setegram

Instagram

27.11.13

PENGEMIS KOTA

Tahun 2000.

Selepas 2 minggu berhempas pulas bekerja membungkus tilam di kilang, aku dah mula bosan. Kerja bungkus tilam ni macam tak pernah habis. Rasanya kalau kilang ni bangkrap barulah kerja bungkus tilam ni stop. Bart Bachik, rakan sekerja aku pun rasa benda yang sama. Kami bercadang untuk pergi mengembara. Ke mana arah tuju,  kami masih tak pasti.

Berbekalkan Rm100 untuk diri aku dan Rm entah untuk Bart Bachik, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur, kota yang penuh dengan cabaran bak kata satu lagu tu. Dengan duit yang tak berapa ada ni,  kami harus berjimat demi pengembaraan selama satu minggu ini tercapai.

Benda yang paling kena difikirkan masa itu adalah di mana hendak tidur. Untungnya waktu itu ramai rakan sekolah yang study pra di UIA PJ. Jadi aku dan Bart Bachik menumpang secara haram. Aku ingatkan bila dah duduk di UIA secara percuma tu,  kuranglah belanja. Rupanya tidak, sebab kami dihasut ke SS15 untuk bermain snuker pula. Parok la juga budak UIA ni rupanya. Kuat snuker.

Dek kerana kehabisan duit, kami terpaksa makan roti canai di UIA tak bayar. Blah senyap -senyap.  Dekat situ juga la pertama kali aku nampak student Iran/Pakistan makan roti telur. Dia gulung macam roll cake kemudian cicah kuah dal.

Kaedah itu aku tiru kalau nak sarapan cara pantas,  sampai la sekarang.

Untuk mencari duit lebih,  kami menyambut sahutan satu brader dekat kolej tu untuk buat kerja part Time sebagai pelayan untuk Majlis Perhimpunan Agong Umno di PWTC. Kami pinjam seluar hitam, kasut hitam dan kemeja putih budak UIA, antara syarat untuk jadi waiter. Blazer disediakan. Seronok juga jaga meja-meja YB ni (kami dapat jaga meja belakang saja). Bila lepas makan diorang siap minta dibungkus pula. Peh! Air minuman pula dibuat di dalam satu takungan yang besar, tuang pati sirap dan buka paip sederas mungkin. Kemudian letak ais banyak-banyak. Dan aku tak pasti air tu bertapis atau tidak.

Dia punya penat memang boleh tahan. Itu baru hari Jumaat.

Hari Sabtu malam pula ada annual dinner, Taylor College buat. Kolej anak orang kaya ni. Sebab artis yang dijemput masa tu KRU. Gila babi betul. Rasa macam bodoh pula bila serve table anak orang kaya ni. Budak sebaya aku je, pergilah ambil sendiri dekat dapur. Dah tu diorang makan Chinese set pula. ada 7 dishes. Bersepai tangan!

Dijadikan cerita, malam tu kami terlepas bas. Mundar-mandir cari bas, tetap tak ada. Sudahnya tidur di mana?

Kami tidur di jejantas, berkongsi dengan pengemis. Seronok juga.

***

Pagi Isnin kami bergegas ke PWTC, untuk mengambil upah kerja yang dijanjikan. Ok, sebenarnya petang, bukan pagi. Kami terbangun lewat hari itu. Pihak katering dah beritahu waktu akhir ambil gaji adalah pukul 3 petang. Dan pada pukul 3 petang, kami masih dalam tren ke Sogo.

Benarlah bagai dikata. Bangun pagi rezeki mendatang, bangun petang rezeki terbang. Setelah berkejar ke sana ke mari, kami hampa. Sia-sia kerja dua hari. Buat penat badan.

Petang itu juga kami pulang ke Muar dengan ngam-ngam duit syiling seringgit di poket, setelah ditolak duit tambang.

25.11.13

MEMANDU


Semasa memandu, ada beza di antara lelaki dan perempuan.

Sang lelaki, kebanyakkannya semasa memandu sangat alert. Di dalam kepala otak mereka sudah menjangka bahaya, lubang, jarak kenderaan, dan kawasan sekitar lebih kurang 20 meter radius. Sebab itu kalau terlangar lubang, mereka sangat marah, sebab sistem yang diaplikasikan 'gagal' mengesan bahaya.

Perempuan pula, masuk gaung pun diorang tak ambil port. Janji balik kerja karang nak beli brooch.

22.11.13

LONGKANG


Aku terserempak dengan sahabat lama di masjid, tengahari semalam. Kami berborak-borak panjang. Bertanya tentang keadaan masing masing. Dan di dalam perbualan hari itu, aku menceritakan tentang dilema kerja yang aku hadapi.

Aku bertanyakan pendapat dan pandangan dia, if he in my shoes. Dan dengan tenang dia berkata:

"Beb, aku tak akan mempengaruhi kau untuk pergi atau tidak. Apa yang penting adalah di dalam diri kau itu sendiri. Mahu atau tidak. 

Kadang-kadang orang tak beri kita pergi dengan berkata di hadapan perjalanan kita ada longkang. Tapi percayalah cakap aku. Kau sendiri yang kena pastikan samada betulkah ada longkang, ataupun sebatang jalan raya yang bagus."

Makan dalam juga pepatah longkang ini. Tetapi aku yakin dengan kata-katanya.

High up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth
-Fix You.

And I hope that it will fix me.

13.11.13

KENAPA HARI JUMAAT?


Masa aku darjah 5 dulu, cuti di negeri Johor adalah hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad kena sekolah.

Namun, setelah sang kerajaan menyusun semula, mereka memutuskan bahawa negeri Johor akan berubah jadual cutinya, dari hari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Pengumuman ini dibuat oleh cikgu gua yang old school, Cikgu Kassim Vespa. Mendengarkan pengumuman tersebut, kelas menjadi hingar sekejap. Ada yang bersorak suka, ada pulak yang kecil-kecil dah tunjuk pailang menentang kerajaan.

Jadi, Cikgu Kassim Vespa pun membuat satu survey. Dia tanya sorang-sorang kenapa setuju atau tak setuju dengan pengumuman itu. Yang suka kata boleh tengok Ogy dalam Melodi, boleh balik kampung sebab kampung dekat Selangor. Selangor Ahad cuti. Jawapan yang paling gua meluat ialah boleh menumpukan perhatian dengan belajar di rumah. Apa hari lain kau tak belajar ke?

Yang menentang pula kelihatan hipokrit juga jawapannya. Kata tak suka sekolah hari Jumaat sebab hari Jumaat penghulu segala hari. Memang penghulu segala hari. Sebab tu aku nampak dia main lari-lari dekat belakang masjid masa khutbah. Perangai macam penghulu.

Kemudian tiba giliran aku:

"Adib, awak suka ke tak sekolah hari Jumaat, dan kenapa?"

Dengan steady,gua bangun dan jawab dengan sejujurnya:

"Saya tak suka sekolah hari Jumaat sebab hari Jumaat panas"


Cilake. Satu kelas gelakkan gua.
Betul apa hari Jumaat memang panas?


Sampai sekarang gua tak puas hati apasal diorang gelakkan gua.

8.11.13

HIGHLAND TOWER

Aku bertemu dengan Highland Tower sebanyak dua kali. Satu secara tidak sengaja, dan satu lagi memang sengaja aku mahu berjumpa dengannya.

Ok aku nak cerita pertemuan yang tak sengaja dulu.

Tahun 2005, pasa satu malam tu kami melibur di Kuala Lumpur setelah otak berasa penat belajar 6 hari seterit. Klise. Aku dan Cheebai Gank 360 pergi pusing KL. Pergi Bukit Kenny nak tengok tapak rumah Botak Chin, tapi macam tak nampak. Kemudian pusing-pusing di Titiwangsa, tengok- tengok kalau ada orang beromen ke. Lepas tu pergi ke kawasan wajib singgah