenarnya sebab sesetengah hotel yang lain pun ada buat begini. Mungkin di Sabah sarawak lagi kuat. Ini bukan isunya, di sini.

Yang aku nak isukan di sini adalah tentang mindset, pandangan muslim itu sendiri.

Ada la dua tiga komen yang mengatakan bertapa dasyatnya hotel tu sampai letak bible dalam bilik hotel. Kemudian ada satu mamat mengomen : "ala, apa nak takut, bukan boleh terpengaruh pun. kalau baca pun boleh meningkatkan pengetahuan."

Aku pun gatal tangan reply balik : " lagi bagus juga kalau dia letak tafsir al quran. Meningkatkan pengetahuan jugak tu.barulah fair."

Mamat tu pun gatal tangan jugak : "bila letak tafsir... takut ada org salah gunakan... bukan semua yang masuk hotel muslim dan boleh jaga kesucian tafsir tersebut."

Aku yang depan komputer ni macam, WHAT?? 

Ada bau double standard.

Mamat tu tahu tak yang hotel tu jugak bukan semua yang masuk tu non muslim sampai nak letak bible. Aku cuma kata letak la sekali tafsir. barulah adil. Aku ulang TAFSIR. Untuk jaga kesucian, letaklah tafsir. Takde air sembahyang pun boleh pegang. Jangan letak ayat al quran.

Mamat tu tahu tak yang bible tu jugak kitab suci penganut Kristian? Habis tu kenapa mereka sanggup letak di dalam bilik hotel. Mereka tak takut pulak Muslim buat onar bakar kitab?

Tak, mereka tak takut sebab mereka tahu, "tak kenal maka tak cinta"

Mungkin dalam 10 kitab mereka, 5 Muslim yang buat khianat. Tapi 5 lagi kitab dibaca.
Macam tu jugalah boleh kita aplikasikan tafsir al quran. Mungkin dalam 10 kitab yang diletak, 5 bijik dibuang, 5 bijik lagi dibaca. Kenapa kau tak nampak benda macam ni?

Jangan la risau sebab mereka jahanamkan tafsir. Tapi patut gembira kalau mereka membaca dan terbuka hati. Look on the bright side la bro.

Aku pun malas nak mengkomen lagi lepas tu, sebab aku tahu tak ada gunanya aku cakap dengan orang macam ni. Jenis terang bersuluh pun tak nampak lagi.

Tak kenal maka tak cinta, bro...men.

26.2.13

HARIJADI


Masa gua kecil dulu, Ma dengan Abah sambut besday gua dengan buat bubur putih bubur merah je. Lepas tu jemput kawan-kawan sepermainan. Jemput dan tu jugak. Takde invitation card. Yang sibuk tengah main baling selipar tiba-tiba kena jemput makan dekat rumah. Dengan bau hamis peluh-peluh rilek je datang rumah celebrate besday gua.

Tapi gua ok je. Sebab gua pun macam tu jugak. Tengah main galah tiba-tiba kena jemput makan bubur. Lutut berdaki, peluh satu badan dengan selamba masuk rumah orang, makan, kemudian sambung main galah panjang.

Kadang-kadang gua tanya dekat diri sendiri, apasal la Abah dengan Ma gua sambut besday gua rilek-rilek je. Tak macam kawan yang lain siap belon, kek clown bagai. Diorang ni tak suka dekat gua ke apa. Sedih jugak bila kenang-kenang.

Tapi bila belek-belek album lama, rupanya Abah dan Ma pernah je sambut besday gua grand-grand. Masa tu kami masih tinggal di KL lagi. Duduk di Balai Bomba Bandar Tun Razak Dalam gambar tu umur gua mungkin 2-3 tahun. Ramai kawan-kawan yang datang dalam gambar tu. Semua pakat nak ambik gambar dengan gua. Star..

Cuma bila kami dah berpindah ke Muar, mungkin la dah sibuk sikit. Jadi buat yang mana sempat je la. Atau mungkin juga gua pernah membuat onar semasa harijadi yang terdahulu membuatkan mereka serik kot. Dan sebenarnya, budaya sambut besday ni hampir tak ada dalam keluarga gua. Tapi yang peliknya, masing-masing ingat besday orang lain. Bila bangun pagi, dengan muka rilek sebab tau tak ada besday party, mesti  ada adik gua, abah, ma yang akan ucap Happy Birthday. 

"Adib, happy birthday, semoga murah rezeki" Ma  ucap dekat gua sambil sidai baju dekat ampaian. 
"Terima kasih, Ma. Nasi goreng ada lagi?" gua jawab dengan muka sememeh sambil selak tudung saji. 

Macam tu lah kebiasaannya.

Kalau berjauhan pun, masing-masing akan call. Bab hadiah tu memang tak dapat la. Cuma 2-3 tahun kebelakangan ni je baru kami sambut pergi makan-makan, bagi hadiah. Budaya ni dibawa oleh puan bini, sebab sebelah dia memang ada buat macam ni. Dan gua rasa seronok jugak bila ada event macam ni.

Gua pun pernah cerita yang meleleh air mata jugak la bila bini gua kasi hadiah harijadi dekat gua. Sebab memang jarang sangat terima hadiah. Rasa memang terharu dan pelik. Bila fikir balik rasa macam bangang pulak.

***

Untuk besday Afinna mendatang ni, gua ingat nak pakai kostum Spongebob la. Ok tak? Ok tak? Ke kostum sesumpah?




23.2.13

CAKAP NOGORI


Petang kelmarin memang haru la. Lepas gua keluar dari site Seremban, gua singgah la di satu kedai tepi jalan ni. Laksa dia memang power. Orang pun tak ada masa tu kecuali makcik tua tukang buat laksa dengan anak dia tukang buat air. Mungkin sebab cuaca tak cun sangat orang tak keluar melepak di kedai tu. Gua order laksa dua bungkus sama popia basah power dua ringgit. Sambil-sambil perati makcik tu bungkus laksa gua pun lepak la di meja berdekatan.

5 minit lepas tu laksa gua pun siap la dibungkus. Gua tengok line clear, jadi gua rasa time ni la gua nak praktik cakap Negeri Sembilan. Ini berani mati punya praktikal ni. Dengan orang tua yang kompom dia punya loghat pekat.

Selepas gua bayar sekian-sekian, makcik tu serah bungkusan laksa pada gua.

"Terima kasih yo, makcik"

Makcik tu terperanjat. Mungkin tonasi Negeri Sembilan gua agak tepat macam real punya orang nogori dah.

"Eh, ekau ni orang nogori ko? "Laa..sey ingat ekau ni orang mano eii..bla..bla..bla...bla..bla.."

Gua dah cemas. Kepala gua mula dah tak tangkap apa dia cakap. Dah mula tak faham. Adoi. Yang gua dengar hanyalah ada bunyi 'O' banyak dekat belakang. Cuma last sekali makcik tu taya nasib baik gua boleh faham.

"Ekau ni duduk mano?"

Dengan konfiden gua jawab balik:

"Saya duduk di Sondoyan eh." Apasal gua sebut 'eh' dekat belakang tu pun gua tak tahu tapi nampak macam sedap.

"Sondoyan?. Mano tu"
"Sondoyan la makcik. Dokek Soromban Duo"

"Wei, itu SONDAYAN la. bukan SONDOYAN!"
"Eh, iyo ko?" Kepala gua dah bayang lagu Iyo Ko dengan Itik Gembo Gembo dah.

Makcik tu tenung je gua 2-3 saat.

"Ekau ni orang mano sobona eh?"
"Saya orang Johor makcik.Hehe." Gua garu kepala dan badan tak senang duduk nak cover malu.
"Kau tak payah cakap Negeri la. Geli aku dengar, Nak."

Rilek je makcik tu reply guna bahasa kebangsaan.

19.2.13

CIKGU-CIKGU


Game yang paling letih gua dan puan bini nak main dengan Afinna adalah main cikgu-cikgu. Sebab kalau main cikgu-cikgu, gua dan puan bini akan tak boleh jadi cikgu. Kena jadi murid. Dia sorang je boleh jadi cikgu. Gua kena bersila depan dia, tak boleh baring tak boleh sambil lewa. Kena betul-betul bersila menghadap dia.

Dah la jadi cikgu jenis garang punya. Salah sikit kena marah, salah sikit kena rotan. Gua akan disuruh menjadi Ehsan. Kena ucap selamat pagi kepada cikgu. And the best part dia akan edarkan buku sebelum start kelas. Bukan buku sebenarnya, tapi  cd nursery rhymes dia. Gua nak baca apa benda la dengan cd ni. Terpaksa la pura-pura 'baca' cd tu. Buat cd tu macam buku.

Tapi kalau time tengah 'mengajar' dia boleh jawab call (guna remote control tv), dan kadang-kadang tersengih depan dinding sorang-sorang tak memasal posing memang gua paling geram sekali.

REVERSE PSYCHO

Afinna kalau datang mengada dia, dia akan merengek rengek ajak main playground di Giant. Kadang-kadang hari tu gua dan puan bini penat sangat dan tak larat nak pergi mana-mana.

Kalau gua cakap tak boleh, confirm dia akan protes dan menangis. Tak sampai hati pulak. Pernah juga dulu gua cakap mak owner Giant meninggal. Hari tu dia ok la. Esok dia ajak pergi lagi, gua cakap mak dia meninggal. Tapi Finna siap argue pulak "semalam kan mak dia Giant dah meninggal?"

Gua pun jadi tak berani nak kelentong lagi. Lagipun tak baik main mati-mati ni. Tapi sejak sebulan ni gua dapat akal yang baharu.

Setiap kali dia merengek nak pergi playground je, dengan pantas gua akan menyoal.

"hari ni hari apa?"
"hari jumaat" (selalu dia akan jawab hari jumaat je)
"kalau hari jumaat Giant kenapa?"
"Giant tutup...."


Gua akan biar dia sendiri yang jawab kenapa tak boleh pergi Giant. Dan sekarang dia tak boleh nak argue sebab dia yang cakap Giant tutup. Selalunya dia ok dan terus rilek main anak patung dekat seat belakang.

Power tak, power tak?

18.2.13

WRESTLING



Masa kecil dulu, gua ni kira kaki wrestling jugak. Masa tu WWF la bukan WWE macam sekarang. Gua cukup suka dengan Hulk Hogan. Bila part koyak baju tu memang gua ikut menjerit. Abah gua sampai geleng kepala tengok perangai anak dia.

Tapi gua memang benci ada satu tag team ni. Nama dia Animal. Mereka adalah dua pemuda gemuk yang pakai kostum baju ada duri-duri tu. Selalu main tipu.

Ada sekali tu Animal kena lawan Hulk Hogan. Mana aci 1 lawan dua. Dalam game tu, Hulk Hogan teruk kena belasah dengan Animal, lepas referee pengsan. Gua punya geram sampai rasa nak tumbuk tv. Abah gua tengok gua punya emosi sampai tak terkawal sampai dia tutup tv dan suruh gua masuk tidur.

Dendam gua tak habis sampai di situ. Gua angkat bantal peluk pensil gua, bayangkan muka Animal dan gua belasah bantal pensil tu sampai koyak-koyak.

Lu pernah kena suruh tidur dalam keadaan menangis dan dalam hati ada dendam yang amat sangat? Sampai sekarang gua dendam dengan Animal. Gua harap dia kena diabetis dan kudung kaki tak boleh wrestling lagi.


Kumpulan Binatang



16.2.13

SEKOLAH PETANG


Di Johor semua pelajar diwajibkan belajar di sekolah agama selaras dengan sekolah kebangsaan. Tempat gua panggil sekolah petang. Dia punya subjek pun lain, ada belajar tauhid, ibadat, bahasa arab. Bila dah up sikit ada belajar bab munakahat. Muka masing-masing tersengih-sengih bila belajar Munakahat.

Sistem sekolah agama di Johor masa zaman gua macam ni :

1. Bila sekolah kebangsaan darjah 3, baru boleh masuk sekolah agama darjah 1
2. Pakaian ialah baju melayu putih dan bersongkok untuk lelaki dan baju kurung putih untuk perempuan. Samping ikut jawatan. Hitam untuk murid biasa, hijau untuk ketua darjah, merah untuk pengawas, coklat untuk pustakawan.
3. Kalau di Johor, baju melayu kena pakai di luar samping. Lepas tu kena pakai lencana yang guna pin. Dulu takde lencana yang kena gosok pakai seterika tu.
4. Kalau kau tak lulus, kau akan stay di kelas tu sampai la lulus, baru boleh naik darjah. Gua pernah je masa darjah tiga, rakan kelas gua budak tingkatan 5. Jenis benak.

***

Macam biasa, sebelum masuk kelas, ada perhimpunan. Beratur ikut kelas. Perhimpunan tengah panas ni memang tak patut. Budak-budak kena berjemur. Cikgu rilek redup dekat koridor. Masing-masing badan dah berlingas sambil dengan Ustaz Mukiar berucap. Balik-balik cerita suruh jimat elektrik dengan air. Sambil-sambil tu ada la 2-3 cikgu muda check barisan tengok ada budak tak pakai stokin ke, tak pakai lencana ke.

Kemudian di barisan sebelah macam ada sikit kecoh. Gua tengok ada satu budak kelas sebelah, tapi umur dia atas gua setahun, sedang di interrogate oleh ustaz muda. Apa kes gua tak tahu. Kemudian gua nampak Ustaz muda tu berjumpa dengan Ustazah Syarifah, merangkap guru disiplin. Ustazah Syarifah ni memang gua cuak cikit. Dia kalau jerit depan muka kau, memang malu. Satu sekolah boleh dengar. Lagipun cubit dia memang dah legend dekat sekolah ni.

Ustazah Syarifah pergi tuju dekat budak gemuk tu. Rupanya budak tu pakai baju melayu masuk ke dalam. Apa kes kau nak pakai baju masuk dalam ni. Tak Johor aaaa. Ustazah Syarifah sound dia baik-baik suruh keluarkan baju. Mati-mati budak tu taknak. Ustazah nak naik volume tak boleh sebab tengah perhimpunan.

Time tu semua mata dok tumpu dekat Ustazah Syarifah dengan budak tu. Memang mati-mati budak tu mempertahankan baju-melayu-masuk-dalam dia tu. Berpeluh-peluh dia pertahan hak dia. Last-last dah tak tahan, Ustazah Syarifah bagi cubit sepam dekat perut budak tu. Peh. Gua pulak jadi ngilu bila bayangkan dia punya cubit tu.

Meleleh air mata gemuk. Dalam sedu-sedan tu dia tarik la baju melayu dia tu, keluarkan dari samping. 

Mata gua pulak berair nak tahan gelak bila rupanya dia pakai baju kurung perempuan kepunyaan kakak dia. Paatutla taknak keluarkan baju. Dia punya labuh baju kurung sampai tutup samping. Peh! Merah-merah muka budak tu tahan malu. Kali ni gua tengok Ustazah Syarifah pulak yang menggelabah suruh budak tu masuk tandas. 

Gua terbayang pulak macam mana kakak dia buka beg nak salin baju, tapi tengok baju adik dia. Ini kes sama saiz la ni.

14.2.13

SABUNG KAKI


Masa gua kecil dulu, gua suka membaca sambil meniarap. Sambil baca-baca tu gua selalu angkat kaki gua sekali. Gua nak sebut pun tak tahu macam mana tapi ada orang panggil 'sabung kaki'.

Haa..macam ni la nama dia sabung kaki.

Abah gua cukup pantang kalau nampak gua tonjang kaki. Memang tak kasi can punya. Kalau dia tak tendang kaki tu, dia mesti bagi sound tepek punya. Abah gua kata kalau suka sabung kaki, nanti mak bapak mati. "Kaki tu jangan menyabung, kang abah mati karang macam mana?"

Gua yan gmemang rebel sedari kecil memang tak puas hati bila orang bagi alasan tak munasabah macam tu. Sekali sekala tu time gua baca buku, gua tersabung kaki. Bila dah tersedar tu, cepat-cepat gua pergi dapur tengok Ma gua. Sihaaat je bikin karipap minum petang. 

Ada sekali tu gua tersabung kaki. Bila dah tersedar, gua jadi dedor. Cepat-cepat gua telefon ofis abah gua tanya khabar. Bila dia kata ok je, gua letak balik telefon. Jenis gelabah.

Bila kes kaki menyabung ni sampai ke Persatuan Pelepak Belakang Stor Sukan Sekolah (PPBSSK), ramai yang setuju. Ada juga yan tak setuju. Ada member gua beritahu yang sepupu dia, budak bandar suka sabung kaki masa baca buku. Bapak diorang tak marah pun.

Masa tu gua berfikir yang budak bandar ni memang gamble gila. Selamba sabung kaki dekat rumah. Memang trend budak bandar gua fikir masa tu. Kalau zaman sekarang ni mesti ada hashtag  #sabungkaki.

***

Bila dah berakal sikit barulah gua tahu yang gua ni merebel tak tentu pasal. Faslafah dalam sabung kaki adalah berkenaan adab orang Melayu. Bodoh betul gua. 

8.2.13

SOAL EMOSI

Gua ada satu hal yang betul-betul memeningkan kepala gua sekarang  ni. Setiap kali gua menjemput anak gua dari Taska, ada saja kesan cakar di muka Finna. Bila tanya, dia cakap Fawaz buat. Fawaz tu taskamate dia. First time gua tulis perkataan taskamate ni. Kakaka.

Tapi semalam gua dah tak boleh sabar bila tengok ada kesan calar baru dekat pipi dia. Gua pun memulakan soal gaya polis.


"Siapa buat pulak ni?"
"Fawaz"
"Ye ke Fawaz buat, bukan Mak Long?".Mak Long adalah empunya Taska.
"Bukanlah. Fawaz laaa"
"Kenapa adik tak lawan? Tumbuk muka dia ke.."
"Taknak la. Adik sayang Fawaz"


Gua kalau dah masuk bab cinta-cinta ni mulalah malas nak soal lebih-lebih. Fawaz ke Sharnaz yang kawan dengan anak gua ni. Adoi. 

Takpe, minggu depan gua nak jadi N.D Lala nak jumpa Fawaz.

7.2.13

HARGA HAMPER


Esok gua dah start cuti, kompeni bagi cuti satu minggu. Disebabkan gua ni bekerja di berhaluan kiri, bila nak raya tu banyak la hamper-hamper diedarkan oleh sub con sub con demi mengambil hati department akaun, mintak kasi lepas itu payment. Kaka

Dan semalam dalam perjalanan gua hendak ke site, gua ada terserempak dengan seorang Indian, menaiki motor sambil bawa hamper di bakul. Besar juga hamper yang dia dapat tu sampai bawak motor tengah-tengah jalan, sampai gua kena ikut je bontot motor tu. Gua perhati dia asyik la cium-cium hamper tu. Sayang betul dia dekat hamper tu. Tak pernah dapat hamper ke apa.

 Tapi bila lihat balik motor dia, pakaian kotor dia, but phua chu kang dia, gua rasa ini mungkin pertama kali dia dapat hadiah. Dan benda tu buat gua terfikir yang mungkin India ni amat-amat menghargai peberian hadiah tu, dan mungkin itu rezeki yang dia nak kongsi dengan anak-anak dia. Mungkin juga dia amat terharu sebab itulah pertama kali dia dihargai.

Sedih pulak bila bayangkan dia sampai rumah, bukak hamper dan kongsi dengan anak-anak yang teruja menunggu di muka pintu. 

Tapi itu kalau dia ada anak bini la. Kalau takde anak bini gua tak sedih.

4.2.13

MASIH TAKUT

 Entah bila la rasa takut tu nak hilang bila tengok Hantu Jerangkung ni. Dah 30 tahun ni wei!! 



NAK TRY BUAT



Gua memang teringin betul nak buat macam ni. Jalan seterit redah segala benda. Tapi gua tahu, kalau buat dekat Malaysia ni, gua kena sembahyang cukup, minta maaf dekat mak bapak dulu, buat wasiat. Lepas tu bawak pisau simpan dalam poket.

Kalau tak kena langgar, gua mesti kena pepah cukup-cukup. Tak pun kena tikam belakang. Gila Malaysia, gila.





1.2.13

BALIK KAMPUNG


 Masa duduk hostel dulu, kalau nak balik kampung memang Ya Rabbi punya susah. Sebulan sekali je dapat balik. Kalau nak balik lebih memang kena bagi alasan power gila babeng punya. Nenek kawen ke, Ayah akan bertugas di USA ke mungkin baru dapat lepas balik kampung. Mungkin.

Jadi, bermacam-macam cara dan akal yang dicuba supaya Ustat Basri ataupun Ustat Aziz sain kad balik kampung. Bila hari Jumaat lepas kelas habis je, berduyun budak memenuhi bilik guru jumpa diorang. Tapi mereka tetap kata no, no, no. Maka bermuka monyok la mereka-mereka semua ke dewan makan. 

Tapi ada kawan gua yang berani mati sikit. Kalau dia buat benda ni, mesti dapat balik kampung punya. Caraya mudah saja. Tapi perlu sedikit modal la. Mula-mula koyakkan sebatang rokok (rokok boleh didapati / dibeli dari brader senior - RM 0.50 sebatang). Ambil daun tembakaunya. Kemudian basahkan daun tembakau itu dan titis air tembakau itu ke mata.

Ya, sekarang kau dah kena 'sakit mata'

Sakit mata adalah antara sakit yang paling pantang Ustat Basri dsengar. Memang dia suruh balik kampung lagi. Kadang-kadang suruh ambik MC lagi.

Gua pernah try juga sekali dua, tapi lepas tu tak buat lagi. Takut mata gua jadi buta.

Dan gua tak tahu la budak-budak asrama sekarang ni tahap daredevil dia macam mana.