setegram

Instagram

25.1.14

IKLAN


Hampir satu bulan aku menjadi pengguna lebuhraya Elite. Setiap pagi dan setiap petang,  6 hari seminggu.

Papan iklan yang terletak di kiri dan kanan lebuhraya dari Klia ke exit 601 Shah Alam aku kira lebih banyak dari papan iklan lebuhraya Plus dari Jasin ke Nilai. Secara tidak langsung menunjukkan perbezaan kuasa membeli di satu satu kawasan. Lagi nak masuk Kl,  mesti lagi banyak papan iklan. Nampak permainan dia?

Papan iklan di Elite ni ada macam macam.  Dari iklan tilam, Sunway Lagoon, lori hinggalah ke muka Tony Fernandes.

Tapi dalam banyak banyak iklan, iklan kipas jenama Alpha aku paling tak boleh pergi sekali. Iklan tu guna dua orang model budak Cina dress up Korea Daewoo punya. Sorang nama Jack,  sorang lagi Thomas. Aku paling menyirap dengan muka Thomas ni la. Muka minta penampar.

***

Sebenarnya aku baru kehilangan Izara Aisyah di km 20.1 arah selatan. Selalu tiap tiap petang dia tunggu aku lalu bawah dia sambil pegang syampu Secret Garden.

Hari ini dah diganti dengan QSR brand. Mende ni?

12.1.14

SI AMIN LCCT

Petang semalam, Tuhan temukan aku dengan seorang pemuda bernama Amin.
Amin, yang bekerja di Federal Express Kuala Lumpur akan berlepas ke Singapura untuk menghadiri seminar. Tetapi malangnya, Amin tertinggal pouch bag yang diletakkan di dalam kereta kawannya yang menghantarnya tadi di LCCT.
Apalagi, menggelibak la si Amin ini. Masakan tidak, tiket, dompet, telefon semua ada dalam tu. Berlari lari si Amin dari terminal ke parking mencari bantuan.
Dan memang menjadi fitrah manusia zaman sekarang, bila dah ada handphone, otak jadi malas nak hafal nombor telefon. Yang Amin ingat hanyalah nombor telefon dia. Tapi masuk voice call.
Tapi tuhan temukan Amin dengan aku,yang hati sedang marah ketika itu akibat salah informasi aku datang ke LCCT instead of KLIA.
Merayu rayu si Amin minta bantuan. Melalui penceritaannya yang agak menggelabah puyuh, mungkin panik, aku yang terpukau sekejap pun cuba la bantu,walau tak tahu macam mana. Kami membawa Amin ke pusat teksi.
Sekarang nak tak nak, Amin kena menjejaki semula rakannya di Cyberjaya. Duit dalam kocek ada la 15 hengget katanya. Nak pergi singapura apa benda kalau tiket takde, duit ada 15 hengget.
Puan bini kata,hulur sahaja duit teksi untuknya (rm 55,setan betul teksi LCCT ni). Nak bayar atau tak,terserah dia. Nombor telefon dah bagi.
Dan,
Benda benda ni membuat aku sampai rumah tadi pukul 10.00 malam. Dan aku makan lewat, tidur lewat, bangun pagi tadi lewat, dan punch card lewat. Adoi!