setegram

Instagram

13.11.13

KENAPA HARI JUMAAT?


Masa aku darjah 5 dulu, cuti di negeri Johor adalah hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad kena sekolah.

Namun, setelah sang kerajaan menyusun semula, mereka memutuskan bahawa negeri Johor akan berubah jadual cutinya, dari hari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Pengumuman ini dibuat oleh cikgu gua yang old school, Cikgu Kassim Vespa. Mendengarkan pengumuman tersebut, kelas menjadi hingar sekejap. Ada yang bersorak suka, ada pulak yang kecil-kecil dah tunjuk pailang menentang kerajaan.

Jadi, Cikgu Kassim Vespa pun membuat satu survey. Dia tanya sorang-sorang kenapa setuju atau tak setuju dengan pengumuman itu. Yang suka kata boleh tengok Ogy dalam Melodi, boleh balik kampung sebab kampung dekat Selangor. Selangor Ahad cuti. Jawapan yang paling gua meluat ialah boleh menumpukan perhatian dengan belajar di rumah. Apa hari lain kau tak belajar ke?

Yang menentang pula kelihatan hipokrit juga jawapannya. Kata tak suka sekolah hari Jumaat sebab hari Jumaat penghulu segala hari. Memang penghulu segala hari. Sebab tu aku nampak dia main lari-lari dekat belakang masjid masa khutbah. Perangai macam penghulu.

Kemudian tiba giliran aku:

"Adib, awak suka ke tak sekolah hari Jumaat, dan kenapa?"

Dengan steady,gua bangun dan jawab dengan sejujurnya:

"Saya tak suka sekolah hari Jumaat sebab hari Jumaat panas"


Cilake. Satu kelas gelakkan gua.
Betul apa hari Jumaat memang panas?


Sampai sekarang gua tak puas hati apasal diorang gelakkan gua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan