setegram

Instagram

30.8.14

CABARAN RM 100

Masa kerja di Segamat dulu,   aku ada satu port kedai makan kegemaran. Letaknya di belakang pasar basah Segamat. Condition kedai tu buruk, dan sedikit busuk kerana dekat dengan pasar. Buka hanya waktu malam dan orang pun tak ramai,  kadang kadang hanya aku, Khidir dan Sahir sahaja menjadi pelanggan.

Walaupun begitu keadaan kedai dan pelanggannya,  aku suka kerana dia ada satu menu rahsia. Nasi goreng cili padi bersama daging salai. Nasi goreng cili padi itu pula ada banyak kategorinya. Dikira dari level 1 hingga level 5. Kalau minta level satu,  nanti dibuatkan nasi goreng yang biasa sahaja sedapnya. Tetapi kalau minta level 5, nasi goreng tu jadi warna hijau.  Dia punya pedas memang gila. Kalau jubur tak kuat memang boleh kena buasir. Agaknya kalau perempuan makan, peranakan pun boleh jatuh. Aku selalu makan yang level 3 sahaja. Itu pun sudah tidak tahan menanggung kepedasan.

Satu hari tu brader tu masak daging landak salai dan isinya yang lain. Dia kata dia tereksiden dengan landak masa perjalanan pulang ke rumah, lalu terus sembelih di tepi jalan.

Khidir mengambil kepingan hati landak dari tempat salai dan hidang di atas meja makan kami.

"Hah, kalau terer makan la. "

Aku dan Sahir bau hati landak salai tersebut. Gila punya hanyir. Masih berbau darah. Sahir awal awal mengalah.

"Busuk siak. Kau makan la. Aku tak makan organ." aku mengelak.

Masing masing mencabar satu sama lain untuk makan hati landak. Aku semacam tak sanggup nak telan. Sedangkan organ ayam dan lembu pun aku tak makan,  inikan pula landak. Gila.

"Tat, aku tau kau tak makan organ, tapi kalau kau berjaya telan sedikit hati landak ni,  kami bagi kau rm 100" kata Khidir sambil memotong cebisan kecil hati landak untuk cabaran ini.

"Betul,  kau tak tipu? Letak duit atas meja sekarang. "

Khidir dan Sahir seluk poket masing masing dan meletakkan not 50 di atas meja.

"Kamon Tat. Sekali ni je aku nak tengok..... "

Belum sempat dia habiskan cakap, aku terus ambil hati landak dan masukkan dalam mulut dengan rakusnya dan kemam. Apalah sangat cebisan hati landak tu berbanding rm 100. Kerja mudah.

"Hah, telan, telan! "Khidir memberi semangat.

Aku mulakan kunyahan. Terasa kehanyiran dan pahit hati landak itu. Belum sempat aku masuk kunyahan ketiga,  aku dah mula rasa mual yang amat sangat.

Sejurus itu juga aku meluahkan segala isi perut yang mengandungi hati landak,  bersama nasi goreng cili padi level 3, dan horlick ,ais di tepi meja makan.

"Woi, apa muntah tepi meja ni woi! "

"Gila babi. Aku tak tahan siak bau dia. Bak sini 50. Kira deposit la. " sambil tangan aku menguis not 50 kepunyaanku Khidir.

"Aaaah..kemam mana kira.! " sambil rampas semula not 50 dari tangan ku.

Itulah pertama kali aku muntah di kedai makan. Nasib baik tak ada orang lain selain kami bertiga sahaja. Tapi brader tukang masak tu geleng kepala je la tengok lambakan muntah aku tepi meja makan dia.

Aku dah cakap, aku tak boleh makan organ binatang. Itulah last aku buat kerja bodoh ni. Mulut hanyir, duit pun tak dapat.

18.8.14

WATERFALL

Aku, Pinah, dan Mak Pinah tengah makan sambil tonton channel 611. Ada scene waterfall.

"Babah,  ada waterfall,  macam kita pergi dulu!  Menjerit macam tak pernah tengok air terjun.

"Hmm.. " aku jawab acuh tak acuh. Tengah sedap ratah ayam ungkep.

"nak pergi situ,  please.. " dia buat muka 20 sen,  duit baru.

Aku pandang tanpa perasaan. Sebab aku tahu kejap lagi dia lupa dah waterfall waterfall ni.

Melihatkan aku buat muka  berg je, Mak Pinah memujuk "Kesian dia,  nanti kita pergi Indah Water eh? "

Ayam terkemam di mulut. Aku salah dengar ke apa ni?

9.8.14

BOMOH UPTOWN

Ramadhan. 2004. Uptown Damansara.

Selepas berbuka di kedai mamak telur separuh masak power,  aku, Jinggo, Tomoko dan Che Lat duduk bertenang melayan perut masing masing yang mengah.

"Cepat lah Lat.  Kata nak buat tadi. " Jinggo buka suara meminta Che Lat mengotakan apa yang dijanjikan sebelum sampai di Uptown tadi.

"Ok,  ok kejap la." balas Lat sambil mengeluarkan sesuatu dari poket kiri seluarnya.

"Haa.. inilah dia. Benda ni mesti jadi punya."

Kami meneliti benda bulat kecil, seperti biji lada hitam.

"Kau nampak perempuan baju hitam tu,  yang dekat meja depan sana?. Aku nak try dia. Kejap lagi dia mesti gelisah." Ujar Lat dengan sombongnya sambil mengarahkan muncungnya ke seorang perempuan berbaju hitam dan berbadan sederhana yang sedang makan nasi goreng aku rasa.

"Okay, okay ". Kami mengangguk setuju dan sedikit teruja.

Mulut Che Lat terkumat kamit membaca sesuatu yang kami tidak pasti apa butirannya.
"Ok,  aku start sekarang."

"mimma minkum mimma tayakum. mma minkum mimma tayakum.mimma minkum mimma tayakum.."

Che Lat membaca sambil hujung jari telunjuk  dan ibu jarinya menggentel benda bulat seperti biji lada hitam itu.

2 minit berlalu, masih tak jadi apa.

"Mende ni, tak jadi apa pun?" Tomoko mula argue kemampuan Che Lat.

"Err..err..aku rasa tak jadi sebab bulan puasa kot. Bulan tak puasa ok je.."

Kami semua geleng kepala tanda frust dan hancur harapan.

5.8.14

PEREMPUAN JALANAN


Pemerhatian aku sebagai rider Puncak Alam-Sepang mendapati bahawa perempuan selalu:

1. Bagi signal kiri tapi belok kanan.
2. Bergerak lampu hijau di trafik light dengan gear 2/3. Slow nak mampus.
3. Tak bagi signal,  terus bantai masuk simpang dan buat muka pailang.
4. Bawa 40 km/h di lorong kanan sambil berborak riang dengan rakan sebelah.
5. Seat rapat ke stereng. Muka hampir rapat dengan cermin hadapan.
6. Isi minyak muka sombong macam isi 400 ringgit.
7. Bawa motor kejap laju,  lepas tu brek, lepas tu laju tiba tiba.
8. Memang suka naik atas divider tak kira masa dan waktu.

Itulah kalau dalam kepala ingat brooch,  tudung 3 lapis, gaun labuci saja.

Itu belum lagi kes:

9. Menangis dalam kereta kaw kaw sek punya.
10. Belek muka dekat cermin samai kereta senget.

HATI


Malam tadi,  aku bawa Pinah ikut aku pergi hantar seluar untuk dialter. Selepas dia bergaya dengan baju frozen pasar malam dan sikat rambut lebih kurang, dia pun masuk dalam kereta.

Dalam perjalanan, aku sengaja tak pasang radio sebab tiba tiba aku rasa nak feel alam semulajadi.

Agaknya terlalu sunyi,  Pinah pun cuba bertanya:

"Bah,  dalam hati ada apa ye?"

Amboi. Sungguh melankolik soalan itu. Sampai aku ambil masa untuk jawab.

Disebabkan dia tanya soalan yang feeling feeling alam semulajadi,  aku pun cuba menjawab seberapa falsafah.

"Dalam hati ni ada daging. Daging itu boleh jadi hitam atau merah. Kalau kita selalu buat baik,  tolong orang, tak nakal,  hati kita warna merah, wangi... "

"Ada bunga?" Pinah memotong sebelum aku sempat habiskan ayat.

"Ada. Bunga tu pun wangi. Tapi kalau kita selalu tipu, jahat, belasah orang,  belasah kucing,  hati kita warna hitam, busuk,  tak ada bunga.. "

Pinah terkebil kebil. Aku rasa mesti dia tak faham.

"Faham tak ni?"
"Hmm.. bolehlah. " sambil tangannya buat gaya 'so-so' dan tekan radio. Bosan agaknya dengar tarbiah aku.

Aku turunkan juga budak ni tepi jalan.