setegram

Instagram

3.7.13

TERPERANGKAP

Menulis pada aku amat mudah. Aku hanya perlu ingat semua kisah, flashback balik, kemudian tulis rangka dan perindahkan di sana-sini. Pada aku memang mudah. Waktu idea datang mencurah-curah, aku boleh menulis dengan spontan begitu sahaja, menyiapkan satu artikel dalam masa kurang 10 minit. Berkat aku membuat kerja-kerja menaip dulu banyak membantu aku.

Tapi dalam menghasilkan sebuah buku untuk tatapan pembaca, pada aku tidak mudah. Tak semudah menulis status di Facebook, menghantar gambar di Instagram. Tak mudah.

Sebenarnya aku terperangkap. Aku terperangkap di antara hendak memuaskan hati sendiri atau hendak memuaskan hati orang. Banyak sangat hati yang perlu dijaga. Dahulu, semasa aku giat menulis di Facebook, aku bebas menulis apa sahaja yang aku mahu. Ibarat tiada sempadan. Tapi apabila hendak dimasukkan ke dalam sebuah buku, ia haruslah ditapis. Ditapis oleh aku sendiri. Bukan penerbit. Kerana aku tahu, penerbit aku (untuk buku sebelum ini) lebih suka kalau cerita tu lebih open, lebih straight, lebih punk. Mereka tiada hal semua ni.

Tapi macam yang aku kata, ada hati pihak yang perlu dijaga.

Bukan sedikit cerita yang aku tulis, kemudian aku terpaksa delete kerana memikirkan kesannya. Dan aku pula  bukannya jenis mereka cerita dengan watak-watak khayalan. Aku tidak erti semua itu. Aku ada juga mencuba di dalam skit Jack dan Jill. tetapi terasa kekok, dan plastik. Apa yang aku cerita kepada kamu semua, itu adalah kejadian sebenar. Dan untuk menulis kejadian sebenar itu, perlukan detail dan info yang tepat, bukan ditokok tambah.

Dan kebetulan pula aku banyak menulis tentang sekolah aku. Jadi secara tidak rasminya, aku mewakili bekas pelajar yang pernah menghuni di situ. Baik buruk sekolah itu semua aku persembahkan. Bagi pihak pelajar, itu kepuasan kerana dapat mengembalikan nostalgia mereka. Tapi bagi pihak sekolah, ini bukan sesuatu yang menguntungkan.

Menerima sms dari pengetua sekolah, bekas guru bekas pelajar yang tidak senang dengan buku yang aku hasilkan bukan lagi rahsia. Aku tidak pernah pun memberitahu sesiapa sebelum ini. 

Hinggalah hari ini.

Kuih Apam Sekolah Maahad akan kekal menjadi buku tentang asrama sekolah maahad (yang pertama aku kira) dan penuh kontroversi. Biarkan ia kekal menjadi lagenda. Sekurang-kurangnya lagenda dalam hidup aku sendiri. Sekurang-kurangnya aku dah boleh potong senarai 'Menghasilkan buku sendiri' tu di dalam bucket list aku.

Mengenai buku baru, aku tak tahu lagi. Tapi kisah sekolah hanya menjadi secebis dari beberapa bab yang akan diketengahkan. Aku harap.

Sekarang ni, aku dah ready nak hasilkan buku kedua. Siapa nak sponsor ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan