setegram

Instagram

4.7.13

TEORI DI NILAI 3

Tadi semasa waktu makan tengahari, gua dan Puan Bini bercadang untuk makan di Marrybrown Nilai 3. Sampai di sana, tekak gua dah mengidam nak makan ayam goreng 3 ketul. Seperti Dinner Plate di KFC.

Tapi bila sampai di kaunter untuk mengambil pesanan, ayam goreng yang dijual hanyalah 1,2.5 dan ketul-ketul yang lain. Tapi tiada set yang 3 ketul. Bana. Gua dah ternganga depan kaunter.

Peristiwa itu serta-merta mendatangkan teori kepada gua kenapa KFC ada 2 set yang berbeza : Snack Plate untuk 2 ketul dan Dinner Plate untuk 3 ketul.

Gua semacam boleh menangkap kenapa KFC tidak memberi nama 'Lunch Plate', dan kenapa Dinner Plate lebih banyak ketul ayam berbanding Snack Plate.

Dan gua menerangkan kepada Puan Bini berkenaan teori gua . 

Pertama, KFC tidak meletak perkataan 'Lunch Plate' kerana ketul ayam dalam set tersebut dijual lebih sedikit dari Dinner Plate. Secara logiknya makan tengahari sepatutnya lebih banyak dari makan malam. Jadi dia letak nama Snack Plate untuk nampak sedikit. Snek, kan sikit. KFC mungkin konfiden ayam dia laku punya waktu siang. Jadi jual satu set 2 ketul pun tak ada hal.

Kedua, KFC mempergunakan perkataan Dinner Plate supaya nampak proper untuk orang order waktu malam. Takkan nak order Lunch Plate waktu malam. Malu la. Dan KFC letak 3 ketul untuk Dinner Plate supaya ayam cepat habis, sebab kedai nak tutup dan tidak banyak ayam yang terbazir. Teori ni hanya digunapakai untuk KFC yang tidak 24 jam. Baru-baru ni je KFC mengada bukak 24 jam.

Berbuih-buih Sabery mulut gua menerangkan pada Puan Bini. Tapi dia buat rilek je suap Mi Kari dalam mulut.

Geram betul gua. Sebab gua geram, gua cakap dengan kentang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan