setegram

Instagram

10.6.13

PEMUJA RAHASIA

Masa waktu sekolah dulu, Jack amat malu untuk mendekati Jill. Jill seorang yang cantik, periang dan disenangi ramai. Tambahan pula Jill seorang yang pintar. Duduk di kelas yang utama.

Jack pula hanya seorang pemuda yang pemalu, suka menyendiri berpakaian selekeh, kasut sekolah tak berbasuh, tak pakai stokin dan gemarkan subjek Sejarah.

Tapi setiap kali Jack berselisih dengan Jill di susur gajah sekolah, hatinya pasti berdebar. Mukanya jadi merah padam. Tapi dia pasti benar, yang Jill tidak mengesyakinya langsung. Entah-entah, Jill pun tak perasan Jack lalu di sebelahnya.

Satu hari, hati Jack sudah tidak terbendung lagi. Dia ingin menyatakan rasa sukanya pada Jill. Tapi dia masih belum dapat mengumpulkan keberanian itu. 

Jadi, Jack menunggu hingga waktu persekolahan tamat.

Apabila semua orang sudah pulang, Jack meninggalkan lirik lagu 'Manisnya Senyumanmu' dendangan Kumpulan Elite dan sekuntum bunga ros plastik di bawah meja.

Dia juga meninggalkan sekeping nota bertulis:

'Dari pemuja rahasia kamu. Satu hari nanti kita akan berjumpa. XOXO'

***

Esoknya, Jack terserempak dengan Jill yang sudah bermesra-mesra dengan Abu. Jill menyangkakan Abu yang meletakkan semua barang itu di mejanya.

Setahun jugak la Jack makan hati.

DI ATAS JALAN

Jack membuka pintu kereta sebelah kiri hadapan untuk memberi ruang kepada Jill duduk. Gentleman, kata Jill. Tersengih-sengih Jack dipuji begitu. Kemudian Jack membuka pintu untuk dirinya sendiri pula. Gentleman untuk diri sendiri.

Enjin dihidupkan, penghawa dingin dipasang, cermin pandang belakang ditala tepat. Sempat juga Jack membetulkan rambutnya. Kemudian dia tersenyum sendiri. Dia lantas memasang talipinggang kaledar dan bersedia untuk bergerak.

CD Pop 90's dimasukkan ke dalam pemain CD dan kekuatan bunyi ditala ke tahap 12. Lagu Sophie B Hawkins ' As I Lay Me Down' mula ke udara. Sedap-sedap telinga mendengarnya.

***

10 minit perjalanan, muka Jack seperti ada yang tidak kena. Sedikit-sedikit dia menoleh ke arah Jill. Kemudian menggeleng kepala.

Akhirnya Jack bersuara:

"Awak, ada duit tak?"
"Ada. Saya ada RM450.00." Jawab Jill jujur.
"Boleh bagi saya RM300.00?"
"Eh, kenapa nak mintak duit dari saya?" Jill curiga. Tak pernah Jack berkelakuan begitu.

"Saya nak bayar saman, sebab awak tak pakai talipinggang kaledar. Itu je." jawab Jack selamba memandang ke roadblock yang 100 meter di hadapan.

Kelihatan darah mengalir dari hidung Jill yang mancung itu.

Dia membebel di dalam hati.
(cakap saja dah la. Tak payah perli-perli!)

BAHU SANDARAN


Jill menangis teresak-esak. Dia menekup mukanya dengan tapak tangannya yang mulus. Air matanya mengalir deras merentasi pipinya yang gebu. Dia amat kecewa apabila keputussan MUETnya gagal mendapat Band 6 seperti yang diharapkan.

Jack tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Hendak dipujuk bimbang diherdik kelak. Jadi dia hanya duduk membatu di sebelah Jill sambil mendengar lagu dendangan Coldplay, Fix You.

Melihatkan Jill masih lagi bersedih, Jack menghulurkan sebelah earphonenya ke telinga Jill.

'...lights will guide you home, and ignite your bones, and I will try to fix you...'

Jill berhenti menangis lantas memeluk erat Jack. Padanya, perbuatan seperti itu sudah cukup untuk meredakan kesedihannya.

Jack tergamam sebentar, kemudia cuba menepuk belakang Jill dengan perlahan-lahan.

DATING


Jill merenung muka Jack dalam-dalam.

"Awak tahu tak saya ni dah bekerja di kedai ayam goreng hampir 10 tahun. Nak telan ayam goreng pun saya rasa macam nak telan pokok kaktus."

Jill menghela nafas sekejap.

"Dan hari ni awak ajak saya makan di KFC lagi? Saya bayangkan macam awak kata 'Jill, jom kita pergi berdating di pantri ofis awak?"

Jack diam. Dia genggan kemas-kemas RM20 di dalam poket kanannya.

8.6.13

KOMEN

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Ini adalah kisah benar yang dialami hasil pengalaman sendiri dan maklumat dikumpul dari rakan-rakan semasa di sekolah. Ada sedikit penambahan dan olahan untuk memperelok cerita. Watak telah ditukar untuk menjaga hati pihak tertentu. Kalau ada sesiapa yang tahu nama watak dalam cerita ni, diam-diam sudahlah. Baca sahaja).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang tu Komen buat hal. 

Dia yang duduk di pintu bas, diharapkan oleh driver bas untuk melihat-lihat jalan raya untuk melintas simpang. Tapi Komen buat hal. Dengan acuh tak acuh dia kata jalan clear. Bila driver bas, Kojai melintas sahaja, bedebang!! Muncung bas tersebut dihentam oleh sebuah kereta. Semua yang ada di dalam bas terperanjat.

Komen tergamam. Dia tahu nasibnya tak baik hari ni. Dan esok, dan esok-esoknya. Ada pemangsa memerhati dan menunggu. Balik sahaja dari sembahyang Jumaat hari itu, Komen jadi seorang yang pendiam. Dia duduk menyendiri di dalam kelas prep. Kawan-kawan pun tak berani hendak memujuk atau menenangkannya. Kerana mereka juga tahu Komen sedang diperhati. Sementara itu di asrama kecoh kes Komen jadi punca bas Kojai dilanggar kereta. Dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5.

Dan kisah tragisnya itu bermula malam itu.

Tepat pukul 11.00 malam, seorang budak tingkatan 1 datang ke bilik Komen. 

"Bang Komen, Abang Anding tingkatan 5 tu nak jumpa abang Komen." Ujar budak itu bernada lurus.

Berhenti bergerak sekejap darah di dalam badan Komen. Dia sangat-sangat arif, itu adalah panggilan 'maut'. Dia juga sangat-sangat arif yang dia tak akan pulang dari bilik Anding dengan hadiah berupa jam tangan, puji-pujian atau buah-buahan. Sebaliknya hidung berdarah, badan bengkak dan peha sengal tak boleh jalan.

Perlahan-lahan Komen sarung baju semula. Rakan-rakan sebilik hanya dapat memerhati sahaja. Tiada kata-kata perangsang yang dapat diberi oleh mereka. Komen sarung selipar, dan berjalan lemah ke hujung blok. Di situ letaknya bilik Anding dan rakan-rakan 'seperjuangan'.

Tok! Tok! Tok!
Komen ketuk pintu bilik Anding.

"Masuk lah" Ringkas arahan dari dalam bilik tersebut.

Komen pun perlahan-lahan buka pintu bilik. Gelap. Satu lampu pun tak terbuka. Hanya mendapat cahaya dari lampu koridor. Komen jadi peka.

Baru selangkah masuk ke dalam bilik, BUKK!! satu penendang singgah ke pinggangnya. Sakit Komen kepalang. Hampir tercampak dia ke tepi katil besi dua tingkat.

"Kau Komen kan?" Baru Komen nampak wajah Anding.
"Ha'ah." perlahan Komen jawab sambil menggosok pinggangnya.
"Apa? Ha'ah?"

Satu lagi penapak singgah tepat ke dada Komen. Pedih.
"Aku ni adik kau ke nak jawab ha'ah, ha'ah ni! Sekarang kau berdiri. Kau tahu apa salah kau?"

Anding dah mula menyinga. Sebenarnya Anding ni memang 24 jam menyinga. Suka cari hal dengan budak bawah. Hal kecik-kecik pun nak 'settle'. ('Settle' maksud di sini adalah kena pukul.)

Komen gagahkan diri untuk berdiri. Payah rasanya.
"Saya tak tahu Bang Anding, apa salah saya.." jawabnya sambil membetulkan cermin matanya yang senget.

Sebenarnya Komen tahu sangat apa sebab dia dipanggil. Memang resam asrama, kalau tak sedap di mata budak tingkatan atas, tunggulah malam kena panggil, kena 'settle'. Tapi dia sengaja buat-buat tak tahu.

"Kau tak tahu? Takpe. Meh aku bagi kepala otak kau ingat balik apa salah kau."

PANG!! Satu penampar singgah di kiri pipi Komen. Belum sempat hilang kebas, satu lagi pula singgah di pipi kanan. Benda itu berterusan 5-6 kali. Tapi  Komen tak berani nak melawan. Dia hanya berdiri tegak sahaja. Kalau dia melawan lagi parah jawabnya. Cermin matanya pun sudah tercampak ke mana. Dah la bilik tu gelap.

Anding dan rakan sudah naik gila. Badan Komen sudah jadi macam punching bag. Di sepak di perut, diterajang dipinggang. Bila Komen terbaring, satu penyepak lagi singgah di kepala. Pedihnya tuhan saja yang tahu.

Hampir 15 minit juga Komen dikeroyok.

Mata Komen sudah mula berkaca. Dia sudah tak tahan lagi. Dia mula meraung minta tolong.

"Cukup Bang! Dah Bang! Ampun..!" Sambil menekup mukanya agar tidak dicederakan.

Tapi Anding tak pernah cukup."Bangunkan dia kejap." arah Anding pada rakannya.
Mereka memapah Komen berdiri. Anding ambil step ke belakang. Kemudian dia lari laju ke arah Komen.

DEBUK!! PRAKK!!

Satu tendangan double kick  berhalaju sederhana tinggi singgah tepat ke dada Komen. Komen tak dapat kawal imbangan. Dia terlanggar almari di belakangnya dan terperosok. Pintu almari sudah pecah. Badan Komen sudah luka-luka. Lebam jangan cakap la. Dada rasa nak pecah.

Anding puas. Untuk hari itu.
"Kau keluar lah anjing!" Anding tarik rambut Komen hingga dia tertiarap.
"Hari ni kau dah selesai dengan aku! Tapi esok budak form 4, form 3 tengah tunggu kau. Mampus lah kau!"
"Sekarang kau blah. Esok pagi aku tahu ada satu almari baru dekat sini. Blah!"

Dalam kesamaran cahaya koridor tu, Komen merangkak keluar dari bilik. Dirinya terlalu lemah untuk berdiri. Badannya sudah tak terdaya. Lebam di sana-sini. Kepalanya berdarah. Dia menekup kepalanya sambil menangis.

"Hoi! Ni spek kau" Anding menyepak cermin mata ke muka pintu bilik.

***

Neraka Komen tidak habis di situ. Keesokkan harinya, dia kena mengadap pula budak form 4 dan form 3 pada lusanya. Hasilnya, tulang belakang Komen retak sedikit, dan dia dimasukan ke ICU. Keadaan mula menjadi kecoh. Pihak sekolah mula mendapat tahu tentang kejadian malam minggu tersebut. Semua yang terlibat dipanggil.

***

Komen berpindah sekolah akibat trauma, 2 orang pelajar dibuang sekolah, beberapa yang lain digantung sekolah (termasuk aku), dibuang asrama. Kemudian calon yang mengambil perperiksaan besar disumbat ke dalam satu bilik khas. Macam penjara. Pintu selalu dikunci. Polis akan datang melawat kadang-kala. Bilik tanpa tanpa jaring nyamuk dan panas.

Dan bermulalah satu episod baru untuk budak buangan, Bilik Neraka.

7.6.13

KAKI BULAT



Kisah ni masa aku semester satu diploma dulu. Masa di Seri Iskandar dulu, zaman tu masih tak ada masjid. Jadi kami sembahyang di sebuah dewan. 

Sempit. Bersila pun kena rapat-rapat.

Aku ni jenis kaki mudah kena semut-semut kalau bersila lama sangat. Bila dah ramai sangat dalam dewan tu, aku pun susahlah nak adjust kaki nak tukar posisi ke, apa ke. Jadi aku bertawakal sahaja. 

Kaki masa tu dia punya kebas, rasa macam dah tak ada kaki. Tapak kaki putih tak ada darah. Kalau toreh pun tak keluar darah rasanya.

Untuk tidak melayan perasaan, aku pun tidur. Tidur punya tidur, sampai masanya untuk bangun solat. Aku yang terperanjat ni pun terus la bangun. 

Bila berdiri je, aku rasa tapak kaki macam bulat je. Dengan selamba aku melanding ke saf belakang. Berebut jugak la 4-5 orang budak saf belakang nak sambut aku taknak bagi terlentang.

Malu sial! Semenjak itu aku sembahyang tepi-tepi je. Kalau gagah aku sembahyang dekat UTP Bota, menyamar jadi budak UTP.

5.6.13

PERSEPSI

Di belakang sekolah rendah aku dulu di Muar, terdapat sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Nama sekolah tu Pui Nan. Sekolah Pui Nan ni masa zaman tu diperbuat daripada papan. Buruk. Tak macam sekolah aku, bangunan bertingkat-tingkat, ada padang, ada kantin, ada perpustakaan, ada semua lah. Apa yang sekolah aku ada, sebenarnya sekolah Pui Nan pun ada. Tapi dalam skala yang kecil. Sangat kecil. Kantin kecil, kelas kecil, padang kecil, perpustakaan kecil. Semua kecil. Aku selalu cakap, kesian sekolah tu, mesti tak best.

Sekolah harian kerajaan macam sekolah aku biasanya berfungsi dari hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu pula kokurikulum, dua minggu sekali. Tetapi sekolah Pui Nan beroperasi Isnin hingga Sabtu. Sabtu mereka bukan kokurikulum, tetapi kelas seperti biasa. Waktu tu aku pun terfikir, rajin betul mereka ni. Sebab tu la pandai-pandai belaka orang Cina ni.

Aku pun menanam di dalam kepala otak, orang Cina memang bijak belajar.

Bila aku dah besar sedikit, aku dah ada basikal. Dah pandai jalan jauh-jauh sedikit. Kadang-kadang aku selalu bermain di taman-taman perumahan yang agak jauh dari rumah aku. Dan aku selalu ternampak kedai-kedai runcit yang dijaga oleh orang-orang Cina. Hanya satu kedai saja kedai yang dijaga oleh orang Melayu. Aku pun terfikir, mesti orang Cina ni bijak berniaga. Sebab tu boleh ada kedai sendiri.

Aku pun menanam di dalam kepala otak, orang Cina memang bijak berniaga.

Orang di sekeliling aku pun menambah lagi keyakinan dan pandangan aku terhadap orang Cina, yang mereka memang 'otak cair' dan berbakat dalam berniaga. Benda tu aku pegang sehingga aku masuk ke universiti.

Bila masuk ke universiti, aku bergaul dengan ramai orang, dari pelbagai pelusuk negeri. Ada yang dari Kelantan, dari Perak, dari Kedah, Perlis, Penang. Semua ada. Sabah dan Sarawak tidak terkecuali. Pergaulan sebegini menjadikan aku pandai sedikit sebanyak berbahasa loghat negeri lain, dan faham budaya mereka, makanan mereka. Pembelajaran formal di universiti adalah suatu hal, tetapi pada aku pembelajaran tidak formal aku tentang masyarakat dan budaya adalah satu hal yang tak patut aku lepas dan abaikan. Ini adalah pembelajaran tentang kehidupan aku di masa akan datang. Kami ada juga membincangkan tentang orang Cina di tempat masing-masing.

Pemikiran aku tentang orang Cina sedikit terpesong dari kiblat yang aku pasakkan selama ini.

Bila aku masuk bekerja pula, aku bergaul rapat dengan orang Cina. Dan aku dapati, bersepah-sepah Cina yang tak tahu membaca Melayu atau Inggeris, minit mesyuarat terpaksa diterjemah, tidak pandai mengira, tidak pandai dalam bidang pekerjaan dan banyak lagi. Yang mereka tahu hanya masuk kerja, main pakau, berterabur bila nampak bos, merayau-rayau dalam site, dan punch balik. Hujung bulan cucuk kad bank dekat dinding. Menipu pun mereka pandai. Bagi alasan memang nombor satu. Mulut memang manis. Tapi tak lah semuanya begitu. Orang Melayu pun begitu juga. India pun. (India sangat kurang di tempat aku).

Serta merta pandangan aku terhadap orang Cina berubah.

Aku rumuskan, sebenarnya, mereka bukan berbakat berniaga, 'otak cair' dan sebagainya. Mereka hanya ada sikap yang ada pada semua orang, semua kaum sebenarnya, cuma mereka fokus pada sikap tersebut dengan lebih lagi.

Ianya adalah 'bersifat tekun apabila melakukan sesuatu'.

Kalau mereka tekun belajar, memang sampai teballah spek mata mereka. 
Kalau mereka tekun bermain di arked, memang sampai tak balik rumahlah mereka.
Kalau mereka bertaruh, memang sampai bergadai rumahlah mereka.
Kalau mereka tekun nak menipu orang, memang sampai jadi kayalah mereka.
Kalau mereka tekun nak menjadi gangster, mak bapak mereka pun mereka terajang.
Kalau mereka tekun mencari duit dengan berniaga, memang sampai ke cucu cicitlah duit mereka.

Mereka hanya bersifat tekun. Itu sahaja.

Dan bangsa lain pun tak perlu bakat untuk jadi bijak, jadi kaya. Hanya tekun melakukan sesuatu.

Ok, sekarang pukul aku.

AKU DI BAWAH BAYU 3

KAHWIN BUDAYA

Kelmarin adik aku iaitu Sang Pengantin berkahwin dengan gadis dari Tawau, Sabah.

Tawau, sebuah bandar yang aku lebih prefer dari Kota Kinabalu. Bandar yang panas, tidak seperti Kundasang. Tetapi makanannya amat pelbagai, unik dan original. Memang menjadi kewajipan aku setiap kali travel, ingin merasai makanan lokal. Dan Tawau membuatkan aku ingin mengunjunginya lagi. Hanya kerana makanannya.

Mana mungkin aku lupakan ais teler,abc milo, bakso kampung Ice Box,,nasi bergebu, nasi kuning, nasi lalap, nasi bambong, sayap bakar, bontot bakar,dan mee tahu. Sungguh awesome.

Menyentuh soal perkahwinan di sabah, satu lagi perkara yang unik. Di sini kelihatan semuanya teratur. Sebaik sahaja selamat bernikah di sebelah pagi, pengantin terus solat sunat, bergambar dan terus bersanding.

Majlis bersanding di sini berlangsung dari pagi sampai malam. Cramp mulut pengantin nak senyum.

Walaupun majlis berlangsung di kampung, aku boleh katakan majlis tersebut 'sederhana tetapi sangat meriah'. Hampir semua pengunjung turut serta menjayakan majlis. Ada nyanyian, karaoke usik-mengusik, poco-poco. Penyanyi karaoke majlis memang power. Padanlah orang Sabah selalu masuk AF. 

Satu sikap tetamu di sini yang aku suka ialah, apabila mereka hendak pulang, mereka akan bersalam dengan pengantin dahulu. Di sini tiada salam keruk, tetapi sumbangan dimasukkan kedalam sebuah pasu di pelamin.

Menarik juga untuk dicontohi kan?

AKU DI BAWAH BAYU 2

FAKTA SABAH SAYA

Melalui pengamatan aku setakat ni:

1. Orang Sabah friendly. Baik punya.

2. Bahasa orang Sabah tak sukar nak faham.

3. Orang semenanjung sebut 'telur', orang sabah sebut 'telurrr', orang sulu sebut 'telul'. Nampak?

4. 'The power of hand' memang berkesan di Sabah. Tengah laju macamana pun, bila angkat tangan nak masuk simpang, terus berhenti.

5. Orang Sabah mengaku makanan semenanjung lagi sedap dari makanan Sabah. Orang semenanjung setuju makanan sabah tak sedap.

6. Avanza model baru memang power. Dan jimat.

7. Aku tak jumpa lagi orang India setakat ni di Sabah.

8. Soto mee di Asia City memang sedap.

9. Pasar Pinoy memang memeningkan.

10. Jambatan Tamparuli, kalau waktu hujan memang boleh tenggelam. Kereta terpaksa tunggu hingga air surut, baru boleh melintas semula.

AKU DI BAWAH BAYU 1

TAWAU REVIEW

Menelusuri jalan-jalan kampung, dibawa oleh sang pengantin membuatkan aku ingin mendekati Tawau dengan lebih dekat, yang pada aku jauh bezanya dengan KK. Satu urban, satu lagi kampung ceruk.

Aku dibawa ke Kampung Ice Box, ya itulah namanya. Sebuah kampung kecil yang majoritinya terdiri dari orang Jawa. Kampung yang terkenal dengan kes pergaduhan maut dan senjata 'pitik' dan 'torpedo'nya. Di sini aku singgah di sebuah kedai, entahlah, kalau di semenanjung tak layak sungguh dipanggil kedai. Buruk ya amat. Tapi di sini memang begini. Banyak pula tu. Sempit,kotor macam setinggan.

Aku mencuba bakso, makanan indonesia yang bersepah dijual di Nilai dan Seremban. Tapi memang ada bezanya dengan bakso dari kedai ini. Sedap nak mampus. Plus kicap ABC, puri tomato, limau kasturi dan meatball original yang power. Sumpah!

Tikus berlari di bawah meja, kerusi yang hanya muat separuh bontot, berlokasi di tepi longkang, anjing berjalan di depan kedai. Kalau kamu seorang yang mementingkan kebersihan, ini bukan kedainya. Tapi untuk seorang yang adventurous, inilah permulaan syurga makanan kamu di Tawau.

Sang pengantin bertemu pula dengan kawan lama yang duduk di sekitar kampung Ice Box. Cepat sungguh mesranya walaupun baru pertama kali aku berjumpa. Sekali lagi aku tegaskan, orang Sabah memang friendly, tapi bila bab bergaduh memang gila. Rumah pun tiada, ada pun bapa punya.

Kemudian kami dibawa pula ke bandar Tawau untuk tapau makanan. Memang kelakar bila skrin besar menayangkan siaran dari saluran Pelangi, bukan Astro Ria (di sini memang ramai pendatang tanpa izin, tetapi mereka bebas mencari makan) Memang pelik-pelik la makanan yang aku jumpa. Nasi Lalap, Nasi Bergebu, Ais Teler. Semua aku tapau nak orang semenanjung rasa. Di sini plastik bungkus dipanggil 'compact'. Plastic bungkus pulak warna hitam. Satu Sabah macam tu.

Sampai di hotel, semua dah tidur. Tersadailah apa yang aku tapau tadi.

Hampeh.

Kalau aku rajin, aku buatlah review lagi. Kalaulah.