Malacca weh!!
Mulai hari ini dalam entry, aku ada selitkan segmen 'cuti-cuti buang duit'.Ya,aku panggil cuti-cuti buang duit' sebab travel aku akan dimasukkan sebanyak mungkin segala perbelanjaan dan bajet.Samada duit untuk isi minyak kereta,masuk parking,tiket kejadah dan sebagainya,So,benda ni akan jadi panduan untuk korang kalau nak melancong macam aku.
Untuk entry pertama ni aku nak cerita tentang travel aku pergi Melaka.Walaupun aku ni boleh kata tiap-tiap minggu pergi Melaka,tapi lawatan ke melaka kali ini lain sikit,sebab aku melawat tempat-tempat yang bersejarah yang sepatutnya aku lawat dari dulu lagi.senang cerita ini barulah pergi Melaka versi serius.Aku dan bini telah membuat mesyuarat untuk memfokus sebaik bolehuntuk menghabiskan semua jenis muzium yang ada dekat Melaka.
Ada banyak gila rupanya muzium dekat Melaka ni.
Bermula dari : Muar
Destinasi: Melaka
Jarak: +- 30km
Minyak : Rm 20.00 + 10.00 (beli tobleron dan air dan macammacamlagibiasalahadaanakbini)
Sampai je sana aku terus cari parking,kami parking dekat sebuah kawasan,opposite dengan Muzium Samudera.Kat situ kena rm 2.00 per entry.Lebih jimat dari aku letak coupon berderet deret atas dashboard.FYI,dekat melaka ni SETIAP HARI kena pakai coupon,tak kiralah Hari Raya ke apa ke.Lepas tu diorang punya penguatkuasa macam lalat hurung tapai.sentiasa je berlegar legar.So dari taknak kena sama,atau penatkan tangan sebab nak gores coupon baik letak dekat situ.Redup pun ye.. :)
Dekat depan aku dah terpacak dah kapal atas tanah.Muzium Samudera.tapi aku tak masuk sebab dulu masa kami bercinta,kami dah masuk.Oh,lupa nak baguiahu.Kami adalah pasangan yang sangat sukakan muzium dan benda benda retro dan antik.Kami harap anak kami juga begitu kelak.Ok aku menyimpang....Muzium samudera ni kalau nak masuk tak silap aku kena rm 3.00 seorang dewasa dan 1.00 untuk kanak kanak.Nak masuk muzium ni kena buka kasut.Pihak kompeni kapal akan bekalkan plastik untuk korang.Muzium ni pula ada 2 bahagian.Satu yang dekat kapal tu lah.yang satu lagi dalam bangunan sebelah dia.Best juga muzium ni.Tapi sorry la,aku takde gambar ni sebab aku tak masuk.Kami hanya masuk masa berkapel dulu dan msa itu kamera sangat mahal *alasan*.
Jadi kami pun teruskanlah perjalanan ke bangunan merah.Untuk pengetahuan supaya tidak diperlekehkan oleh masyarakat sekeliling,bangunan merah ini sebenarnya berwarna BIRU. Sila baca sini. .Maka bini aku serta anaknya mulalah berposing posing mengambil gambar untuk kenang kenangan kelak..
kami pergi Melaka atau melawat Dirk Kuyt? |
Lepas tu kami ke muzium rakyat,jalan kaki je ke sana.dekat la dalam 100-200m.Dalam muzium rakyat ada banyak department.Ada muzium kecantikan,muzium rakyat,muzium layang layang.Nak masuk kena pau rm 5.00 .Boleh tahan la muzium ni.takde la best sangat.Ada layang-layang,ada gambar orang buat tatoo pakaian dahulukala.macam macam lagi la.
Aku tak tahu siapa yang nak pakai.Dekat depan capal besar tu pula ada capal terkecil. (ada orang kecil tidur) |
Layang layang dari colombia,digunakan semasa pesta layang layang antarabangsat. |
Lepas tu kami meneruskan perjalanan kaki ke Muzium Istana.Aku mengidam yang ni la!Dah lama dah target nak pergi tapi tak dapat-dapat.Muzium ni katanya dibina atas tapak Istana Melaka yang original.Dia punya design pun dibuat sebijik macam Istana di zaman silam. ("-.-)
Sebelum sampai istana,kami jumpa ini dahulu. |
Lepas tu baru jumpa ini. (orang kecil sudah bangun) |
Dekat muzium istana ni, ada bayak ditunjukkan baju baju diraja dari semua negeri dekat Malaysia ni. Diorama Hang Tuah lawan dengan Hang Jebat ada,meeting room Sultan,banyak lagi la.Ikut cerita,istana ni pernah terbakar dua laki..Serius bila masuk muzium ni rasa macam masuk istana betul betul.Siap ada Taman Larangan kau! Ingat senang nak masuk Taman Larangan?kau tengok cerita Batu Belah Batu Bertangkup?Ayam laga terlepas masuk istana baru la dapat masuk.Itu pun curi curi.haa..kat sini masuk free je.
Dah,lepas tu dah tak larat dah sebab panas yang amat. Kami pun rilek rilek minum air.Sekian saja shirt trip kami ke Melaka. kalu kira kira balik kos yang aku keluar untuk ke Melaka adalah dalam rm 70.00 saja. Kira ok la tu. Dapat pergi macam macam, beli macam macam.Kira puas la jalan. Ok, lain entry aku cerita trip yang lain pulak. Selamat bercuti!
Taman Larangan |
Dah,lepas tu dah tak larat dah sebab panas yang amat. Kami pun rilek rilek minum air.Sekian saja shirt trip kami ke Melaka. kalu kira kira balik kos yang aku keluar untuk ke Melaka adalah dalam rm 70.00 saja. Kira ok la tu. Dapat pergi macam macam, beli macam macam.Kira puas la jalan. Ok, lain entry aku cerita trip yang lain pulak. Selamat bercuti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan