Iftar itu nikmat
Semalam aku bikin satu majlis buka puasa sama kawan.Heh,bukan majlis la,saja nak buka dekat luar je.Epul JCB, rakan dari Segamat datang nak buka puasa di Muar.Dia kata dah lama tak jumpa aku.Malam-malam selalu menangis sebab rindu aku.haha ~('v')~
Asalnya Idir Segamat call aku cakap nak datang.So kira dia la organise geng dari Segamat.Sekali dia pula yang cancel.sembang memang hebat.Cilake.Epul JCBkata Idir Segamat ada hal.Hal cinta-cinta.Nak datang takut awek sunyi di Segamat.Harem.
Kami buka puasa di Sabak Awor Muar. Sabak Awor adalah tempat makan seafood-seafood yang famous dekat Muar ni selain Parit Karang,Parit Jawa dan......Parit Karang dan Parit Jawa.Ops..lupa nak bagitahu,kalau nak makan dekat sini dalam bulan puasa, dinasihatkanlah membooking terlebih dahulu sebab orang yang makan dekat sini terlalulah ramai. Kalau tak booking tu,lepas tu lenggang kangkung datang pukul 6.30, harapan la.Kau makanlah kat tepi longkang Sabak Awor.Bawa bekal dari rumah.Kat sini boleh booking,lepas tu tinggalkan nama,mintak table no berapa,tak payah tinggalkan duit.
|
jangan pilih lipas laut. |
Sabak Awor ni letaknye dekat pinggir bandar Muar.Macam mana aku nak cakap eh...dekat Jalan bakariah.Ah kau tengok lah map ni.
|
hehe.macam cilake map.gua kekoq lukis pakai paint. |
Kenapa aku pilih sabak Awor?Aku pun sebenarnya tak suka seafood.Aku tak makan kebanyakkan makanan laut.Udang aku anggap lipas laut. Kerang ibarat makan tanah lumpur rasa dia. Tapi aku suka sangat environment dia,nak-nak bila taim bulan puasa ni. lagi satu masakan dia best dan harga sangat berpatutan.Happening la orang Pakistan kata.
|
ni la dia..(aku sedut dari internet) |
Seperti seafood- seafood yang lain,korang pilih sendiri la apa korang nak makan.OPP LUPA LAGI.DISUGGESTKAN ORDER MAKANAN DI GERAI NO 8, SEBAB KAT SITU SEDAP HABES! TAPI YANG LAIN PUN SEDAP JUGAK.WIFE AKU ORDER KAT GERAI NO 9 SEBAB NO 8 LAMBAT BUKAK.PADAN MUKA.
Hari itu wife aku telah mengorder (aku tak dapat pergi sebab sibuk di kedai) ikan jenahak buat 3 rasa(x2),telur dadar(x2),udang masak black pepper,sotong goreng tepung,kailan ikan masin(x2),makan pulak dengan nasi lemak(x5).Air tembikai satu jag.Pergh!!
|
nampak tak? nampak tak? nasi lemak,udang black pepper,kailan,telur dadar,ikan |
|
barulah aku tahu ikan jenahak ni sedap buat 3 rasa.Terima kasih abang tukang masak! |
|
nampak tak? nampak tak? sotong goreng tepung |
|
udang masak black pepper.eeuww.. |
|
jus tembikai |
ITU SEMUA GAMBAR SEBELUM KEMALANGAN.JANGAN SERONOK SANGAT.
Jarum jam masuk je pukul 7.20, aku dan yang lain terus membaham. Rasa kekok sikit sebab selalu kalau buka mesti nak makan kuih dulu. YA ALLAH..aku rasa nak menangis dia punya sedap. Betul la sedap ikan jenahak ni.Aku dah mula ada hati dengan ikan jenahak masak 3 rasa.
INI GAMBAR SELEPAS KEMALANGAN.BOLEH MASUK
KARINGERI.
|
Badan remuk dibelasah |
|
Dirobek robek |
|
makan gaya yakjuj makjuj. |
Sebelum difitnah, makan dekat sini memanglah sedap dan amat disuggestkan dekat siapa-siapa yang datang ke Muar.bawalah famili korang makan di sini.
|
satu-satu masa boleh muat 200 orang rasanya. |
|
epul JCB mengusha awek sementelah isteri di sebelah |
BONUS..
|
kekasih baru |
|
iorang tak puasa minum susu saja lah. |
sekian terima kasih.
Normah Hakim melaporkan.