setegram

Instagram
Memaparkan catatan dengan label hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantu. Papar semua catatan

12.1.13

SEKOLAH SAYA ADA HANTU 2


Selesai sudah event perasmian Rakan Muda peringkat Muar hari itu. Malam tu, sekolah Maahad Muar kena jadi huruf 'R'. Ramai la yang terlibat. Dekat 100 orang jugak. Budak hostel budak luar semua join. Antara yang join tu sorang budak luar, Firdaus aka Mok.


Mok ni senior gua. Atas setahun dari gua. Masa tu gua masih form 1. Bila event Rakan Muda tu habis, Mok ni decide la nak stay saja di hostel. Esok pagi baru balik rumah.

Macam yang gua beritahu dulu, gua tinggal di Blok B, bilik tepi sekali satu bilik dengan Doyok. Mok pula menumpang tidur di bilik sebelah. Bilik tu besar sikit dari bilik gua. So, ramai la budak luar menumpang tidur di situ. Tapi yang tak best dekat bilik tu, tingkap dia banyak yang pecah-pecah. Dia punya angker memang satu macam. Hutan belakang hostel jangan ceritalah, macam Amazon.

Bertambah  horror bila Mok kena duduk di katil paling tepi yang takde tingkap tu.

***

Malam tu semua tidur dengan nyenyak sebab penat. Katil gua vibrate akibat Doyok punya dengkur yang power. Tapi hostel yang nyaman tu  tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi orang menjerit. Dari bilik sebelah.

MAAAAAK!!!!!!!!

Mok menjerit sekuatnya. Tersedar Doyok dari dengkuran bila dengar jeritan tu. Gua pun sama ikut terperanjat. Satu bilik terjaga la senang cerita.

Kemudian gua dengar dengan jelas bunyi Mok berlari menuruni tangga, kemudian dia merempuh pintu pagar hostel yang memang gated malam-malam.


"Bukak!! Aku nak balik!!"
"Maaak!!"


Gila babi budak ni gamaknya. Gua dan Doyok turun dari katil, tapi tak berani nak keluar dari bilik. Kalau takut-takut macam ni, Doyok apa lagi, time ni la dia nak praktik dia punya surah PAFA.

"Bismillahirrahmanirrahim..."
Terketar-ketar bunyi dia.

Suasana kecoh sekejap. Kemudian gua terdengar suara orang azan. Itu suara senior form six gua, Akram. Risau jugak kalau ada budak yang tak peka, terus bangun ambil air sembahyang, sembahyang subuh pukul 3 pagi.

Apa cerita lepas tu gua tak tahu sebab gua tekup telinga dengan bantal, sampai la tertidur.

***

Esok pagi, gua tengok Mok tu macam biasa je. Macam tak ada apa-apa. Sihat je makan mee hoon. Gua tanya dekat budak bilik sebelah apa cerita Mok malam tadi.

Dengar cerita, masa kejadian pagi tu Mok terbangun dari tidur, nak terkencing. Kemudian dia mengiringkan badan dia mengadap ke tingkap. Kepalang terperanjat  bila dalam samar-samar cahaya tu, Mok lihat ada susuk berbentuk kepala sedang tersangkut di bidai tingkap.


Lidahnya terjelir panjang kira-kira dua jengkal. Matanya merah memandang tepat ke arahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                              
Sekolah gua panggil hantu tu Hantu Dua Jengkal. Entah siapa yang pergi ukur lidah hantu tu gua pun tak tahu.

SEKOLAH SAYA ADA HANTU 1


Sepanjang gua hidup ni, gua ada menempuhi beberapa kisah yang seram atau lucu pada gua.Kebanyakkan peristiwa yang gua alami ni semasa menetap di hostel. Hostel beb, kalau takde cerita hantu tak sah. Ada cerita hantu la baru budak form 1 rasa nak tidur awal, jadi budak form 5 boleh hisap rokok tanpa kantoi.

Mula-mula gua nak cerita pasal peristiwa gua 'jumpa' hantu. Masa tu gua masih dalam tingkatan satu. Gua ditempatkan di Blok B. Masuk-masuk bilik tu je memang dah dapat katil tingkat atas, tepi sekali belah tingkap belakang. Belakang bilik gua tu kebun.

Sebelah katil gua adalah kawan gua bernama Doyok. Doyok ni badan je taf, penumbuk je keras. tapi kalau nak kencin kena teman. Jaddah. Tapi apa-apahal pun dia la tukang gunting rambut gua. Walau senget-senget, asalkan free gua pasrah je.

***

Satu malam, dalam pukul 1 pagi di malam mingu, macam biasa kami semua tidur lewat. Setakat esok ada gotong royong, tidur lewat apa ada hal. Kira-kira pukul 2 pagi, sorang-sorang beransur ke katil masing-masing. Mata masing-masing dah rabak. Gua pun panjat ke katil. Tengah gua terkebil-kebil mata dalam gelap nak cari tune tidur tu, gua dengar bunyi geruh dari katil sebelah. cilaka cepat betul masuk mimpi. Gua masih tercari position yang sedap sambil mengiring ke kaan, mengadap tingkap luar.

"Eh?!"

Jantung gua secara atomatik bergerak pantas.
Apa yang gua nampak tadi adalah bayang seperti tubuh manusia berbungkus, sedang tegak terpacak mengadap katil gua.

Gila, takkan hantu pocong pulak. Tak percayalah!

Gua toleh semula. 'Benda' tu masih lagi tak bergerak-gerak. Kali ni jantung memang laju gila. Peluh jangan cakap la. Berjurai-jurai. Gua selubung badan gua sambil mulut gua membaca surah. Segala surah, doa yang gua ingat semua baca, termasukla doa keluar tandas.

Dan akhirnya gua tertidur sampai la siang...

Pagi itu gua bangun. Rilek dulu. Ambil semangat sikit. Kemudian gua memberanikan diri toleh ke tingkap.

'Benda' tu masih ada di situ.

Nama dia pokok pisang. Atau nama saintifiknya Musa paradisiaca.

8.1.13

HANTU DAN BLACK 4

Sila rujuk pelan untuk pemahaman, kepada yang susah nak imagine.



3-4 hari jugak la Black tak ke sekolah. Cikgu cakap Black kena rehat dulu sebab kadang-kadang mata dia melilau dalam kelas. kang ada budak lain yang kena rasuk karang. Mak bapaknya sudah diberitahu. Mungkin esok lusa diorang datanglah.

Kejadian tu memang betul-betul memusingkan perangai budak-budak dekat sekolah tu. Yang mana dulu liat macam selipar nak sembahyang, tiba-tiba jadi rajin ke masjid. Gua selalu dok pung-pang-pung-pang dekat kantin, sekarang lepas prep lincah majid balik hostel masuk bilik. Ini semua hantu punya pasal. Kakaka.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Satu malam minggu, lepas sembahyang jumaat, gua dan budak-budak ni pakat nak ajak Black baca Yasin. Mungkin sebab tengok Black ni macam dah lemah semangat. Kira nak pulihkan semangat la ni. Jadi, ada la 5-6 orang budak duduk bentuk bulatan sambil baca Yasin. Kitorang parking dekat saf depan. Dalam masing-masing tengah syok baca yasin ni, tiba-tiba gua tengok Black ni macam gelisah semacam. Mata dia meliar. Muka dia macam marah sampai pipi dia bergetar-getar. 

Ah sudah. Apa benda pulak nak jadi kali ni.

Tiba-tiba Black bingkas. Dia bangun dengan pantas dan berlari ke pintu belakang surau, hendak menuju ke padang sekolah (saf belakang) sambil menjerit sekuat hatinya. AAAAAAARRRGGGH!!!

Terperanjat budak-budak yang tengah melepak dekat surau tu. Black mesti ditahan. Kalau tak tahan, kompem dia akan rempuh sliding door yang besar di surau tu. Berbekalkan ilmu ragbi yang ada, nasib baik ada sorang budak, tak silap aku Apai, berjaya menackle Black.

Tak sempat Black nak touch down.

Berguling guling Black dan Sang penackle tu. Dengan pantas budak budak ni kepit Black bawak dia ke saf depan semula, sambil Black masih merengus-rengus nafas naik turun. Seorang member gua, Adik namanya pegang muka Black. Masa tu Black macam dah ok sikit.

"Black, kau ok tak?"
"Aku ok" Black jawab sambil senyum.
"Kau kenal siapa aku ni?"
"Kenal la. Adik."

Semua lega bila tengok Black dah pulih semula. tetapi tidak Adik.

"Black, kalau betul kau dah ok, berapa besday aku?"
Besday Black dan Adik adalah sama, kelas pun sama, kebetulan.
......................

Black pandang tepat ke dalam mata adik. Lama dia renung Adik. Gua tengok adik pulak yang goyang tengok renungan Black tu. Dari riak mukanya yang tadi serius, kemudian perlahan-lahan berubah untuk tersenyum. Tapi senyum yang jahat sejenis.

Hi Hi Hi Hi Hi Hi!!! Ha Ha Ha Ha!!!




Black mengilai. Disaster strikes again!


(bersambung...)




4.1.13

HANTU DAN BLACK 3


"Siapa nama kau!?"
"Apa kau nak"!?
"Kenapa kau ganggu budak ni!?"

Bertubi-tubi ustaz bertanya. Selagi tak dijawab, selagi itulah ditanya.


ARRRGH!!

'Black' menjerit-jerit seperti menahan kesakitan yang amat sangat. Sekejap-sekejap dia tarik rambut. Sekejap dia cuba guling gulingkan badan. Sekejap dia gosok-sosok badan macam kepanasan.

Jawab!!

Garang jugak ustaz ni. Muka nampak jambu je.
Meraung raung Black kena kepit kaki. Lama jugak sesi soal jawab dengan setan ni. Ada la dalam 20 minit.

Aku nak balik!! Aku nak balik!! Aku nak balik!! Aku suka budak ni....!!!

Black semakin mengganas. Dia mengibas-ngibaskan tanggannya. Berjurai-jurai peluh budak yang memegang lengannya itu. Ustaz memasuki level seterusnya. Dia membaca beberapa surah, mungkin ayat untuk menghalau setan.

"Ha, aku rasa ustaz tu tengah baca ayat quran, kejap lagi dia mesti sembur dekat muka Black. Agak-agak hantu dalam badan Black tu dah tak tahan nanti dia blah la" Arab membuat ceramah kecil di satu sudut katil kepada rakannya.

Ustaz sekarang bersila di belakang Black yang sedang duduk berlunjur. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian dia mengusap-usap belakang badan Black. Setiap kali tangan Ustaz tu menyentuh badan Black, pasti dia meraung tak tentu arah.

"Aku nak balik...." Black berbunyi lemah. Mungkin setan dah lembik agaknya.

"Baik, aku akan lepaskan kayu ni dan kau akan keluar. Kalau kau degil, aku akan kunci kau sampai esok. Nak?"Ustaz menduga.

'"TAK NAK!!" kakaka. Bukan main takut pulak setan ni. Ustaz senyum nipis. Semua yang dalam bilik tu pun ikut sekali buat senyum nipis.

Kayu yang diselitkan di celah jari dileraikan. Dengan sekali tepukan di belakang badan, Black terbatuk kecil. Terkeluar satu batu kecil berwarna merah dari mulutnya. Lekas-lekas Ustaz mengambil batu itu dan menyimpannya di dalam poket. Seraya itu Black menjadi longlai macam dah tak ada tulang.

"Orang kata kalau lepas kena rasuk, badan memang penat." Gebang Arab. Budak yang duduk keliling dia mengangguk macam burung belatuk.


Suasana senyap sunyi masa tu, masing-masing tak berani keluar bunyi takut kena rasuk.


(bersambung..)

3.1.13

HANTU DAN BLACK 2


-BLACK-
Fikiran Black jadi kusut. Matanya terbeliak melihat makhluk terbang di sana sini. Inilah adalah pertama kali dalam hidupnya terjadi benda benda macam ni.

Bila lihat makhluk tu terbang ke arahnya, kemudian menembusi badannya, Black menjerit jerit ketakutan. Sesungguhnya tiada siapa yang faham situasinya pada masa tu. Hanya Black yang boleh membantu dirinya sendiri. Black sedar  dirinya perlu kuat. Tapi dia tak bersedia untuk semua tu.

Yang dia bersedia hanyalah menjerit.


-ARAB-
Gelabah Arab masih tak habis lagi. Mukanya cemas tengok Black meracau racau dalam bilik tu. Beberapa budak cuba menenangkan Black, tapi tenaganya terlalu kuat.

Hendak update status, masa tu Facebook belum wujud lagi. Nak tuit apatah lagi. Jadi Arab ambil keputusan menghebahkan benda ni mulut ke mulut. Benda ni mesti diberitahu kepada Warden dengan segera. Kalau tak, tak tidur malam la dia.


*********************


KRIIIING!!!!!!!
KRIIIING!!!!!!!
KRIIIING!!!!!!!


Loceng fire drill dibunyikan. Keadaan jadi kecoh. Bagaikan menggunakan kaedah telepati, semua dapat tahu tentang kes Black ni. Sekejap sahaja hampir semua pelajar berkumpul di bilik Black. Semua katil tingkat atas dan bawah 'full house'. Sampai ada satu katil tu dah nak bengkok sebab bending moment yang melampau.

Bagaikan menonton wayang, semua pelajar mengelilingi seorang 'ustaz' yang diimport oleh Warden,sedang tenang berada di hadapan Black yang sedang merepek cakap entah mende. Suara dia memang real punya lain. Suara nenek tua. Bunyinya garau. Memang seram mendengarnya. Tenaganya pula sekawan gajah. Sampai lenguh member member yang tolong ustaz tu.

Ustaz kelihatan mengeluarkan sebatang kayu. Kemudian dia menyelitkan kayu itu di celah ibu jari dan jari tengah kaki kanan Black.

ARRRGHH!!!!!!!  ARRRGHH!!!!!!!

Black menjerit sekuat hati. Matanya merah menyala. Mukanya bengis sekali.



(bersambung...)

HANTU DAN BLACK

-BLACK-
Kringg!!! 

Jam menunjukkan 11.00pm. Waktu prep malam sudah habis. Tapi Black masih liat nak bangun dari kerusinya. Tak siap lagi meniru soalan Add Math. Apa nak jadi la budak hitam ni.

Dalam dia sedang sibuk mengcopy latihan yang nak dihantar esok pagi tu, baru dia perasan semua budak dah balik. Cepat-cepat Black kemas bag. Lambat karang, habis pulak Koko Bar di kantin.

Dalam perjalanan hendak keluar dari kelas, Black tak tahu kenapa hatinya berat untuk pergi ke dewan baru sekolah yang terletak di belakang blok sekolah tu. Puas Black fikir fikir, macam ada benda yang tak kena dengan dewan tu. Hati Black memberontak nak ke sana.

Nah Black, sekarang kau sudah berada di hadapan pintu dewan sekolah. Dewan tu besar. Baru saja didirikan di atas bukit yang diteres. Hati Black berdebar debar. Dia angkat kedua belah tangannya dan menekup ke cermin pintu dewan itu. Nafas Black naik turun. Muka Black dah berubah, dari hitam ke biru.

Black bingung.


-ARAB-
Selesai melantak mee goreng kangkang Mak Minah, Arab pulang ke hostel. Kemudian dia singgah sebentar ke dewan makan untuk ambil air kopi panas. Buat bekalan akhirat katanya.

Selepas selesai urusan mengambil air, Arab singgah sebentar di ampaian belakan untuk mengambil boxer. 

"Eh?" Arab keliru.

Cepat-cepat dia menyorok di balik dinding. Betul ke apa yang dia nampak ni?

Waktu hendak mengambil boxer tadi, dia ternampak Black sedang menogok air kopi dewan makan yang panas tu dengan sekali shot sahaja. tak ada langsung nampak macam panas air tu.

Cepat-cepat Arab pulang ke bilik untuk memberitahu rakan biliknya. And the bst part ialah, dia nampak Black sedang baring di atas katil.

Kali ni real punya keliru.

bersambung.....