Cerita sekolah, cerita asrama, cerita mak bapak, cerita main basikal, cerita panjat pagar, cerita hisap rokok, cerita....banyak benda aku nak cerita ni.
26.11.14
CINA MELAKA VS CINA GUANGZHO
18.9.14
#2
#1
13.9.14
NASIHAT POWER
Amirul sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Hidupnya susah. Duit selalu tak ada. Dan motorsikalnya baru sahaja hilang.
Dia pergi mengadu keluh kesahnya kepada rakannya.
"Nan, aku ni selalu bernasib malang. Duit kena curi, motor hilang. Kan bagus kalau nasib aku macam kau. Hidup bahagia, duit banyak. Tekanan pun kurang. Kan best kalau jadi macam kau. "
"Hey amirul, kau dengar sini baik baik apa aku nak nasihat ni. Don't you ever wish you were someone else tau. You ni were meant to be the way you are exactly. Ingat tu! "
Berkerut dahi Amirul mendengarkan kata kata nasihat dari Nan. Bukan kerana nasihat itu, tetapi kerana Nan yang tiba tiba terer memberi nasihat dalam bahasa Inggeris.
"Fuh, terer betul kau speaking! Ungkapan siapa ni? "
"Bangsawan Inggeris zaman dahulu. "
"Siapa? "
"Err..Jowi Makan Tayar. Kau mana tahu. Baca buku pun tidak. Sebab tu tak pandai! "
11.9.14
6 BULAN
Malam tadi aku belek belek gambar lama dalam hard disk. Jumpa gambar lama rumah sewa padang jawa, gambar kerja dekat segamat, gambar kahwin aku. Ada satu folder tu simpan gambar kedai photostat aku dulu.
Sedih tengok gambar tu. Sebab kedai tu dah tak ada. Kedai tu dulu sale dia pelik pelik. Paling teruk, aku pernah dapat sale 30 sen je hari tu. Sampai tak boleh tidur aku malam tu terkenangkan 30 sen tu. Pernah juga satu malam aku dapat sampai 700-800. Ah pelik lah.
Tapi, dalam banyak banyak kerja aku buat, tetap tak setabah masa aku kerja di Segamat dulu.
Aku pernah kerja gaji sangkut selama 6 bulan.
Aku pula ada bela Bangla dalam 7-8 orang masa tu. Hari hari tanya aku pasal gaji. Nak jawab macam mana pun tak tau sebab kompeni memang tengah sengkek masa tu. Nak suruh diorang buat kerja pun serba salah. Tapi kena buat jugalah sebab takde progress, takde payment.
Teruk masa tu. Kompeni hanya bagi duit makan dan petty cash untuk jalan kerja je. Selalu juga kami makan roti dengan telur scramble buat makan tengahari. Malam kadang kadang miss soru.
Tetapi kehidupan yang macam zombie selama 6 bulan tu banyak ajar aku dari segala segi. Aku jadi pandai buat design jeti sebab tak mampu nak upah orang design, jadi pandai urus duit secara minimum, pandai kelentong masa meeting, pandai jual tanah, pandai edit gambar, dan pandai masak nasi goreng.
Nasib baik kompeni baik hati. Bila dapat payment terus bayar gaji tertunggak. Bila aku pergi rumah Bangla untuk bayar gaji (aku pegang gaji masa tu) diorang punyalah happy, terus ajak aku makan kari yang diorang masak. Tapi aku menolak sebab tak selera sangat bau dia. Kekeke.
Aku? Dapat gaji terus kahwin.
6.9.14
FARIZA
3.9.14
1 STROKE 12
Pukul lapan tadi aku dan Pinah bersiap naik motor nak ke pasar malam beli rojak Singapore. Baru bergerak tak sampai sepuluh meter, tiba tiba kereta Vios putih tak basuh blok laluan aku. Pemandunya berpakaian polis. Nasib baik pula masa tu aku pakai helmet.
"Bang nak tumpang tanya ni bang." pintanya dengan gaya kerek, sambil mulut menghembus kepul kepul asap rokok. Tebal semacam asap dia. Rokok John barangkali.
Aku panas juga dengan Mamat polis ni. Main blok jalan aku semata nak tanya jalan.
"Jalan Ixora 1/12 dekat mana eh? ". Dia tanya, sambil masih kepul kepulkan asap.
Aku tak ada hati nak menjawab soalan dia. Tapi sebab dia dah blok laluan aku, aku jawab jugalah.
"Sini 1/1 sampai 1/6 je. 1/12 dekat belah atas sana."
"Atas? Sana? Sana? Kompom eh? "
Eh nak kompom kompom dengan aku pula. Pergilah tengok sendiri, beruk.
"Kompom eh, Jalan Ixora 1/12 atas sana? ". Katanya sambil terus pandu kereta.
Setan. Terima kasih pun tak ada. Dan aku pun teruskan perjalanan. Dalam fikiran aku, mesti wantan dengan kentang rojak dah habis.
Hampir hampir sampai di hujung taman, aku ternampak nama jalan 'Jalan Ixora 1/12'. Lah, dekat sini rupanya 1/12. Rasa bersalah pula dengan brader John tadi. Tapi bila fikir balik dia tak ucap terima kasih tadi aku pun, ah lantak kau lah.
Dan betul tekaan aku. Wantan dan kentang rojak dah habis. Celakaaaaaaa..
30.8.14
CABARAN RM 100
Masa kerja di Segamat dulu, aku ada satu port kedai makan kegemaran. Letaknya di belakang pasar basah Segamat. Condition kedai tu buruk, dan sedikit busuk kerana dekat dengan pasar. Buka hanya waktu malam dan orang pun tak ramai, kadang kadang hanya aku, Khidir dan Sahir sahaja menjadi pelanggan.
Walaupun begitu keadaan kedai dan pelanggannya, aku suka kerana dia ada satu menu rahsia. Nasi goreng cili padi bersama daging salai. Nasi goreng cili padi itu pula ada banyak kategorinya. Dikira dari level 1 hingga level 5. Kalau minta level satu, nanti dibuatkan nasi goreng yang biasa sahaja sedapnya. Tetapi kalau minta level 5, nasi goreng tu jadi warna hijau. Dia punya pedas memang gila. Kalau jubur tak kuat memang boleh kena buasir. Agaknya kalau perempuan makan, peranakan pun boleh jatuh. Aku selalu makan yang level 3 sahaja. Itu pun sudah tidak tahan menanggung kepedasan.
Satu hari tu brader tu masak daging landak salai dan isinya yang lain. Dia kata dia tereksiden dengan landak masa perjalanan pulang ke rumah, lalu terus sembelih di tepi jalan.
Khidir mengambil kepingan hati landak dari tempat salai dan hidang di atas meja makan kami.
"Hah, kalau terer makan la. "
Aku dan Sahir bau hati landak salai tersebut. Gila punya hanyir. Masih berbau darah. Sahir awal awal mengalah.
"Busuk siak. Kau makan la. Aku tak makan organ." aku mengelak.
Masing masing mencabar satu sama lain untuk makan hati landak. Aku semacam tak sanggup nak telan. Sedangkan organ ayam dan lembu pun aku tak makan, inikan pula landak. Gila.
"Tat, aku tau kau tak makan organ, tapi kalau kau berjaya telan sedikit hati landak ni, kami bagi kau rm 100" kata Khidir sambil memotong cebisan kecil hati landak untuk cabaran ini.
"Betul, kau tak tipu? Letak duit atas meja sekarang. "
Khidir dan Sahir seluk poket masing masing dan meletakkan not 50 di atas meja.
"Kamon Tat. Sekali ni je aku nak tengok..... "
Belum sempat dia habiskan cakap, aku terus ambil hati landak dan masukkan dalam mulut dengan rakusnya dan kemam. Apalah sangat cebisan hati landak tu berbanding rm 100. Kerja mudah.
"Hah, telan, telan! "Khidir memberi semangat.
Aku mulakan kunyahan. Terasa kehanyiran dan pahit hati landak itu. Belum sempat aku masuk kunyahan ketiga, aku dah mula rasa mual yang amat sangat.
Sejurus itu juga aku meluahkan segala isi perut yang mengandungi hati landak, bersama nasi goreng cili padi level 3, dan horlick ,ais di tepi meja makan.
"Woi, apa muntah tepi meja ni woi! "
"Gila babi. Aku tak tahan siak bau dia. Bak sini 50. Kira deposit la. " sambil tangan aku menguis not 50 kepunyaanku Khidir.
"Aaaah..kemam mana kira.! " sambil rampas semula not 50 dari tangan ku.
Itulah pertama kali aku muntah di kedai makan. Nasib baik tak ada orang lain selain kami bertiga sahaja. Tapi brader tukang masak tu geleng kepala je la tengok lambakan muntah aku tepi meja makan dia.
Aku dah cakap, aku tak boleh makan organ binatang. Itulah last aku buat kerja bodoh ni. Mulut hanyir, duit pun tak dapat.
18.8.14
WATERFALL
Aku, Pinah, dan Mak Pinah tengah makan sambil tonton channel 611. Ada scene waterfall.
"Babah, ada waterfall, macam kita pergi dulu! Menjerit macam tak pernah tengok air terjun.
"Hmm.. " aku jawab acuh tak acuh. Tengah sedap ratah ayam ungkep.
"nak pergi situ, please.. " dia buat muka 20 sen, duit baru.
Aku pandang tanpa perasaan. Sebab aku tahu kejap lagi dia lupa dah waterfall waterfall ni.
Melihatkan aku buat muka berg je, Mak Pinah memujuk "Kesian dia, nanti kita pergi Indah Water eh? "
Ayam terkemam di mulut. Aku salah dengar ke apa ni?
9.8.14
BOMOH UPTOWN
Ramadhan. 2004. Uptown Damansara.
Selepas berbuka di kedai mamak telur separuh masak power, aku, Jinggo, Tomoko dan Che Lat duduk bertenang melayan perut masing masing yang mengah.
"Cepat lah Lat. Kata nak buat tadi. " Jinggo buka suara meminta Che Lat mengotakan apa yang dijanjikan sebelum sampai di Uptown tadi.
"Ok, ok kejap la." balas Lat sambil mengeluarkan sesuatu dari poket kiri seluarnya.
"Haa.. inilah dia. Benda ni mesti jadi punya."
Kami meneliti benda bulat kecil, seperti biji lada hitam.
"Kau nampak perempuan baju hitam tu, yang dekat meja depan sana?. Aku nak try dia. Kejap lagi dia mesti gelisah." Ujar Lat dengan sombongnya sambil mengarahkan muncungnya ke seorang perempuan berbaju hitam dan berbadan sederhana yang sedang makan nasi goreng aku rasa.
"Okay, okay ". Kami mengangguk setuju dan sedikit teruja.
Mulut Che Lat terkumat kamit membaca sesuatu yang kami tidak pasti apa butirannya.
"Ok, aku start sekarang."
"mimma minkum mimma tayakum. mma minkum mimma tayakum.mimma minkum mimma tayakum.."
Che Lat membaca sambil hujung jari telunjuk dan ibu jarinya menggentel benda bulat seperti biji lada hitam itu.
2 minit berlalu, masih tak jadi apa.
"Mende ni, tak jadi apa pun?" Tomoko mula argue kemampuan Che Lat.
"Err..err..aku rasa tak jadi sebab bulan puasa kot. Bulan tak puasa ok je.."
Kami semua geleng kepala tanda frust dan hancur harapan.
