Cerita sekolah, cerita asrama, cerita mak bapak, cerita main basikal, cerita panjat pagar, cerita hisap rokok, cerita....banyak benda aku nak cerita ni.
18.9.14
#2
#1
13.9.14
NASIHAT POWER
Amirul sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Hidupnya susah. Duit selalu tak ada. Dan motorsikalnya baru sahaja hilang.
Dia pergi mengadu keluh kesahnya kepada rakannya.
"Nan, aku ni selalu bernasib malang. Duit kena curi, motor hilang. Kan bagus kalau nasib aku macam kau. Hidup bahagia, duit banyak. Tekanan pun kurang. Kan best kalau jadi macam kau. "
"Hey amirul, kau dengar sini baik baik apa aku nak nasihat ni. Don't you ever wish you were someone else tau. You ni were meant to be the way you are exactly. Ingat tu! "
Berkerut dahi Amirul mendengarkan kata kata nasihat dari Nan. Bukan kerana nasihat itu, tetapi kerana Nan yang tiba tiba terer memberi nasihat dalam bahasa Inggeris.
"Fuh, terer betul kau speaking! Ungkapan siapa ni? "
"Bangsawan Inggeris zaman dahulu. "
"Siapa? "
"Err..Jowi Makan Tayar. Kau mana tahu. Baca buku pun tidak. Sebab tu tak pandai! "
11.9.14
6 BULAN
Malam tadi aku belek belek gambar lama dalam hard disk. Jumpa gambar lama rumah sewa padang jawa, gambar kerja dekat segamat, gambar kahwin aku. Ada satu folder tu simpan gambar kedai photostat aku dulu.
Sedih tengok gambar tu. Sebab kedai tu dah tak ada. Kedai tu dulu sale dia pelik pelik. Paling teruk, aku pernah dapat sale 30 sen je hari tu. Sampai tak boleh tidur aku malam tu terkenangkan 30 sen tu. Pernah juga satu malam aku dapat sampai 700-800. Ah pelik lah.
Tapi, dalam banyak banyak kerja aku buat, tetap tak setabah masa aku kerja di Segamat dulu.
Aku pernah kerja gaji sangkut selama 6 bulan.
Aku pula ada bela Bangla dalam 7-8 orang masa tu. Hari hari tanya aku pasal gaji. Nak jawab macam mana pun tak tau sebab kompeni memang tengah sengkek masa tu. Nak suruh diorang buat kerja pun serba salah. Tapi kena buat jugalah sebab takde progress, takde payment.
Teruk masa tu. Kompeni hanya bagi duit makan dan petty cash untuk jalan kerja je. Selalu juga kami makan roti dengan telur scramble buat makan tengahari. Malam kadang kadang miss soru.
Tetapi kehidupan yang macam zombie selama 6 bulan tu banyak ajar aku dari segala segi. Aku jadi pandai buat design jeti sebab tak mampu nak upah orang design, jadi pandai urus duit secara minimum, pandai kelentong masa meeting, pandai jual tanah, pandai edit gambar, dan pandai masak nasi goreng.
Nasib baik kompeni baik hati. Bila dapat payment terus bayar gaji tertunggak. Bila aku pergi rumah Bangla untuk bayar gaji (aku pegang gaji masa tu) diorang punyalah happy, terus ajak aku makan kari yang diorang masak. Tapi aku menolak sebab tak selera sangat bau dia. Kekeke.
Aku? Dapat gaji terus kahwin.
6.9.14
FARIZA
3.9.14
1 STROKE 12
Pukul lapan tadi aku dan Pinah bersiap naik motor nak ke pasar malam beli rojak Singapore. Baru bergerak tak sampai sepuluh meter, tiba tiba kereta Vios putih tak basuh blok laluan aku. Pemandunya berpakaian polis. Nasib baik pula masa tu aku pakai helmet.
"Bang nak tumpang tanya ni bang." pintanya dengan gaya kerek, sambil mulut menghembus kepul kepul asap rokok. Tebal semacam asap dia. Rokok John barangkali.
Aku panas juga dengan Mamat polis ni. Main blok jalan aku semata nak tanya jalan.
"Jalan Ixora 1/12 dekat mana eh? ". Dia tanya, sambil masih kepul kepulkan asap.
Aku tak ada hati nak menjawab soalan dia. Tapi sebab dia dah blok laluan aku, aku jawab jugalah.
"Sini 1/1 sampai 1/6 je. 1/12 dekat belah atas sana."
"Atas? Sana? Sana? Kompom eh? "
Eh nak kompom kompom dengan aku pula. Pergilah tengok sendiri, beruk.
"Kompom eh, Jalan Ixora 1/12 atas sana? ". Katanya sambil terus pandu kereta.
Setan. Terima kasih pun tak ada. Dan aku pun teruskan perjalanan. Dalam fikiran aku, mesti wantan dengan kentang rojak dah habis.
Hampir hampir sampai di hujung taman, aku ternampak nama jalan 'Jalan Ixora 1/12'. Lah, dekat sini rupanya 1/12. Rasa bersalah pula dengan brader John tadi. Tapi bila fikir balik dia tak ucap terima kasih tadi aku pun, ah lantak kau lah.
Dan betul tekaan aku. Wantan dan kentang rojak dah habis. Celakaaaaaaa..