setegram

Instagram
Memaparkan catatan dengan label maahad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maahad. Papar semua catatan

5.10.13

SUBJEK LUKISAN


Masa di sekolah dulu, ada sekali tu guru lukisan aku pergi bercuti. Jadi subjek lukisan diganti dengan Warden Belia. Masa tu semua budak ingat Cikgu ni haram apa benda tak tahu pasal lukisan. Ajar Bahasa Melayu bolehlah. Budak-budak ni pula bajet mereka semua handal dalam subjek lukisan.

Bila Warden Belia masuk je kelas, dia terus kata: "Siapa sini pandai melukis?"

Separuh kelas mengangkat tangan.

"Ok. Kalau betul pandai melukis, cuba kamu lukis keadaan kereta remuk baru sahaja lepas eksiden."

Terkuntal-kantil la kami semua melukis kereta lepas eksiden.

Ada pula satu suara berbunyi: "Cikgu saya lukis separuh saja tau. Sebab separuh lagi dah masuk kedai half-cut."

4.10.13

TELESISWA

Pernah dengar perkhidmatan Telesiswa? Sekarang pun wujud lagi kan. Selalu benda ni dipasang oleh brader Telekom di asrama-asrama, untuk memudahkan mereka mintak duit belanja dengan mak bapak. Lepas tu dah dapat duit pergi belanja makwe makan dekat kantin. Setan.

Masa mula-mula telefon Telesiswa dipasang di asrama aku dulu, budak-budak semua jakun. Telefon takde slot nak masukkan duit. Bila kita angkat gagang, ia akan bersambung ke operator. Nasib la dapat operator lelaki ke perempuan. Asrama aku memanjang operator perempuan je yang jawab. Lepas tu kau cakap la nak sambung ke nombor mana, siapa nama. Bil telefon nanti masuk dalam bil rumah mak bapak.

Disebabkan telefon Telesiswa ni letaknya di balik dinding Bilik Neraka, tangan pun asyik la gatal nak buat panggilan. Sikit-sikit angkat gagang nak cakap dengan operator. Kadang-kadang operator sampai merayu tolong jangan call lagi. Penat dia nak melayan.

***

Satu hari tu, poket aku betul punya nipis. Nak beli apa dekat kantin pun tak boleh. Hari tu pula aku terpaksa mengadap ikan masak pindang yang tuhan saja tahu bertapa tak sedapnya rasa dia. Kombo sayur dia pula taugeh sperma yang kepala besar tu. Aku memang tak boleh blah betul dengan taugeh sperma ni. Bau dia mual. Jadi terpaksa lah aku berlapar sampai malam.

Balik dari berzohor di surau, aku tak buang masa terus capai gagang Telesiswa. Aku nak telefon abah minta duit. Minta-minta petang nanti dia datang hantar duit.

"Hello, boleh tolong sambung ke nombor rumah saya?"
"Berapa nombor ye?"
"06 bla bla bla"
"Siapa yang bercakap ni ye?"
"Anak tuan rumah. Cepat sikit ye, saya dah lapar ni."
"Sebentar ye.."

Aku menanti penuh harapan. Dan perut yang menggigil.

"Hello." Satu suara garau di hujung talian. Aku cam betul. Suara abah aku. Memanglah, dah tadi aku kata nak cakap dengan abah aku.

"Abah, Adib ni. Nak mintak duit sikit bah. Dah tak ada ni."
"Haa. Itulah kau. Time tak ada duit barulah nak telefon. Bila kaya, haram tak tanya khabar."

"Err..boleh ye Bah? Adib janji belajar bersungguh-sungguh sampai masuk universiti."
"Hmm. ye lah." Ringkas dan tegas.

Macam tu sekali dia punya janji bila perut dah lapar.

Malam tu aku makan besar. Mee Goreng telur mata, air botol dan take away burger daging.

Sambil kepala sibuk fikir macam mana jalan paling senang nak masuk universiti.

27.9.13

RAKAN DARI LAHAD DATU

Lepas 2-3 hari gua fikir, baru teringat yang dulu gua ada kawan yang berasal dari Lahad Datu, Sabah. Mereka adalah dua beradik yang berpindah mengikut bapa dia kerja apa entah, berpindah ke Johor. Dua-dua masuk satu kelas dengan gua masa tingkatan tiga dulu. Seorang nama  Hafiz. Seorang lagi Hanafi.

Secara teknikalnya mereka ni bukanlah kembar. Tapi seorang lahir awal tahun, seorang lagi hujung tahun. Muka pun masing-masing berbeza. Kadang-kadang gua kagum jugak dekat mak bapak diorang ni. Gigih betul.

Masa hari pertama dia masuk sekolah, semua budak pandang pelik. Sebab bila dia bukak mulut je, memang cakap bahasa Sabah pekat. Kelakar pun ada. Sebab itulah pertama kali gua berkomunikasi dengan orang Malaysia Timur. Oleh sebab kepekatan berbahasa, kitorang pun cadang nak bagi nama yang sesuai mengikut semangat kenegerian.

Setelah bincang lebih kurang, kami pun berpakat nak memberi nickname 'Ketuak'. Satu Ketuak Abang, satu Ketuak Adik. Mula-mula diorang macam marah jugak. Tapi lama-lama diorang redha je la. Gua rasa pun lebih baik la diorang redha je. Ok apa Ketuak.


***


Selepas 2 hari The Ketuak's berada di sekolah, gua perati Ketuak Adik ni lain macam  sikit. Pelik jugak bila dia macam tak tahu apa benda pun. Padahal dah tingkatan 3 ni. Tahun Pmr. Jangan buat gila.

Jadi masa satu period tu, Cikgu masuk ke kelas lewat. Jadi gua dan konco pergi la bermesra-mesra dengan Ketuak adik. Dalam kesempatan tu gua pun tanya la apasal beg sekolah dia ringan semacam. Orang lain macam-macam tanggungjawab ada dalam beg. Tapi beg sekolah dia bukan main nipis lagi.

Ketuak Adik hulur beg dia dekat gua. Gua pun selak la beg sekolah dia. Mengucap panjang gua bila tak ada satu buku teks pun.

Yang ada adalah kereta mainan Tamiya 2-3 bijik.

Gua tak tahu la apa kerajaan Sulu buat dekat diorang sampaikan dah tingkatan 3 masih bawak Tamiya. Macamana la rupa manifesto diorang sehingga  terbentuk seorang pemuda Tamiya.


p/s Nota Tamiya

*Ketuak Abang sekarang dah berjaya membuka kedai welding di dan mencari nafkah di Muar.
*Ketuak Adik, pemuda Tamiya last gua dengar dah jadi jurutera di sebuah syarikat perkapalan.

20.9.13

BUKU TAKLIM

1997.

Di asrama, selepas waktu maghrib, AJK Surau seperti brader Hamim dan rakan-rakan selalunya akan adakan sesi Taklim. Aku pun tak berapa ingat la macam mana sesi tu dilakukan, tapi ada nasihat-nasihat, kisah nabi, kadang-kadang lagu nasyid termasuklah 'Di Pondok Kecil'. Memang saja nak bagi budak tingkatan 1 menangis ingat mak bapak dekat rumah. Tapi memang berkesan pun. Betul ni.

Untuk budak tingkatan 1, mereka diwajibkan membawa buku nota untuk menyalin kisah dan pengajaran daripada taklim tersebut. Dan buku tu boleh disemak secara random oleh budak tingkatan 3 ke atas. Biasalah, undang-undang rimba.

Pada suatu hari tu, sementara menunggu masuk isyak, aku dan Syukor Malek petik satu budak junior ni. Nama dia siapa aku pun dah tak ingat. Yang aku ingat, badan dia kurus macam S. Shamsudin. Jadi kita panggil dia Sudin saja la ye. Syukor Malek panggil dia :

"Mintak buku taklim kau."

Buku taklim diserahkan. Bila selak muka surat pertama je dah nampak beberapa contengan dan lukisan pakai pen. Nota taklim aku tak nampak pulak. Selak punya selak baru jumpa satu nota. Yang lain semua lukisan kartun. "Yes, dapat point." Bisik aku pada Syukor Malek.

Aku buka balik muka surat pertama. Di kulit buku bahagian dalam ada beberapa biodata serba ringkas. Tetapi aku tertarik pada kata-kata hikmat budak ni. Dia tulis :

'Hidup untuk makan'
'Makan untuk kenyang'
'Kenyang untuk haaaaaangin satu badan'

"Ni apa benda ni?" aku buat-buat garang.
"Err..ni motto hidup saya bang." Ketar-ketar Sudin jawab.
"Cuba kau baca balik apa yang tulis dekat sini. Siap dengan gaya." Aku dah datang akal nak membuli.

Sudin bangun. Dia berdiri kemas-kemas. Kemudian dia sebut 'motto hidup' dia tu.

HIDUP UNTUK MAKAN, MAKAN UNTUK KENYANG, KENYANG UNTUK HAAAAANGIN SATU BADAN.

Part 'kenyang untuk haaaaangin satu badan' tu dia ada buat gaya siap dengan lenggok badan. Memang macam celaka la. Kelakar pun ada.

***

Malam tu dan dua malam berikutnya, Sudin kena entertain senior buat gaya tu entah berapa puluh kali, diselang-selikan dengan sesi ambik air teh, biskut dan aktiviti membasuh baju senior.

Itulah lain kali salin taklim tu, salin.

17.9.13

DEWAN MAKAN

Dewan Makan/ Dining Hall/Dining/ Bilik Makan. Semua sama.

Asrama dan dewan makan memang tak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing. Macam ombak dan pantai. Seperti irama dan lagu . Tiada irama, pincanglah lagu. Tiada dewan makan, kebulurlah kami.

Aku tak tahu dewan makan sekolah kamu semua macam mana, tapi sekolah aku punya dewan makan masa tahun 1995 - 1997 dia punya prestasi di antara horror dan best. Mistik pun ye.

Hari isnin sampai khamis, makanan asasi kami selepas pulang dari sekolah ialah nasi putih, lauk ikut suka tukang masak,sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pisang separa benyek. Ataupun tembikai segar. Lauk yang ikut suka tu pula terdiri dari ikan jaket, ikan masak pindang, daging masak sambal. Sayur-sayuran punya line up pula terdiri dari sayur kobis masak air, sawi masak air, taugeh normal (masak air), taugeh sperma kepala besar (masak air), dan beberapa lagi. Janji masak air.

Hal ikan jaket ni aku rasa satu Malaysia punya asrama menggunakan manual memasak yang sama. Ikan cencaru dia ya rabbi punyalah keras. Buat yang tak duduk asrama, ikan jaket ni rupa dia macam ikan yang pakai jaket. Jaket pulak bukan sembarangan. Jaket kulit. Kau kena kopek dulu kulit dia baru jumpa isi. Ini mesti tukang masak main masuk je ikan dalam kuali besar. Rasa kunyit ke garam ke memang jauh sekali la. Cuma kadang-kadang datang kreatif akak tu, dia letak la sambal sikit, kuah sikit.
Tapi bila dah lapar, benda tu juga la yang dibaham tanpa banyak soal.

Kau pernah makan tak sayur taugeh yang besar tu? Aku kalau ada lauk tu, sumpah aku tak makan hari tu. Sanggup aku tunggu kuih waktu petang lepas balik prep. Aku tak boleh  tahan bau dia. Mual. Tapi ada member aku nama Ocher rilek je makan. Apa jenis manusia la Ocher ni.

Apa? Pinggan? Gila ke? Guna tray la makan!

Tray tu, kalau terjatuh time tengah beratur nak ambik nasi, bunyi dia memang kuat. Itu jam satu dewan makan haruk kau. Muka tebal gila babeng la masa tu. 

Time tu jugak la kau akan dapat dengar makian yang rare, contohnya 'woi mak kau tak sekolah agama ke', 'woi nak kena 'panggil' malam ke', ataupun 'woi pegang tray pun terjatuh, macam tak ada pedoman'.

Tapi ada juga sesetengah kes, member belakang  sengaja tepuk tangan member depan bagi jatuh tray. Benda macam ni boleh buat bergaduh.

Hari Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu. Dia punya power lauk hari Jumaat ni, kalau ada lauk yang short, memang boleh memberontak. Ada makan nasi tomato, ayam masak merah dan aiskrim cup. Budak-budak dah macam orang gila dah beratur. Que paling panjang memang la hari Jumaat. Macam tu sekali sekolah kami memuliakan hari Jumaat tau. Makan pun mewah. Memang setiap hari Jumaat je, kami rasa kami sayang sangat dekat sekolah. Hari lain tak.

Sabtu dan Ahad, hidup kami kembali normal. Makan la apa yang dimasak. Jangan banyak sangat kompelin. Bab makan petang, biasalah kuih keledek, apam, biskut ping-pong,dan kuih keledek balik.

Makan kuih apam ke, ayam goreng ke, taugeh sperma ke, benda yan tak sedap pun akan jadi sedap bila kita makan ramai-ramai sambil borak hal makwe.

8.7.13

DIARI SEORANG DIN


Di sekolah, aku ada seorang kawan dari Pinang Seribu bernama Din. Kadang-kadang kami panggil Din Glamour. Sebab konon-konon masa tu kelakar la panggil macam tu. Lagipun hidung dia macam Din Glamour pun. Din ni memiliki satu bakat yang jarang-jarang budak-budak asrama ada, iaitu kehebatan menggunting rambut, gaya terkini.

Mula-mula customer Din terdiri daripada budak-budak batch sendiri. Buat pun runcit-runcit je. Takde kena caj. Toleransi pun tinggi. Kalau Din ada semangat nak gunting rambut je baru kitorang berani mintak tolong guntingkan. 

Hidup Din bahagia di samping kawan-kawan masa tu.

Tapi disebabkan Din tu hebat sangat, cerita dia terer gunting rambut tu tersebar sampai ke pengetahuan brader tingkatan 4 dan 5. Maka secara automatik Din menerima beberapa offer dari para senior untuk menggunting rambut mereka. Mereka pun semakin sayang kepada Din. 

Hidup Din pun separa bahagia di samping senior-senior masa tu.

Ada dua kesan bila Din dapat berbaik dengan senior ni. Nombor satu: akan dapat imuniti ataupun perlindungan yang besar. Cakap je la apa kes pun melibatkan batch, Din memang tak kena panggil punya. Boleh rilek duduk dalam bilik. Dapat lesen besar. Kesan nombor dua: tiap-tiap hari la Din kena naik Blok A nak gunting rambut. Kerja berat jugak tu sebenarnya kalau dipandang dari sudut sebagai pelajar PMR. Pukul 12, 1 pagi baru balik bilik. Kalau malam minggu kena kerja lebih masa pulak sampai 2,3 pagi.

Dalam ramai-ramai pelanggan senior Din, ada satu brader senior nama Tomok. Dia ni aku rasa antara orang yang paling banyak gunakan khidmat si Din ni. Tiap-tiap minggu mesti nak trim. Rambut kemas sepanjang masa. Makwe tak dapat-dapat jugak.

Waktu tu aku memang kesian tengok Din. Kadang-kadang menyorok dekat bilik lain, menyorok dalam tandas, menyorok belakang blok, buat-buat tidur. Semuanya sebab  nak mengelak kena gunting rambut. Tapi kalau buat-buat tidur tu tak berapa menjadi. Tomok takde kasihan punya, siap kejut lagi.

Hidup Din agak neraka di samping Tomok.

Din pun sekarang entah ke mana. Aku harap dia dah buka kedai gunting rambut sekarang ni. Dan kenakan caj untuk khidat dia. Janganlah free-free macam dulu lagi.

30.4.13

PERISTIWA DI SUBUH HARI


Subuh pada pagi tu sama macam subuh-subuh yang lain. Semua bermuka malas dan palat, pipi berkerak,  beratur mengambil wuduk di belakang surau. Yang mengambil kesempatan tidur di tangga pun ramai. Saja je setting ambil wuduk paling last. Dapat cover tidur 5 minit dah rasa macam 5 jam dah. Puas. Yang berharap air kolah habis pun ramai, ala gua tau.

Bangun pagi di pagi Ahad adalah benda yang paling dibenci oleh budak asrama seperti gua. Tak kira la kau tingkatan berapa pun. Apatah lagi memang sedia maklum, pukul 8.30 pagi kena turun ke court takraw. Kami semua kena beratur mengikut bilik dan bergotong-royong membersihkan seluruh asrama, sementara hati berasa sakit melihat AJK Kebersihan, AJK Surau dan AJK-AJK yang lain memasang net takraw standby nak battle. Cilake. Memang undang-undang rimba betul.

Berbalik kepada cerita subuh. Selepas mengambil wuduk, masing-masing masuk ke saf untuk start sembahyang Subuh. Tengah setting-setting saf bagi alignment cantik tu, tiba-tiba kami ternampak satu susuk berlari keluar dari surau. Apa benda tu?

Tak sempat kami nak tinjau, senior Fared Khalid sudah mengangkat takbir. Ah, lantak la apa benda yang dekat luar tu.

***

Assalamualaikumwarahmatullah..

Sesi solat subuh pun habis. Dalam imam sedang berzikir tu, kepala gua dah terbayang bantal dan tilam dah. Mata pun dah tertutup ni. Daylight saving, istilah gua.

Lepas bersalam-salam, gua pun pecut  balik ke asrama untuk sambung tidur. Gua kena ada tenaga untuk bergotong royong nanti. Kalau tak macam mana nak ambil hati AJK Asrama. Kakaka. Sampai je dekat bilik, gua tak cakap banyak terus landing atas katil.

8.30am

Kriiing!! Kriiing!! Kriing!!

Loceng asrama yang dibenci sudah berbunyi. Waktu untuk gotong-royong. Dengan muka malas gila babi, gua salin seluar trek, sarung t shirt lebih kurang dan turun tangga sambil tutup mata. Dalam gua turun tangga tu, gua terdengar riuh-riuh dekat court takraw.

Gua dah tak tentu arah terikut kepoh nak tahu apa benda yang trending sangat dekat court takraw tu. Dalam mencelah-celah tu, gua ternampak la beberapa AJK membebel-bebel. Ini mesti benda serius ni.

Sampai di kelompok hadapan, gua lihat brader AJK sedang merenung setompok tahi yang ngam-ngam terletak cantik atas bulatan tempat tekong nak sepak bola tu.

"Ini siapa punya tahi ni!?"

Brader AJK tu membebel-bebel. Dua tiga senior pun turut membebel menunjuk terer dan garang. Gua pun tak pasti dia marah sebab perangai tukang berak tu atau sebab dia tak boleh main takraw.

Dari tahun 1995 sampai la 2013 ni, takde siapa pun yang tahu siapa yang berak atas court takraw tu. Gila betul. Ini jenis tak sempat la ni.

SEMBAHYANG JUMAAT

Beberapa ratus Jumaat yang dahulu (tahun 1995), budak sekolah Maahad kalau setiap kali nak sembahyang Jumaat, kami kena bersembahyang di Masjid Jamek Sultan Abu Bakar. Zaman sekarang aku tak tahu la diorang sembahyang dekat mana. Masjid Jamek atau gua gelar Masjid Tanjung tu memang baik punya port. Parking  tepi laut je. Dia punya angin  memang sepoi-sepoi. Memang boleh terlentok la kalau tak kuat iman.

Selepas mengambil wuduk, gua dan roommate gua, Sanggam parking di saf tengah-tengah. Masa tu khutbah pertama dah start dah. Orang pun dah ramai. Dapat la mencelah sikit-sikit. Angin memang kuat betul hari tu. Memang tengah sedap la. Sambil-sambil mendengar khutbah tu, Sanggam pun tertidur. Gua pun dah tersengguk-sengguk. Buku nota yang brader senior suruh catit khutbah, haram gua tak tulis. Takpe balik nanti boleh copy.

Tidur punya tidur, kepala Sanggam sampai nak cecah karpet masjid dah. Masa tu Sanggam agak slim lagi. Perut masih tak sangkut. Ini betul punya sedap tidur ni. Tapi gua biarkan saja. Lagipun dalam masjid tu, ramai jugak gua nampak kutu tersengguk-sengguk.

Masuk khutbah kedua, gua dah terbangun, tetapi Sanggam masih dibuai mimpi. Sedap betul. Tapi tiba-tiba..

Kroohh!!
Krooohh!!
Kroooohhh!!

Cilakak, siap berdengkur pulak! Terperanjat gua.

Jemaah kiri kanan dah geleng kepala dah. Itu jam gua dah rasa nak pergi ambik wuduk semula dah. Malu punya pasal.

29.4.13

MEMBALAS DENDAM

Semasa tingkatan satu dulu, gua dan beberapa rakan join persatuan pengakap untuk melengkapkan buku rekod sekolah dan memuaskan hati guru-guru. Kalau ikutkan hati, gua memang malas nak join aktiviti-aktiviti uniform ni. Duduk bilik layan Ujang, atau bermain bola kocek lagi untung. Tapi bila dah start join, rasa best pulak benda Pengakap ni. Nak ponteng kokurikulum pun rasa ralat.

Masa naik tingkatan tiga, gua dah memegang jawatan Quarter Master. Ini bukan kecik anak punya jawatan ni. Orang yang terer buat simpul buku sila dengan buat gajet tingkat-tingkat je layak jadi Quarter Master. Kalau setakat pandai pasang khemah, kau jadi prebet je la.

Pasukan pengakap waktu itu di dipandu oleh seorang senior, Jamal namanya. Jamal ni orangnya kadang-kadang ok, tapi selalunya kerek la. Budak Pontian selalu kerek tak tentu pasal. Without a cause orang kata. Kakaka. Jamal juga mempunyai satu aset yang membuatkan budak lain geram, iaitu mempunyai rambut belah tengah yang lembut dan panjang. Sikit-sikit dia selak rambut, sikit-sikit dia betulkan rambut. Kalau perhimpunan, sorok rambut dalam songkok. Dalam 24 jam satu hari tu, gua rasa 18 jam sahaja digunakan untuk melihat rambut di cermin. Hey, mendapat jugak Jamal ni karang.

Satu petang waktu kokurikulum, Jamal punya kerek sudah datang. Habis semua budak dia sembur. Tak silap gua bilik pengakap punya pasal. Dia suruh kemas tapi tak siap-siap. Lepas tu berkawad terabur lagi, macam askar Jerman, sedangkan hari nak berangkat ke Jambori dah dekat. Petang tu memang semua budak kena kawad sampai lembik. Cilake, cilake.

Selepas mengkerek-kerek di dataran kawad, Jamal mengkerek lagi di asrama pulak. Dia suruh budak pergi ambik air minum satu cerek bawak naik bilik. Itu belum hal kena urut badan dia sebelum tidur lagi. Memang berbulu la hari tu dengan Jamal. Masing-masing dah pasang dendam ni.

Malam tu berlalu macam biasa, malam tu Jamal tak tidur di biliknya. Dia tidur di bilik apa gua lupa, dekat Blok B. Ada member gua seorang ni dah merancang sesuatu. Dalam pukul 2-3 pagi, dia merangkak perlahan-lahan ke dalam bilik yang gelap tu. Mencari Jamal bukannya susah, gaya tidur dia pun orang boleh kenal. Dalam waktu tidur pun dia masih mementingkan penjagaan rambut. Sebelum baring, dia selak dulu rambut jangan bagi terhempap sangat. Nanti rambut lemas (katanya)

***
6.30am

WWWOOOOOOOIII!!! SIAPA KERAT RAMBUT AKU!!!!! SIAL BETULLAH!!!

Hari tu gua tengok Jamal punya mengamuk memang gila babi punya. Menjerit-jerit. Susah sebenarnya bila nak marah, tapi tak tahu nak  marah dekat siapa. Boleh sakit jiwa.


15.4.13

USTAZAH FAEZAH


Masa sekolah dulu, pernah tak kau mengalami perasaan, daripada kau malas nak belajar, tetapi kau jadi sangat rajin, hanya disebabkan oleh seorang guru? Subjek yang tak minat pun jadi minat, yang kau benci, yang kau rasa kaulah paling bengap dalam sekolah, tiba-tiba kau rasa naik makam dan ada ilmu sikit nak buat kerek-kerek dengan kawan-kawan.

***

Mungkin cerita aku ni dah macam Great Teacher Onizuka, tapi itulah yang berlaku, khususnya batch aku sekitar 1997. Tahun tu adalah tahun PMR bagi kami. Bahasa Arab aku masih berterabur. Begitu jugak dengan Mok, Atok, Yen. Joe Suki apatah lagi, perkara asas yang tingkatan satu dulu pun masih terkial-kial lagi.

Aku tak berapa ingat siapa yang mengajar kami Bahasa Arab masa tu, tapi aku sangat-sangat-sangat la tak minat dengan subjek tu. Sampaikan aku dah tanam dalam kepala, nak fail pun fail lah. Boleh masuk sekolah Teknik. Apa ada hal. Subjek Bahasa Arab tu aku buang jauh-jauh. Sehinggalah pada satu hari, datanglah seorang Guru Bahasa Arab yang baru ke sekolah aku. Namanya Ustazah Faezah. Orangnya biasa-biasa saja, berpewatakan biasa, menarik tidak, kurang menarik pun tidak, dan sudah tentulah bertudung labuh seperti ustazah-ustazah yang lain di sekolah aku.

Dan dia ditakdirkan untuk mengajar kami Bahasa Arab.

Hari pertama Usatazah Faezah masuk ke kelas, masing-masing buat muka manis. Iyalah, taknak tunjuk belang lagi. Kemudian hati mula menjadi tak tenteram bila dia mengutarakan untuk mengadakan kelas tambahan pada waktu petang, memandangkan kami semua ni haram jadah satu apa pun tak tahu. Separuh yang bersetuju, dan tak sedikit juga yang membantah. Alangkah dalam kelas pun boleh skip, inikan pula buat kelas waktu prep. Bye-bye la..

Tapi Ustazah Faezah tabah. Dia tahu dia sudah diamanahkan oleh majikannya untuk memuilihkan kami semua. Untuk memastikan yang kami ni sekurang-kurangnya tahu juga nak menjawab semasa di dalam perperiksaan nanti. Sekurang-kurangnya tidak membuang masa melukis Ji Fat dan Biduanda Tebuan di atas kertas soalan, seperti yang dilakukan oleh Badsen.

Dengan berat hati melangkah jugalah kami ke kelas tambahan Bahasa Arab. Belajar noun, verb, buat karangan, soal jawab. Oleh kerana Ustazah Faezah ni pandai mengambil hati, sedikit demi sedikit pembelajaran kami menjadi seronok. Aku dah jadi sedap pulak nak tunggu kelas arab, dan tak sabar nak tahu perkataan baru, ayat baru, dialog baru.

***
Sebulan sebelum PMR

3.00pm

Ustazah Faezah mengajar kami seperti biasa. Seperti kelas tambahan hari-hari yang lain. Tapi hari tu dia kelihatan kurang ceria. Walaupun bibir dia sentiasa mengukir senyum, tapi macam dibuat-buat. Macam ada perasaan yang tak lepas dari dalam hati. Mungkin juga dia sedih melihat kehadiran pada hari itu. Ramai budak tak datang kelas tambahan. Atok awal-awal lagi dah sound, tak nak masuk kelas tambahan. Dia nak bantai tidur dekat hostel.

Tapi kami tak pulak bertanyakan apa-apa pada Ustazah Faezah. Kalau tanya pun bukannya ustazah nak beritahu pun. Dan kelas tambahan tu tamat pad pukul 4.30 petang, seperti biasa. kami pulang ke asrama, ustazah pulang ke rumahnya.

6.30pm 

Aku dikejutkan dengan berita yang Ustazah Faezah terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang kerumahnya. Dan yang lebih menyedihkan, Ustazah Faezah meninggal dunia di tempat kejadian. Berita tu betul-betul menggemparkan hostel hari tu. Aku ingat lagi macam mana aku, Atok, Joe dan yang lain-lain menangis tak ingat dunia di belakang surau. Menangis pun kena sorok-sorok, tahut terkantoi dengan junior. Suasana memang sangat sedih masa tu. Atok meracau racau nak minta maaf pada arwah, sebab dia paling banyak skip kelas. Tak sikit yang menyatakan kesal sebab tak belajar sungguh-sungguh. Tapi semuanya dah terlambat. Ustazah dah pergi.

Hancur lebur perasaan masa tu. Semangat nak belajar bahasa arab tiba-tiba hilang. Ustazah Wan (tak silap aku) dimasukkan untuk menggantikan arwah tidak mendatangkan apa-apa kesan. Hati masing-masing sudah lebur. Sudah hancur.

PMR 1997, Kertas Bahasa Arab

Semasa di dalam dewan perperiksaan, kertas Bahasa Arab, aku masih ingat lagi aku menjawab karangan dengan air mata bergenang di mata, sampai pandangan aku menjadi kabur. Dan aku masih ingat lagi, aku terdengar bunyi orang tersedu sedan dan tarik hingus. Aku tahu, mereka juga seperti aku pada waktu tu.

Al Fatihah untuk Ustazah Faezah, guru Bahasa Arab, 1997.

12.4.13

PANAS BONTOT

Lepas habis sekolah rendah, gua mendapat tawaran belajar di Sek Tun Perak. Dekat sini ada kelas RK (Rancangan Khas), gua pun tak berapa pasti apa yang sekolah tu rancangkan untuk gua.Harap-harap benda baik la. Gua dan rakan yang lain tinggal di Dorm Amanah kalau tak silap.Dorm tu sebijik macam kem askar.Katil ada dekat 20 ketul kot,bersusun sampai ke hujung.double deck ada,single deck pun ada.Gua dapat katil bawah,atas gua budak mana Farhan.Semua dalam tu budak form 1,dan diketuai oleh seorang budak form 6 bernama Azmi.Tapi Azmi ni gua tengok perangai pun macam budak darjah 6. Riang semacam.

Minggu orientasi adalah minggu yang menyeksakan,menyeramkan,penuh curiga dan tanda tanya.Selalu nak muhasabah diri,takut ada buat salah dan kena petik dengan abang senior. Senior dulu-dulu bukan macam senior sekarang,jambu-jambu. Dulu punya senior muka dah macam bapak orang. Yang bermisai,berjambang,badan bagak.Duduk dalam dorm pun pakai spender je.Mana lu tak takut?Bila-bila masa je boleh kena noda.

Suatu hari,dalam minggu orientasi tu,selepas Isyak di surau,brader senior buat pengumuman :

"Budak-budak form 1 dan form 2 tunggu dulu dalam surau ni,yang lain boleh balik".

Gua dan rakan-rakan jadi tak senang duduk.Gua tengok Bedot badan dah menggelitat-gelitat. Farhan dah terkebil kebil . Kepong dan Kerempeng macam tu jugak.Bad lagi la,mata dah berkaca.Jimik,Udeng macam tu jugak.Masing masing muhasabah diri,revise balik apa aktiviti hari ni yang mendatangkan kesalahan, atau nampak tak sedap di mata abang senior.

Lepas budak form-form lain beredar,brader brader form 6 ni pun duduk bersusun dekat saf depan,menghadap kami semua. Lepas tu salah seorang bukak mulut:

"Petang tadi masa aku nak berak dekat bilik air tengah,aku nampak seketul tahi berlonggok,ada orang tak pam tandas. Kan aku dah bagitahu dulu,kalau air takde pun,bawa baldi.Simbah""Sekarang ni aku nak korang mengaku siapa yang buat angkara ni,kalau tak aku bakar tahi tu,biar bontot orang yang berak tu panas. Gua syak ni budak form 1 punya kerja ni."

Masa tu akal bodoh lagi,jadi percaya la kalau bakar tahi,bontot jadi panas. Masing-masing dah bisik -bisik.Ada pulak yang jenis paksa member mengaku je walaupun tak buat. Janji bontot tak panas.

Tiba-tiba Azmi,brader budak form 6 bersuara "Aku pun nampak tahi tu tadi petang,tapi saiz dia besar la.Aku rasa tu barang budak form 2 la"

"Eh,ye ke?tapi memang besar la.Bukan saiz budak form 1 ni"Kata pula sorang brader rambut kerinting halia.

Ah,sudah. Bergaduh pasal tahi pulak diorang ni.Dalam badan masing-masing tough, pakai cincin batu besar,ada jugak perangai tak senonoh diorang.Dekat 5 minit jugak la diorang berbincang sesama sendiri hal najis tu.

***

Sudahnya,budak form 1 boleh balik,budak form 2 kena siasat. Siap la salah sorang bontot panas malam karang..

MENGISAP ROKOK

Gua berani potong kuku la, kalau ada yang kata dekat hostel depa tak ada budak ngisap rokok. Beda'ah. Celah asrama mana pun mesti ada satu dua yang nakal. Kalau asrama pendidikan khas tu, gua tak tahu pulak kalau ada yang nakal macam tu.

Asrama tempat gua belajar ni pun tak terkecuali. Dari yang kecik membawak ke besar, ada saja satu dua yang nakal sikit. Dan yang satu dua itu termasuklah kawan gua ni. Tongkol namanya. Seperti juga Doyok, nama hodoh begitu selalu tak dapat dikenal pasti asal usulnya.

Tongkol ni muka macam Mat Saleh sikit. Badan besar, tinggi. Kulit putih melepak. Anak mata coklat-coklat ala ala Miley Cyrus. Dia ni asal orang Kota Tinggi. Bapak dia Polis Hutan dekat sana. Tongkol ni dia macam blur-blur sikit. Kalau bercakap dengan dia ni kena terang betul2, kalau tak nanti dia lambat tangkap. Selalu budak ni kalau berbual, lepas tu gelak-gelak, dia mesti ada delay 5-10 saat untuk gelak. Orang dah habis gelak, baru dia gelak. Apa jadah kau ni?

Dalam blur-blur tu, ngisap rokok jugak dia ni. Gua masih ingat masa gua form 3 dulu, pernah ada satu port yang teerrrahsiaa punya untuk ngisap rokok. Masa tu gua tak ngisap sangat, tapi suka ikut2. Faktor PRS kata budak sekolah. Port tu letaknya di bilik setor sebelah bilik Bedot, berhadapan dengan tangga. Dalam setor tu penuh la tilam dengan loker baju yang tak pakai. Budak- budak ni punyalah secure tempat tu, sampaikan nak masuk dalam setor tu hanyalah melalui tingkap. Tak habis lagi, kena lalu pulak di celah-celah loker yang disusun macam Kota Sesat dekat Taman Buaya Ayer Keroh tu. Untuk menambahkan power bilik setor tu, hisap rokok pulak bukan dekat situ, tapi atas siling dalam bilik setor tu. Peh, bila dah besar ni, gua fikir balik bertapa berusahanya nak ngisap rokok. Macam...ah malas la gua nak cakap.

Kesusahan mengisap rokok gaya begitu, sampai keluar peluh petani tu bukannya apa, tapi disebabkan tak dapat 'lesen' dari Abang Kawasan Hostel. Ya, di asrama, untuk melakukan kejahatan, perlu ada lesen. Kadang kadang bila gua perati balik, hidup dekat hostel ni memang macam hidup dekat jalanan. Kena survive sendiri. Kena pandai hidup, kena pandai berdiplomasi. Sedikit sebanyak mematangkan diri jugak benda alah ni.

Jadi, ada suatu malam tu, selepas minum malam, 2-3 kutu masuk port untuk melepak di atas siling. Bukannya luas sangat atas bumbung tu. Ada tangki air seketul, dan ada kawasan sikit. Nak lepak pun kena duduk atas gelegar. Kalau pijak siling, pecah nanti. Bila pecah siling, pecah la  rahsia. Bila pecah rahsia, pecah la bibir tak pekena rokok.

Tak lama lepas tu, Tongkol menyusul masuk dalam setor tu. Dengan susah payah, dia masuk ikut tingkap nako dan panjat ke siling bertenggekkan loker dan tilam. Bila Tongkol masuk, tempat dah jadi sempit. Terpaksalah semua ambik seat sorang sikit nak duduk. Asap jangan cerita la. Sesak ya rabbi.

Dalam masing-masing tengah ejas-ejas tu tiba-tiba  PRAAK!!. Ah sudah, Tongkol terpijak siling dan teruuus terjatuh ke bawah. Sudah la  berlengging, berbadan putih, tergarit pulak dengan keping-keping siling. Hasilnya satu 'art' yang besar di belakang badan. Memang real.  Nasib dia memang baik sebab jatuh atas tilam. Nasib baik jugak badan tak terpacak siling. Ada sembahyang lebih kot dia ni.


***

Ringkasnya, ada dua perkara berlaku selepas itu :

Perkara pertama, siling sudah bocor, tempat mesti kasi clear. Dan takde port-port lagi la.Perkara kedua,  badan Tongkol berbirat tak ingat sampai tak pergi sekolah berapa hari, dan telah digantung keahliannya dari menjoin persatuan merokok buat beeberapa ketika.

Lek lu Tongkol, sap kok tang lu..!

p/s :  Oh ya, Tongkol juga pernah buat perangai mandi pukul 2 pagi dan terus pakai baju sekolah. Katanya esok boleh bangun lewat, tak payah mandi dan boleh terus masuk kelas.

1.2.13

BALIK KAMPUNG


 Masa duduk hostel dulu, kalau nak balik kampung memang Ya Rabbi punya susah. Sebulan sekali je dapat balik. Kalau nak balik lebih memang kena bagi alasan power gila babeng punya. Nenek kawen ke, Ayah akan bertugas di USA ke mungkin baru dapat lepas balik kampung. Mungkin.

Jadi, bermacam-macam cara dan akal yang dicuba supaya Ustat Basri ataupun Ustat Aziz sain kad balik kampung. Bila hari Jumaat lepas kelas habis je, berduyun budak memenuhi bilik guru jumpa diorang. Tapi mereka tetap kata no, no, no. Maka bermuka monyok la mereka-mereka semua ke dewan makan. 

Tapi ada kawan gua yang berani mati sikit. Kalau dia buat benda ni, mesti dapat balik kampung punya. Caraya mudah saja. Tapi perlu sedikit modal la. Mula-mula koyakkan sebatang rokok (rokok boleh didapati / dibeli dari brader senior - RM 0.50 sebatang). Ambil daun tembakaunya. Kemudian basahkan daun tembakau itu dan titis air tembakau itu ke mata.

Ya, sekarang kau dah kena 'sakit mata'

Sakit mata adalah antara sakit yang paling pantang Ustat Basri dsengar. Memang dia suruh balik kampung lagi. Kadang-kadang suruh ambik MC lagi.

Gua pernah try juga sekali dua, tapi lepas tu tak buat lagi. Takut mata gua jadi buta.

Dan gua tak tahu la budak-budak asrama sekarang ni tahap daredevil dia macam mana. 


21.1.13

MAIKEL



Kalau siapa duduk dekat asrama, mesti dah biasa dengan kes kecurian kan? Hilang duit, hilang biskut, hilang selipar adalah paling basic sekali. Tapi ini dekat hostel lelaki la. Hostel perempuan gua tak tahu la. Mungkin ok kot.

Jadi, masa gua naik form 2, kami semua dah ingatkan budak form 1 pasal kes-kes ni. Warning pun kami bagi. kalau dapat tangkap siapa yang mencuri, haa memang jadi lauk la. Dalam ramai-ramai budak form 2 tu, ada seorang budak junior ni yang menangkap mata gua. Nama dia apa tah gua lupa. Tapi orang semua panggil dia Maikel. Kenapa Maikel gua taknak bagitahu la, tapi klu dia ada dalam Majalah Ujang. Maikel ni antara junior yang gua ingati sebab  perwatakan dia memang lain sikit. Kalau duduk dekat hostel, dia pakai serban, pergi outing pakai serban, pergi mandi je tak pakai serban. Pawer tak?

Masa tu kalau jumpa orang pakai serban memang gua angkat topi la. Respek betul. Selalu yang pakai serban ni kalau tak Ustaz, mesti brader form 6. Orang yang pakai serban ni bukan calang-calang pada gua. Ilmu mesti tinggi melangit. Kalau tak melangit pun, mesti tinggi dari gua. Cikgu cakap, kita kerna hormat orang yang berilmu.

Satu lagi yang best pasal Maikel ni, dia suka belanja orang makan. Gua memang suka betul bab ni. Maikel ni kalau keluar outing, semua orang tunggu dia balik. Sebab kalau dia balik,, mesti dia tapaukan KFC, air gas botol, biskut. Lepas tu jamu dekat abang-abang senior semua. Amboi seronok betul tiap-tiap minggu dapat makan ayam goreng 11 herba rahsia. Budak-budak senior punya suka dekat Maikel ni sampai dia dapat imuniti la. Takkan kena raging puya. Lesen besar.

Dalam masa yang sama, kes kecurian tetap berlaku di asrama. Budak-budak sampai naik pening barang dalam locker asyik hilang je. Jam la, wallet la, cap la, rokok la. Duit jangan cakap la. Kompem. Sampai dua tiga bijik mangga pasang dekat locker pun masih kena kopak. Hangin..

***

Entah macam mana satu hari, pencuri yang berleluasa dekat hostel gua ni dapat ditangkap. Macam mana dia tangkap pun gua lupa. Tapi yang gua tak percaya tu, antara yang jadi suspek tu ialah Maikel. Apa gila budak pakai serban nak curi barang budak?

Dan entah macam mana jugak la, yang rupanya Maikel ni mengaku dia memang mencuri barang-barang di hostel. Dan dia mengaku yang duit dia beli KFC, biskut bagi gua makan tu adalah duit kitorang sendiri yang selalu hilang tu.

Memang macam cilake rupanya duit yang hilang tu Maikel yang ambik. Dan ayam goreng yang kitorang makan sambil minum air gas botol tu duit sendiri rupanya.Setan.

Serta-merta imuniti Maikel ditarik balik oleh kumpulan Tenno Gelap.

Haa kau faham je la apa jadi lepas tu. Imaginasi sendiri.

18.1.13

SEKOLAH SAYA ADA HANTU (CERPEN BONUS)

"Pernah diceritakan bahawa di belakang asrama sebuah sekolah agama di sini, di sebalik hutan kecil yang agak tebal itu, terdapat sebuah bekas tapak rumah.

Dan menurut orang-orang lama, tapak rumah itu adalah bekas rumah orang kaya pada masa itu, tahun tidak diketahui. Dan dikhabarkan mereka sekeluarga telah berpindah ke tempat lain kerana ada kejadian di rumah itu yang menggangu fikiran mereka."

***

Samsul (bukan nama sebenar) menutup buku sejarah Muar yang dibacanya itu, sambil fikirannya ligat memikirkan tentang hal itu. Sesekali dari atas katilnya, dia melemparkan pandangan ke tapak rumah itu, ya, betul-betul di belakang biliknya. Tapak rumah yang sederhana besar. Lantainya masih elok lagi, cuma berlumut dimamah usia.

Samsul juga pernah mendengar akan peristiwa Datin Zaharah, iaitu anak kepada pasangan kaya itu, yang membunuh diri dengan menggantung diri, di dalam rumah itu. Punca Datin Zaharah membunuh diri tidak pula diketahui.

"Ah, mengarut semua ni. Cakap-cakap orang sahaja." Samsul cuba menyedapkan hati padahal jiwa dah goyang ni.

Pada Samsul, cerita-cerita hantu di asrama ni semuanya rekaan. Tak ada satu pun yang betul. Kalau ada yang betul pun, sudah ditambah-tambah sehingga menjadi tak betul. Banyak sangat di modified sana dan sini, sampaikan budak form 1 yang dengar cerita tu taknak duduk asrama dah. Punyalah seram hantu tu sampai diceritakan ada budak mati. Mana la budak-budak berani nak duduk asrama. Nak kencing pun tahan sampai esok pagi.

"Bullshit Datin Zaharah"  Samsul mencabar sambil bingkas dari katilnya menuju ke dewan makan pekena teh o panas rasa bunga ros.

***

Habis prep malam tu, macam biasa rutin budak asrama: makan biskut, pung pang pung pang dalam bilik, lepas tu tutup lampu,tidur.

Samsul pun seperti rakyat hostel yang biasa, menurut sahaja rutin itu. Tetapi malam itu agak sejuk bagi Samsul. Lalu dia mengenakan selimut menutupi badannya, perkara yang jarang-jarang si setan ni buat.

1.45am

Samsul terjaga dari tidur. Sejuk lain macam malam tu membuatkan dia rasa nak terkencing. Sebagai seorang pemuda yang berani, Samsul tidak mengharapkan bantuan rakan untuk menemankan dirinya ke tandas. Lagipun kalau kejut pun, memang semua buat-buat mampus taknak bangun. Lagi takut menunggu kawan kencing di luar dari yang tengah kencing di dalam tu.

Bangun saja dari katil, mata Samsul sempat menjeling ke bekas tapak rumah Datin Zaharah yang dilimpahi samar-samar cahaya lampu jalan. Masih statik seperti semalam (memang la)

Perjalanan menyusuri koridor yang senyap sunyi menuju ke tandas yang di hujung blok kadangkala boleh datang seram jugak. Cuma sesekali terdengar bunyi dengkur berselang seli.

Terdetik juga di hati Samsul kalau-kalau Datin Zaharah datang menjerkah dari atas tandas semasa beliau tengah kencing. Samada nak baca ayat suci atau nak lari. Sebab dia ada teringat ustaz kata berdosa baca ayat suci dalam tandas. Jauh dalam hatinya, ada juga rasa menyesal sebab membullshitkan Datin Zaharah petang tadi.

Upacara membuang air kecil berlangsung tanpa apa-apa kejadian yang pelik berlaku. Cuma Samsul perasan semasa dia sedang membasuh tangan di sinki dia macam ternampak kelibat benda melintas di belakangnya. Tapi Samsul yakin, itu cuma perasaannya sahaja. Sampai je di bilik, cepat-cepat dia panjat katil dan selubung badannya. Barulah dia rasa lega yang amat bila dah sampai katil.

3.00am

Katil Samsul bergoyang. Goyangan tu telah membangunkan Samsul dari mimpi. Dalam keadaan masih bersawai tu, katilnya bergoyang lagi. 'apa benda la yang Rahim buat dekat bawah ni' getus hati kecilnya.

Samsul menjenguk ke bawah. Dia lihat Rahim tengah mengalami deep sleep. Memang nyenyak betul tidurnya. Kilang air liur dan tahi mata sedang beroperasi. Samsul rasa hairan kenapa katilnya bergoncang. Dia kembali baring. Samsul mengiring ke kiri untuk mendapat position tidur kegemarannya semula. Baru rasa mata nak lelap semula, katilnya bergoyang lagi..

Tapi kali ini Samsul buat tak retiiii aje. Dia dah mula rasa ada benda tak kena ni.

Samsul membatukan dirinya.

Kemudian Samsul terdengar sesuatu. Halus benar bunyinya. Dia cuba menajamkan pendengaran telinganya. Ya, tak salah lagi.!

Samsul terdengar bunyi seperti orang menahan ketawa.

Serta merta peluh berlari-lari memenuhi dahinya. Dadanya berdegup kencang. Dia seakan tak percaya benda begini berlaku kepadanya.

Bunyi orang menahan ketawa itu semakin jelas kedengaran. Samsul tutup mata rapat-rapat.


Kih..kih..kih..
Kih..kih..kih..


Kali ini, bunyi ketawa itu betul-betul berbunyi di depannya. Seperti orang ketawa di depannya.

Serta merta Samsul teringatkan peranan senior Farid : "kalau dengar orang ketawa depan muka kau masa tidur, jangan buka mata"

Samsul panik. Apa yang harus dibuatnya. Nak bukak mata ke tak. Nak bukak ke tak.

Akhirnya Samsul nekad. Perlahan-lahan dia cuba buka mata. Dalam samar-samar cahaya tu, Samsul nampak sebentuk wajah.


Rambutnya berserabut
Mukanya pucat
Matanya sepet
Giginya berlendir

Dan dia sedang ketawa mengadap Samsul.
Dan kukunya ynag hitam kotor sedang cuba menyentuh wajah Samsul.


Selamat bertemu Datin Zaharah, Samsul.

12.1.13

SEKOLAH SAYA ADA HANTU 2


Selesai sudah event perasmian Rakan Muda peringkat Muar hari itu. Malam tu, sekolah Maahad Muar kena jadi huruf 'R'. Ramai la yang terlibat. Dekat 100 orang jugak. Budak hostel budak luar semua join. Antara yang join tu sorang budak luar, Firdaus aka Mok.


Mok ni senior gua. Atas setahun dari gua. Masa tu gua masih form 1. Bila event Rakan Muda tu habis, Mok ni decide la nak stay saja di hostel. Esok pagi baru balik rumah.

Macam yang gua beritahu dulu, gua tinggal di Blok B, bilik tepi sekali satu bilik dengan Doyok. Mok pula menumpang tidur di bilik sebelah. Bilik tu besar sikit dari bilik gua. So, ramai la budak luar menumpang tidur di situ. Tapi yang tak best dekat bilik tu, tingkap dia banyak yang pecah-pecah. Dia punya angker memang satu macam. Hutan belakang hostel jangan ceritalah, macam Amazon.

Bertambah  horror bila Mok kena duduk di katil paling tepi yang takde tingkap tu.

***

Malam tu semua tidur dengan nyenyak sebab penat. Katil gua vibrate akibat Doyok punya dengkur yang power. Tapi hostel yang nyaman tu  tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi orang menjerit. Dari bilik sebelah.

MAAAAAK!!!!!!!!

Mok menjerit sekuatnya. Tersedar Doyok dari dengkuran bila dengar jeritan tu. Gua pun sama ikut terperanjat. Satu bilik terjaga la senang cerita.

Kemudian gua dengar dengan jelas bunyi Mok berlari menuruni tangga, kemudian dia merempuh pintu pagar hostel yang memang gated malam-malam.


"Bukak!! Aku nak balik!!"
"Maaak!!"


Gila babi budak ni gamaknya. Gua dan Doyok turun dari katil, tapi tak berani nak keluar dari bilik. Kalau takut-takut macam ni, Doyok apa lagi, time ni la dia nak praktik dia punya surah PAFA.

"Bismillahirrahmanirrahim..."
Terketar-ketar bunyi dia.

Suasana kecoh sekejap. Kemudian gua terdengar suara orang azan. Itu suara senior form six gua, Akram. Risau jugak kalau ada budak yang tak peka, terus bangun ambil air sembahyang, sembahyang subuh pukul 3 pagi.

Apa cerita lepas tu gua tak tahu sebab gua tekup telinga dengan bantal, sampai la tertidur.

***

Esok pagi, gua tengok Mok tu macam biasa je. Macam tak ada apa-apa. Sihat je makan mee hoon. Gua tanya dekat budak bilik sebelah apa cerita Mok malam tadi.

Dengar cerita, masa kejadian pagi tu Mok terbangun dari tidur, nak terkencing. Kemudian dia mengiringkan badan dia mengadap ke tingkap. Kepalang terperanjat  bila dalam samar-samar cahaya tu, Mok lihat ada susuk berbentuk kepala sedang tersangkut di bidai tingkap.


Lidahnya terjelir panjang kira-kira dua jengkal. Matanya merah memandang tepat ke arahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                              
Sekolah gua panggil hantu tu Hantu Dua Jengkal. Entah siapa yang pergi ukur lidah hantu tu gua pun tak tahu.

30.12.12

MALAM AKHIR


06:20pm

"Lusa aku nak blah ke sekolah teknik dah."

Aku bersuara pada satu sesi makan petang di dewan makan. Yang ada masa tu Bedot, Yen, Mok, Bad. Joe pun ada masa tu. Masing-masing membisu. Samada membisu sebab sedang dengar keluhan aku atau sedang tahan menelan kelatnya ikan selar masak pindang itu aku tak tahu la. Tapi lauk makan petang tu memang tak boleh blah. Tak sedap langsung. rasa nak campak je tray atas lantai. Tapi tak sampai hati pulak.

"Sial la, sorang lagi dah nak cabut" getus Joe. Ikan masak pindang tu dia racik-racik. Cari tulang barangkali.

Aku pandang Joe dalam-dalam. "Aku bukan nak cabut Joe. tapi Arab aku memang cilake gila. Tak boleh blah beb."

Masing-masing diam. Tak seorang pun bersuara. Yang dengar hanyalah bunyi hingra dari meja bersebelahan.

Tiba-tiba Bedot bersuara.

"Macam ni la. Untuk kali terakhir, kita buat benda ni sama-sama. Kali ni kita buat betul-betul. Lepas ni kita stop"

Joe padang Yen. Yen pandang Mok. Mok pandang aku. Aku pandang Bad. Bad tersengih je.

"Yes. Untuk kali terakhir. Mesti buat sama-sama. Malam ni jugak." Bad separuh jerit.


***

12:05 am

Malam tu, masing-masing dah bersiap. Hanya tunggu masa je.Tapi Mok taknak join. Taknak join sudah. Tepat jam 12 malam, aku dan yang lain bergerak ke belakang dewan makan. Bergerak dengan sesenyap mungkin. Ini kalau Mokhtar Jaga nampak ni, pelempang memang dah confirm dah. Penumbuk di perut ada peluang.

Perlahan-lahan aku panjat pagar sekolah kaler hijau tu. Basikal curi memang dah standby di balik pagar. Lepas semua dah selesai keluar dari pagar, kami mengayuh basikal ke port yang selalu kami pergi : Kedai Bulat.

Kedai Bulat adalah satu kawasan kedai berbentuk bulatan dia punya susunan. Dekat sini kalau dari pagi membawak ke malam ramai orang. Makanan special dekat sini adalah rojak petis dengan ABC power dia.

12:45am

Aku menunggu dengan sabar. Kedai terakhir sedang berkemas nak balik. Kejap lagi kami dah boleh berpesta. Rokok dah berbatang-batang dah habis menunggu ni.

1.00am
Dengan senang hati gua menuju ke kedai yang ditunggu sekian lama. Ini adalah yang terakhir,bisik hati gua.




Apa yang kami-kami semua buat, biarlah rahsia disimpan sampai mati.


7.11.12

HELAH MENJADI

Syukor..Syukor. lu buat hal lagi..
_________________________________________________

Kelas di tingkat tiga memang menyeksakan. Penat gila naik kelas. Lepas tu waktu rehat kena turun. Tak boleh duduk dalam kelas. Kantin dah la jauh nak mampus.

Masa Tingkatan 1, gua belajar di kelas 1 Omar. Kedudukan gua semasa Tingkatan 1 dulu adalah di row yang belakang. Gua duduk sebelah Bedot. Budak-budak satu kelas dengan gua masa tu adalah Bedot, Joe Suki, Toroi,Yen, Wakjem dan lain-lain. Kelas sebelah pulak 1 Abu Bakar dikepalai oleh Syukor sebagai ketua kelas. Kelas 1 Omar dan 1 Abu Bakar haya dipisahkan dengan dinding yang boleh lipat tu. Kira kelas satu level tu boleh diconvert menjadi sebuah dewan. Alah, sekolah bangunan lama. Mana ada dewan bagai. 

Gua sebenarnya kadang-kadang konpius macam mana Syukor boleh naik kelas 3 tingkat hari-hari pergi sekolah. kalau gua la, memang gua  mintak transfer. Ataupun gua mintak eskalator. Dulu masa gua form 1 jugak, gua dengan Bedot ni memang jaki sikit dengan Syukor. Dia kerek sikit sebab abang dia tingkatan 5 dekat sekolah gua jugak. Abang dia terer silat pulak tu. Masuk silat Gayung ke Sendeng ke apa gua dah lupa. Itu yang dia punya eksyen makin menaik tu.

Gua dengan Bedot punya geram dulu dekat Syukor sampai merancang la nak tendang dia dari belakang masa dia nak ke dewan makan dulu. Tendang kuat-kuat lepas tu lari. Tapi cakap situ habis situ la. Gila babi lu nak tendang budak abang dia silat power gila. Memang kena raging gantung punai dekat kipas, lepas tu on level 1. Mapuh mapuh. Bala,bala. Berlari nanti satu bilik.


***


Kelas 1 Omar agak membosankan masa tu. Ye la,kelas Bahasa Arab. Gua tengok Joe dah terlentang dekat meja sebelah. Badsen pun sama. Toroi apa benda tah dia buat bawah meja tu. Gua pulak adalah memang  jenis tak tidur dalam kelas. Tak selesa. Lain la macam Joe Suki. Dengan kasut sekolah yang tak rupa kasut (belakang kasut rata sebab hari-hari dia pijak), selamba dia susun kerusi nak tidur. Orang macam Joe Suki ni bagus hantar ke Palestin pergi perang dengan Israel tu. Baru berakal dia. 

Tapi bila tak tidur tu, gua berborak pulak. Ustazah Arfah pernah cakap budak yang tak nak belajar, lepas tu kacau budak lain lagi teruk dari budak tidur. Ah lantak la.

Tengah gua syok-syok berborak dengan Bedot tu:


BEDEBUP!!
Amende pulak ni.


Gua toleh dinding belakang  yang boleh lipat-lipat tu. Dah terlipat sikit. macam ada benda jatuh dari kelas sebelah. Gua lari keluar ikut pintu belakang. Gua tengok Syukor dah jatuh terlentang atas lantai. Ni apahal pulak ni.

Budak kelas 1 Abu Bakar dah kecoh-kecoh kata Syukor pengsan. Ah sudah. mamat ni dah la besar gila. Macam mana nak bawak turun ni. nak pakai kren? Semua tak tahu nak buat apa. Cikgu pun tak tahu nak buat apa.

Dalam 10 minit lepas tu, gua nampak abang Syukor datang. Lepas borak-borak dengan cikgu, gua tengok dia angkat Syukor turun tangga bangunan tiga tingkat tu. Selambaaa je. Ini memang power betul ni. Respek respek!

***

Macam biasa, kalau malam kejadian, mesti Syukor bukak story. Dia kata dia buat-buat pengsan sebab dah mengantuk. Nak balik asrama tidur katanya.

Ye ye je budak ni. Nak cover line la tu...Haha.


28.10.12

HARAPAN SEORANG SAHABAT

Gua ada seorang kawan.Kawan dari kecil. Nama dia Farhan. Kalau lu perasan, kawan gua sorang ni selalu post benda benda berkaitan dengan hadis. Sesuailah dengan dia,cikgu sekolah agama lulusan Azhar. Hari hari gua follow dia, walau dari jauh. Kalau balik kampung pula, seboleh boleh, mesti jumpa dia.

Dia ni orangnya sopan. Orang dengan dia pun bersopan. Cuma gua je kurang sopan dengan dia. Mungkin gua dah masak kenal dia dari kecil.

Petang tadi dia sms gua, mengadu yang dia dah kena demam panas 5 hari. Dan dia tak boleh solat berdiri. Katanya kena sakit kelenjar di peha. Gua kurang pasti puncanya.

Allah, sedihnya...

Kawan sekalian,

Kali ini, mungkin kali ini sahaja.

Gua mohon, tolong doakan kesejahteraan untuk kawan gua ni. Kita selalu diberitahu, orang yang baik memang akan selalu didatangi ujian. Tapi gua mohon bantuan kamu semua agar kita sama sama mendoakan agar kesihatan sahabat gua ni pulih seperti sediakala, dan boleh berbakti kepada umat semula dengan hujah hadisnya yang membuka minda.

Gua mohon sangat. Semoga doa kalian semua akan dimakbulkan Allah.
Hari ini hari dia, hari kita..

Siapa tahu?

11.10.12

SUBUH



Pagi tadi macam biasa gua bangun pukul 6 pagi. Selalunya lepas solat, gua tidur balik dan bangun semula pukul 7 pagi, bersiap dan gerak dari rumah pukul 7.30. Gua memang ambik masa lambat nak bersiap. 20 minit je dalam toilet. Nasib baik gua sorang je dalam rumah tu. Kalau bini gua ada kompem kena bebel.

Tapi pagi tadi, gua tak tidur. Tapi gua duduk sambil terfikir macam mana gua boleh bangun pagi-pagi begini untuk solat, yang masa sekolah dulu gua paling liat nak mampus kalau bab bangun pagi ni, lebih-lebih lagi subuh. Dan gua teringat peristiwa-peristiwa subuh dekat sekolah maahad dulu. Sekolah je maahad, subuh liat gila.

Subuh pada hari minggu adalah subuh yang paling tak best sekali. Sebab kalau hari macam tu, Rengkas, iaitu warden gua akan round satu asrama, check siapa tak bangun subuh. Datang pulak dengan rotan. siapa tak bangun lagi, mendapat la kena sesah. Bila dengar Rengkas datang je, masing-masing kucar-kacir bangun. Yang tak bangun terus bangun, yang tak sempat pakai kain lari pergi menyorok dalam bilik air. Yang nyorok bawah katil pun ada jugak. Bahana.

Pernah sekali tu, Rengkas datang spot check waktu subuh. Semua budak dah standby dah, kecuali sorang budak ni, Joe Sukiman. Joe Sukiman ni adalah seorang budak yang macam sloth. Slow gila apa benda buat. Muka memang malas je. Nasib baik kau sekarang dah jadi orang. FRU lagi. Bila Rengkas ada dekat bilik sebelah je, barulah Joe ni dikejutkan. Menggelupur member. Dia capai songkok, capai kain pelikat..

Ngam-ngam Rengkas masuk, Joe Sukiman dengan muka selebetnya, pakai siap bersongkok dan berkain pelikat, berdiri tepi loker baju. Bila masuk bilik tu, Rengkas terus tuju ke Joe.

"Dah sembahyang dah?"


"Dah Ustaz" Joe jawab dengan mata tertutup dan taik mata penuh.


Peh.
Joe, Joe. Ilmu apa lu pakai sampai Rengkas pun boleh terpedaya ni?


***

Dalam kisah lain pulak, Warden Belia, Bangla pun pernah jugak buat spot check. Tapi kali ni kes dengan Bart Bachik pulak. Masa dia buat spot check tu, Bart Bachik tak sempat nak berpura-pura. Bila Bangla masuk, dia masih terbaring atas katil lagi.

"Awak kenapa tak bangun lagi ni?"

Bangla menunggu jawapan yang konkrit dari Bart Bachik. Kalau salah jawab, memang berbirat kena sesah la.

Dalam keadaan terpaksa, Bart Bachik jawab:


"Sorry Cikgu, saya tak mandi wajib lagi." Dia jawab sambil tunjuk kain yang dah berkerak.Kakaka.

Maahad, Maahad.