setegram

Instagram
Memaparkan catatan dengan label uitm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uitm. Papar semua catatan

20.9.13

CERITA UiTM 2

Selain dari main kad, kerja kami hampir setiap malam adalah pergi melepak di Taman Maju. Itu sajalah kemodenan yang dapat kami rasa bila duduk di Seri Iskandar sekitar 2001-2004. Masa tu Petronas, KFC belum ada. CD cetak rompak pun belum ada. Tapi kaset cetak rompak ada. Lombong pun masih banyak, pembangunan baru sahaja bermula. Selain berperang Counter Strike dengan budak UTP di siber cafe Invictus, kami selalu pergi makan malam di Rimba Permai. Dekat situ ada makwe cun ala Jepun yang boleh jadi pembangkit selera makan malam. Tomoko pernah ajak makwe tu berdating dulu. Dekat situ juga ada seorang waiter yang rupa dia sebijik macam Ronaldinho. Selalu juga kami mengusiknya.

Tapi itu kalau waktu duit berkepuk la. Kalau poket nipis, kami pergi makan di Layar Rasa. Makan dekat situ, sedap dia ada kurang sikit. Tapi dia punya kuantiti, gua rasa lebih berat ke kerja amal berbanding nak buat untung. Kalau order nasi goreng tu, dia punya banyak tu sampai kami boleh pecahkan ke 2 pinggan setengah. Harga memang tip top. Murah. 

Bila dah kenyang, hati pun senang. Kami pun memandu pulang ke hostel. Waktu tu, kenderaan rasmi kami adalah Kancil bikin L5 850cc kepunyaan Poker Face. Orang-orang elit je boleh naik kereta ni. Kaset rasmi pulak adalah kompilasi lagu-lagu alternatif 2000, yang ada lagu 'I'm Afraid of Britney Spears'. Kaset itu saja lah yang asyik diulang-ulang sampai naik haus tali tape dia. Bunyi dah sengau semacam.

Acara wajib kami pula ialah memandu masuk ke asrama puteri. Tujuan kami tak lain, nak 'tengok astro'.

Tengok Astro itu bukan bermaksud menonton siaran satelit berbayar, tetapi melayan nafsu melihat bra bergantungan di koridor dan ampaian.

Oh pervert sungguh waktu tu.

19.9.13

CERITA UiTM 1

Masa di Uitm Seri Iskandar, gua ada la seorang kawan ni, kira kawan kamcing jugak la. Apa saja projek yang gua buat, mesti dia terlibat sama. Ok, kita panggil dia Sarop. Kawan gua ni baik orangnya, bersopan santun, kadangkala kelakar dan mempunyai tabiat membeli belah seperti orang gila. Tapi bila masuk bab kebersihan, Ya Rabbi punyalah teruk. Dia punya pengurusan bilik, memang patut gua bagi gred F. F tu Fakof. Seluar atas lantai, baju sidai atas kerusi, sapu tangan dalam akuarium. Itu belum kira bawah katil ada kotak rokok, kuih kek batik mak bagi dari kampung berbulan tak dimakan.

Kalau kami tumpang hisap rokok dalam bilik dia, kadang-kadang kami tanya "mana ashtray?"
Selamba dia jawab "kita duduk dalam ashtray la ni, petik je ikut suka kau."

Selekeh tahap jeneral.

Satu hari tu gua main lari-lari dari satu bilik ke satu bilik. Entah apa benda yang gua buat pun dah lupa. Bila masuk bilik Sarop tu, gua dengan yakinnya terus melompat atas katil dia yang dipenuhi dengan baju baru lepas hantar dobi. Lompatan gua agak cemerlang juga masa tu. Laju dan tinggi.

Bila badan mencecah je ke atas tilam, tiba-tiba 'prakk!' ada bunyi benda patah. Badan gua sakit betul masa tu, rasa macam landing atas batu.

Dalam kesakitan macam askar tercedera tu, gua gagahkan diri untuk menyelak longgokan baju, mencari misteri yang tersembunyi di sebaliknya. Ada seketul printer A4 tersedia duduk di atas katil tu. Cilaka apa letak printer atas katil ni?

***

Sambil duduk-duduk di dalam bilik, gua menggosok-gosok belakang badan dengan minyak angin. Sumpahan printer tu masih tidak hilang lagi. Sakitnya masih ada, walau semingu berlalu. Sumpah gua akan berhati-hati bila masuk bilik Sarop lain kali.

7.6.13

KAKI BULAT



Kisah ni masa aku semester satu diploma dulu. Masa di Seri Iskandar dulu, zaman tu masih tak ada masjid. Jadi kami sembahyang di sebuah dewan. 

Sempit. Bersila pun kena rapat-rapat.

Aku ni jenis kaki mudah kena semut-semut kalau bersila lama sangat. Bila dah ramai sangat dalam dewan tu, aku pun susahlah nak adjust kaki nak tukar posisi ke, apa ke. Jadi aku bertawakal sahaja. 

Kaki masa tu dia punya kebas, rasa macam dah tak ada kaki. Tapak kaki putih tak ada darah. Kalau toreh pun tak keluar darah rasanya.

Untuk tidak melayan perasaan, aku pun tidur. Tidur punya tidur, sampai masanya untuk bangun solat. Aku yang terperanjat ni pun terus la bangun. 

Bila berdiri je, aku rasa tapak kaki macam bulat je. Dengan selamba aku melanding ke saf belakang. Berebut jugak la 4-5 orang budak saf belakang nak sambut aku taknak bagi terlentang.

Malu sial! Semenjak itu aku sembahyang tepi-tepi je. Kalau gagah aku sembahyang dekat UTP Bota, menyamar jadi budak UTP.

10.1.13

KELAS BAHASA THAILAND


Masa di UiTM dulu, gua pernah ambil kelas Bahasa Thailand. Benda ni sebenarnya berlaku di luar kerelaan gua. Asalnya gua nak ambil kelas Bahasa Mandarin atau Jepun. Tapi biasala kelas tu kelas hot, kalau lambat penuh la.

Jadi gua dan rakan pun pasrah la memilih kelas Bahasa Thailand sebahagai bahasa ketiga, memandangkan kelas tu memang tak ada orang nak join. Gua pun rasa macam tak ada kepentingan je ambik bahasa thailand ni.

Guru kelas tu seorang perempuan muda. Nama dia Miss Supida Visetrod. Cun macam pelakon Nattasha dalam cerita thailand Suckseed.


Cikgu atau Aajan dalam bahasa thailandnya yang itu macam punya cun membuatkan gua tak sabar nak pergi kelas bahasa, walaupun selalu jugak gua ponteng kelas ni. Orangnya lembut, muka ada senyum saja. Tak pernah marah-marah.

Belajar bahasa Thailand ni, mula-mula kau kena jadi budak tadika balik. Main sambungkan dot dot jadi huruf thailand. Kemudia belajar kenal huruf Thailand. Tak susah. Macam ABC. Kemudia belajar buat ayat. Bahasa Thailand tak macam bahasa ingeris. Taka da past tense. Perkataan dia adalah sebijik-sebiji. Kalau nak translate atau bina ayat pun senang.

Tapi, benda yang paling menakutkan adalah oral test. Kau kena berdialog dengan partner, mengikut situasi yang diberikan di hadapan Aajan Supida. Katar llutut jugak nak speaking Thailand. Perkataan Thailand bergantung pada nada bunyi. kalau lembut maksud lain. Kalau keras maksud lain, walaupun perkataan sama. Tapi fun.

Bila masuk exam bab karangan macam biasalah, memang gua dah hafal dari rumah. Bukak je jertas soalan, gua terus tulis dalam kertas jawapan. Lepas tu gua salin la sikit-sikit soalan dalam kertas tu. Bagi nampak penuh sikit.

Tapi nasib baik la gua lulus dengan gred yang ok. Kalau fail naya jugak kena repeat member dah takde.

Peristiwa gua masuk kelas bahasa Thailand sebenarnya dh buka mata gua tentang Thailand. Orang yang cantik, movie yang best, lagu yang sedap-sedap, pulau yang indah.

Dan yes, Thailand adalah antara destinasi yang gua idamkan.

Betul la orang kata, kalau cikgu berlembut dan sabar, budak yang setan mana pun boleh jadi pandai dan akan ingat sampai mati.

Honest teaching boleh membawa student tu pergi lebih jauh dari apa yang dijangka.




*nasib baik gua tak masuk kelas German. Orang kata susah nak mampos. Bercakap kena ada emosi.







8.11.12

CERITA DARI PADANG JAWA


"Kepada Kelas Rep yang gua jaki, tolong sms apa apa hal pun, berkaitan kelas"

Hantar!
Tomok senyum.

__________________________________________________________


Gua bangun pagi tu macam terlewat sikit. Dalam mamai tu gua tengok jam, pukul 7.50am. Peh! Terus segar bijik mata. Kelas hari tu bermula pukul 8am. Kalau tak pergi ni memang bala, kedatangan dah la tak cukup. Tomok pun baru bangun jugak. Dah nak kena berebut bilik air satu hal lagi. 

Derum!
Derum!
Derum!

Siap mandi.

Gua capai je baju mana yang sempat. Tapi kena ambil hati-hati. Kalau tak nanti almari baju gua tumbang. Kang kalau dah tumbang, takde masa gua nak melayan angkat almari tu. Petang nantiii la baru gua angkat.

Pakai baju. Pakai boxer. Pakai seluar. Colet sikit bodyshop. Sikat rambut. Ok rambut tak sikat sebenarnya. Guna jari saja. Lepas tu pakai kasut. Dengan lekas gua keluar dari rumah. Pintu pun main hempas je. Nak turun tingkat 4 pun satu hal jugak tu. Tapi sebab dah hari-hari memang lambat, macam dah ada satu skill turun yang paling laju pernah dibuat. Memang cepat gila.

Sampai dekat bawah, Tomok dah tunggu gua dengan muka berangin.

"Lembab!"

Gua sengih je. dah jadi tabiat gua tak suka ada sebarang argument pagi-pagi. Nanti spoil satu hari.

Tomok merempit sementara gua membonceng di belakang.Kalau nak ke FSPU dari Padang Jawa, lu kena menempuh 3 trafik light dengan jalan yang sesak gila babeng dekat Puspakom tu. Tapi we managed it. Cilok sana cilok sini, tendang pak guard, sampai dekat parking Fakulti pukul 8.10am.

Berlari pulak naik tangga 4 tingkat. Kelas gua di atas sekali. Gua memang marathon betul pagi ni. Naik tangga pun terus langkah 3 step anak tangga terus. Kakaka.

Dengan muka berpeluh-peluh, boxer sedikit berlecak, gua sampai la jugak di pintu kelas. Tapi gua tengok semua dok relak je. Kelas rep senyum-senyum dekat gua.

"Kelas kensel la hari ni"

RAAAAAAGGGGGGGEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tak lama lepas kejadian tu, gua dengar Subjek tu dimansuhkan dan Lecturer tu kena transfer pergi Uganda.
Kelas Rep pulak digantung pengajiannya sehingga diberitahu.

30.10.12

BERMAIN GAME

Gua ni jenis kalau main game sorang-sorang, memang tak jalan punya. Boring. Kalu main game ada partner memang semangat menaik punya. Masa belajar dulu, gua ada regu main game dekat PS2. Kalau ada Bond dengan Toyol dah cukup dah. Semua hantu game tu. Winning Eleven ni gua tak berapa gemar sangat. Itu b3rRy punya game. Game yag gua main adalah game perang-perang macam Call of Duty, Sniper, Metal Gear Solid. Kalau tak pun gua main game hantu Macam Ku-On, Clock Tower, Butterfly Effect.

Tapi dalam banyak-banyak game hantu, game Ku-On ni memang paling setan punya seram. Memang terperanjat gila-gila punya. Gua kalau tengah main game tu suka tutup lampu, lepas tu pasang tv brightness paling terang punya. Lepas tu mesti nak ada teman. Kalau takde teman, mampus la gua nak main. Kalau watak tengah 'berjalan' tu, gua bernafas pun slow je. Memang takut la.

Ada sekali tu, quest dalam game tu, dia suruh cari jarum dekat dalam bilik gelap. Memang ketor lutut cari dalam tempat gelap tu. Tak jumpa-jumpa. Ni kejap lagi kena sergah la ni dengan hantu. Tiba-tiba Bond pergi lari naik atas tinggalkan gua, memang cilake. Gua tinggal je tv tu terbukak.


+++++++++++++++++++

Ah takde mood sial nak bercerita. Ada baiknya gua berhenti sebelum cerita menjadi gampang.

9.10.12

BERJUMPA DOKTOR



"Tok, Tok, Tok"
"Masuk."

Gua masuk ke dalam bilik tu. Sejuk bilik doktor ni. Tapi kuat dengan bau ubat. Doktor muda tu tersenyum sambil menjemput dan menunggu gua duduk. Dia berpakaian simple saja hari tu. Pakai kemeja dan seluar jeans. Petang-petang begini orang kurang ke klinik. Hanya gua sorang je customer dia masa tu. Pembantunya pula seorang makwe berbaju kurung.

Gua bukan sakit apa-apa pun jumpa doktor pada petang tu. Tapi cuma nak menyetelkan medical check up untuk masuk ke universiti. Sebelum ni gua pernah juga beberapa kali melalui benda alah ni. Masa nak masuk asrama dulu. Jadi prosedur ni takde mende pada gua. Prosedur biasa-biasa.

Cuma medical check up kali ni agak kompleks sikit. Lebih banyak benda yang nak disiasat. Antaranya pasal mata. Gua kalau pasal mata ni ada risau sikit. Nombor satu, sebab gua ada sedikit rabun. Nombor dua, gua syak diri gua rabun warna. Masalah tu, masalah.

Setelah berborak lebih kurang dengan doktor tu, gua kemudiannya diarah berdiri pada satu jarak tertentu  daripada dinding. Dekat dinding tu ada satu kadbod yang bertulis huruf-huruf dari yang besar sampai la yang paling halus. Gua pun sebut la satu satu huruf tu dengan mata ditutup sebelah. Huruf yang halus-halus tu gua memang tak dapat la. Tapi doktor tu kata tak apa, rabun gua tak berapa teruk pun.

Kemudian gua diarah duduk kembali di kerusi. Doktor tu mengambil sesuatu dari dalam laci mejanya. Nah, gua diajukan dengan satu buku. Gua kenal sangat buku ni. Buku neraka ni. Buku yang penuh dengan lukisan bulat-bulat macam bubble. Berwarna-warni. Orang kata dalam bulatan tu ada nombor. Nombor yang gua tak pernah jumpa seumur hidup gua.


Dia buka mukasurat pertama.

"Cuba awak beritahu nombor apa ni"

Gua cuba fokus pada gambar tu. Tapi yang gua nampak hanyalah bulat,bulat,bulat. Ada bulat kecik. Ada bulat besar.

"Saya tak nampak pun ada nombor, doktor"
"Eh, kan ada tu. Dari sini saya dah nampak"

Gua kerutkan dahi lagi. Sumpah memang gua tak nampak apa. Yang gua nampak bulat-bulat tu macam bergaris, tapi tak bersambung melengkap jadi nombor.

"Err, 67." Gua hembus je.
"Hehe. Betul 67?" Doktor tu gelakkan gua.
"Ye kot"

Gua perati doktor tu tahan gelak. Kemudia dia belek pula mukasurat kedua.

"Haha. Kita cuba yang ni pulak"

Gua fokus lagi. Bulat-bulat kaler purple dan oren tu betul-betul mengelirukan gua. Gua nampak macam huruf pulak, bukan nombor. Ah, susah betul. Gua wish doktor tu bagi soalam matematik pun tak apa. Tapi  jangan la bagi benda ni.

"Ha. Saya rasa dalam ni takde nombor." Gua jawab dengan yakin setelah menelaah betul-betul. Kali ni gua yakin.

"Tak ada nombor?? Hahaha!" berair mata doktor tu tahan gelak. Cilakeeee betul.

"Ain,Ain! Sini kejap." Doktor tu panggil pembantu dia.

"Awak nampak tak ada nombor dalam gambar ni?"
"Eh, ada la. Nombor 44" Jawab Ain dengan yakin.

Gua ambik balik buku tu. Gua tengok ada tak nombor 44. Yang gua nampak macam nombor lapan tapi sambung tak habis.

"Mana ada."
"HAHAHAHAHAHAHA!!" doktor tu gelak macam iblis.

4-5 mukasurat seterusnya gua gagal memberikan jawapan yang betul. Mereka  bergelak sakan pada petang tu. Riang ria betul. Nakharom betul.


*************************************************

Setelah habis 10 muka surat, setelah merah-merah muka dokor tu, dia tutup buku dan bertanya kepada gua yang hati panas tak dapat jawab satu soalan pun.

"Ok, awak ni sebenarnya rabun warna ke tak kenal nombor?"

Waaaaahh!! Kuangajo.!!

Zap!!
Gua tikam doktor tu dengan pemutar skru. Pembantunya pula gua pukul dengan objek tumpul. Petang tu  gua pulang ke rumah dengan kepala serabut campur marah.
.
.
.
.
.
*ok, yang last tu gua tipu. Akhirnya gua dapat lepas juga selepas doktor tu ihsan dekat gua. Terima kasih la doktor.


8.10.12

KENA HEMPAP

'Jangan tidur selari dengan beam,alang rumah. Nanti kena hempap'


Ada siapa pernah kena hempap? Hempap dekat sini bukanlah kena hempap dengan laki atau bini kau. Itu hempap lain. Hempap yang gua nak cerita ni yang kena masa tidur tu, yang tak boleh bergerak. Cramp semacam. Orang kata kena hempap dengan jin. Entahlah. Gua tak pernah kena.

Gua ada sorang kawan. Nama dia Tomok. Ya, Tomok sang nelayan tu. Dia ni sejak la gua kenal dari diploma membawakla ke degree, asyik la kena problem hempap ni. Kalau malam-malam dia kena hempap, esok pagi mesti dia cerita dekat gua. Yang gua ni tak pernah la pulak terdengar dia minta tolong ke, melawan ke, meracau ke. Rupanya dia kata kalau kena kes hempap ni, suara pun tak boleh keluar. Badan pun tak boleh bergerak. Tapi kalau dapat gerakkan siiikit je jari, nescaya hilanglah problem hempap tu. Gua mengiyakan saja. Dia kata jugak, antara pantang-larang nak elak kena hempap ialah jangan tidur selari dengan beam. Sebab jin bertenggek dekat situ. Tapi gua tengok dia ni tidur bersopan macam mana pun, memang kena la. 

Semasa gua ambik degree, kami semua menyewa di Padang Jawa. Jawa tak ramai dekat situ. Yang ramai gua tengok Acheh dengan Kelantan je. Dari menyewa di rumah teres 2 tingkat, gua menyewa pula di sebuah  apartment tingkat 3. Pindah-pindah ni sebab nak selesa. Dulu masa duduk rumah teres, satu rumah sampai 13 orang. Gila, hari-hari gua rasa macam Bursa Saham. Berjalan pun bergesel bahu. Bila pindah apartment ni, Penghuni berkirang menjadi 6 orang je. Selesa sikit. Oh ya, gua berjiran dengan Kamaruddin Mape, pembaca Buletin Utama. Power tak?

Jadi bila masuk rumah baru, gua beli la sikit-sikit perabot baru. Antaranya, almari canvas, tilam angin, karpet. Tv 29 inci, astro dan ps2 dibawak dari rumah lama. Rak tv pula terbina dari beberapa pallet yang disusun dan di spray warna oren. Pallet tu kami curi dekan Plaza Masalam. Nak beli rak tv tak mampu. Dalam rumah tu, gua duduk satu bilik dengan Tomok. Bilik gua di penjuru rumah. Kalau bukak tingkap, peh..angin kuat gila.


Pada satu malam tu, gua dan Tomok tengah bersepai buat project assignment, Kepala otak pun rasa dah tepu. Jadi kami ambik keputusan nak masuk tidur dulu. Esok-esok boleh sambung buat assignment. Nak pulak malam tu angin kuat semacam. Best betul. Gua bukak tingkap sikit bagi angin masuk. Gua setting position bantal paling sedap, lepas tu gua landing atas tilam angin Coleman tu.Peh, dia punya suasana memang sedap-sedap buah. Sekejap je gua dah terlena...


Kroh...!

Malam tu gua alami mimpi. Tapi mimpi yang tak best. Gua mimpi dikejar hantu. Hantu tu berada di blok sebelah, sedang mengilai menghadap gua yang berada di blok sebelah sini. Dalam mimpi tu, gua punya takut sampaikan gua azan. Lunak betul bila gua azan dalam mimpi. Mungkin hantu tu panas kot, dia meracau-racau dan kelihatan marah. Kemudian hantu tu terbang menuju ke arah gua. Gua yang panik ni pun berlari menuruni tangga. Memang tak cukup tangga la gua rasa masa tu. Tapi hantu tu dapat akal. Dia ambik kerusi batu dan mencampakkan ke arah gua yang sedang berlari turun tangga. Bedebuk! Sakit betul gua rasa bila ditimpa kerusi batu.

Tapi gua rasa sakit dia ni lain macam sikit. Dia punya sakit kena hempap tu sampai membawa gua tersedar dari mimpi. Dalam gelap tu gua dah rasa kena hempap. Hah.! Jangan-jangan inilah yang Tomok kata kena hempap kot. Masa tu gua rasa memang ada satu benda berat sedang hempap gua. Tapi gua takde la tak boleh bercakap atau bergerak. Gua berusaha untuk mengalih 'benda' yang hempap gua tu. Memang susah untuk orang yang tengah mamai.

Dan dalam samar-samar cahaya bulan dan cahaya lampu jalan tu, gua nampak kelibat yang menghempap gua :

Almari baju gua sendiri.

Cilake betul! Akibat angin kuat sangat malam tadi buatkan almari tu jatuh hempap gua. Gila betul. Patut la gua macam rasa-rasa kayu, kain je. Takkan la jin nak hempap gua ni pakai baju bawak kayu pulak. Memang malang betul. Almari sudah makan tuan. 

Dalam kepayahan tu gua mengesot keluar dari bawah almari. Dan gua menuju ke satu sudut bilik, dan sambung tidur. Tidur diutamakan. Almari jatuh belakang kira.


************************************

Selain gua dan Tomok yang pernah kena kes hempap almari ni, ada sorang lagi kawan gua nama Kuchai pun pernah kena jugak. Tapi dia lagi ekstrem. Rilek je tidur tak bangun-bangun. Siap buat almari tu macam selimut lagi.



4.10.12

MENJADI NELAYAN 2

Brrrr....plup!!

Gua campak mata kail ke dalam air. Tengok macam banyak ikan je dekat area sini. Sebab tadi gua nampak banyak buih2 dekat permukaan air. Hapis Zola kata kalau ada buih tu, ada la ikan. Ikan bernafas katanya.

Memang real. Tak sampai 30 saat, ikan dah makan umpan. Gua dah menggelabah tak tahu nak buat macam mana. Menggagau-gagau.  Tapi nasib baik boleh handle la. Gua bab pancing je la. Bab cabut ikan dari mata kail, Hapis Zola buat.kakaka..

Petang tu memang gila punya pancing. Gua yang tak minat pancing pun boleh jadi khayal. Memang betul la, pancing ni memang melekakan. Bahaya betul  permainan dia ni. Ikan kecik, ikan besar semua gua sapu tanpa peri kemanusiaan. Memancing tak ingat maghrib.

Bila dah lewat petang, kitorang pun called it a day. Cewah..Kebetulan tadi ada bawak plastik nak bungkus ikan. Hasilnya, 2 bungkus plastik sederhana dan 1 bungkus plastik besar gila. Ini dah serupa nelayan dah ni. Real punya. Badan dah bau  ikan dah. Kalau ada satu sifat je lagi, cukup la jadi nelayan sempurna:

Enjin bot.

Keluar dari lombong tu, gua and co  tuju la balik ke hostel. Hapis Zola bonceng Idnef, berada di depan gua. Kami bawak sederhana laju je. Lebih muatan ni. Dekat bakul depan, Letak dekat peha lagi. Dalam hati gua dah niat, sampai dekat pak guard nanti, nak hulur sikit. Untung-untung dia tak membebel bila gua balik lewat lain hari.Kekeke.

Bila sampai satu selekoh dekat bangunan Rtm, dengan tiba-tiba, kami, ahli persatuan nelayan Bota,  dipersembahkan dengan satu acara roadblock dekat situ. Tak pernah umur polis buat roadblock dekat situ, tiba-tiba hari gua nak  pergi pancing ada pulak. Dan-dannn je. Idnef yang memang berazam tak nak ambik lesen sampai tua, tiba-tiba pulak membuat u-turn yang power. Sebenarnya, u-turn yang paling cilake pernah gua tengok dalam hidup gua. Takde nak ambik side ke apa, terus pusing je. Tomok yang menggelabah tak sempat nak brek terlanggar tayar belakang motor Idnef.

Adui.
Malang memang berbau. Bau ikan.

Akibat itu, gua dan Tomok terjatuh. Idnef dan pecut motor patah balik ke Taman berdekatan (Taman Maju). Cilake betul, tinggal je gua dengan Tomok tepi jalan. Dengan ikan dah terabur, plastik koyak. Kaki gua dah kena hempap motor lagi. Baju  Tomok koyak lagi. Kakaka. Aduh malang betul. Ok, untuk gambaran lebih jelas, roadblock tu hanya berjarak tak sampai 50 meter dari gua. Dan gua nampak Polis tu gelakkan kami yang tengah jatuh ni. Kuajaq!

Bila dah dirikan motor tu, ada dilema lain pulak dalam kepala. Nak blah dulu ke, nak kutip ikan. Nak blah ke nak kutip ikan. Nak buang ikan memang sayang gila la. Time tu, baru rasa semangat nelayan tu rupanya ada dalam diri. Last-last, Tomok ambil keputusan pergi lepak mana-mana dulu sementara tunggu roadblock habis. Takkan nak redah. Kau baru je jatuh depan dia, lagi mau hadap roadblock tu ke. Kasi jatuh air muka saja.

Bungkusan plastik ikan tu kami tinggalkan dulu dekat tepi jalan. Kami pergi cool down dekat Rimba Permai. Pekena neslo ais power. Dekat situ ada pekerja muka dia macam Ronaldinho. 30 minit dekat situ, gua rasa roadblock pun dah takde. Kalau ada pun terpaksa la redah jugak. Tapi kali ni lebih steady la sikit. Dah tau nak jawap apa nanti.

Perlahan lahan Tomok bawak motor. Leher dipanjangkan untuk usha roadblock di depan. Clear! Cilakak, rupanya lepas gua blah tadi, roadblock tu close business. Kalau gua lalu masa tu, memang jadi pelanggan terakhir la.

Kami perlahankan motor menghampiri tempat kami letak ikan tadi. Dari jauh sayup-sayup tu, gua macam nampak kelibat dekat plastik ikan tu. Tapi tak berapa jelas sebab gelap. Bila dah dekat dalam 10 meter tu, baru la nampak. Anjing tengah makan ikan! Hoi!! dengan semangat nelayan Bota yang dah meresap ke dalam badan, dengan selamba gua halau anjing tu. Ni kalau hari biasa ni, mampus gua nak dekat anjing tu.

Bagai ternampak malaikat maut datang, berdesup anjing tu pecut balik rumah dia. Gua dengan Tomok sekarang ni dah dalam dilema, lagi sekali. Nak kutip ke tak. Nak kutip ke tak. Karang balik tak bawak hasil kang, hapacerita?

Ah, gua dengan Tomok nekad kutip ikan tu balik masuk dalam plastik. Pejam mata je la. Dalam hati gua dah nekad taknak makan ikan ni. Walau macammana sekali pun.  Tomok pun sama.

*********************************

"peh, sedap betul ikan lombong ni. Banyak pulak tu. Besar-besar lagi" Maidi memuji-muji. Sedap sangat la tu. Masak sendiri, lepas tu puji sendiri.

"makan la, makan. aku tak makan ikan la"

Gua pelawa Maidi sambil usha Tomok. Tomok usha gua balik. Tapi buat-buat pandang tempat lain bila gua tengok dia balik. Cilake betul.

Kalau la diorang tahu...

3.10.12

MENJADI NELAYAN 1



"peh, sedap betul ikan yang lu tangkap ni. Banyak pulak tu. Besar-besar lagi" Maidi memuji-muji. Sedap sangat ke apa.

"makan,makan.aku tak makan ikan la"

Gua pelawa Maidi sambil usha Tomok. Tomok usha gua. Tapi buat-buat pandang tempat lain bila gua tengok dia balik. Cilake betul.

Sedap betul diorang semua makan ikan yang kami tangkap petang tadi. Gua senyum tawar sambil angkat bahu.


****************************


4 JAM SEBELUM TU...


preng!! preng!!


Gua perah keringat Honda Wave tu naik bukit. Kawasan yang gua tengah kerjakan tu agak berpasir sikit. Kawasan lombong. Dulu, di Bota ni, kawasan ni adalah kawasan lombong. Jadi bila semua hasil dah diangkut bawak balik ke British, mereka tinggalkan la lompong-lompong besar yang dipanggil lombong tinggal dalam bahasa kita. Ada yang kecik, ada yang besar. Macam-macam saiz. Yang macam kolam saiz olimpik pun ada. Sekarang ni dah jadi Bandar Universiti dah. Jangan-jangan Kfc pun dah ada dekat situ.

Bila dengar-dengar budak Qs cakap, lombong dekat sini ada banyak ikan, kitorang pun macam nak try. Diorang dah pernah memancing dekat sini dulu. Lumayan katanya. Gua ni tak la minat memancing, ikan pun tak makan. Tapi lebih kepada nak cuba-cuba. Lagipun tempat ni macam best. Try explore apa salahnya. Jadi, suatu petang tu, gua, Tomok, Idnef dan Hapis Zola membawa batang pancing yang dipinjam dari budak Qs. Masing-masing kayu tak tahu pancing, kecuali Hapis Zola. Idnef pandai la sikit-sikit. Gua dengan Tomok buat-buat pandai. Kami pergi naik dua motor. Gua bonceng Tomok.

Oh lupa, sementara itu di hostel, budak2 ni pakat nak buat bbq. Makan makan sikit. Air disponsor oleh dewan makan. Budak Building, Qs, Town Planning, geng bola budak Akaun dan CS ada jugak rasanya. Budak Aki? Hmm, kirim salam.Nanti la gua hantar kad jemputan dekat Studio.

Bila sampai di lombong, kami sepakat pilih satu tempat yang paling besar. Tapi nak ke situ, kena la daki bukit pasir sikit. Itu yang gua memerah tu. Jahanam motor orang tua gua. Bila sampai sana, peh!! Kawasan dia memang la cantik. Patutnya cerita Puteri Gunung Ledang yang scene M.Nasir bertarung tu buat dekat sini je. Tak payah jauh-jauh. Cantik ye, jimat pun jimat. Air dia tenang, ada pokok yang redup-redup. Kalau masa tu scene budak kamera besar (dslr) dah ada, habis la tempat ni kena redah. Silap-silap gua memancing celah pengantin kot.

Gua ambil satu port, bagi setting paling sedap. Lepas tu gua keluarkan roti kepal. Hapis Zola kata dekat sini ikan semua kebulur. Hulur apa pun memang kena punya.


(bersambung)

2.10.12

PEMUDA POWER

Gua mempunyai satu kelemahan. Tak pandai berkawan ramai. Sebabnya gua tak pandai berkawan secara random, yang asal boleh kawan je. Sebab tu gua tak ramai kawan. Circle of friends gua kecik je. Kawan-kawan yang gua ada ni pun samada kawan dari kecil, kawan sekolah,atau kawan masa belajar. Jarang gua ada kawan masa kerja. Kenalan kerja ramai la.

Dan dalam ramai-ramai kawan gua yang tak random tu, ada la satu ni nama dia Sahir, Sahir Ropol. Ropol tu sebab rambut dia macam rambut palsu majistret. Tau tak rambut majistret yang kaler blonde tu? Yang berombak-ombak tu..Ha macam tu la. Sahir ni kacak orangnya. Muka sebijik macam pelakon Shajiry, versi pencen. Lu jangan bayang lebih-lebih pulak.

Budak Terengganu yang tak mengaku Terengganu ni gua kenal dia masa gua belajar di Perak masa 2001. Kira masuk tahun ni dekat 11 tahun rupanya berkawan dengan iblis ni. Dari satu tempat belajar, lepas tu satu tempat kerja pulak. Memang BFF betul. Selalu jugak la gua jumpa dia kalau balik kampung sebab sekarang dia dah pindah ke Melaka. Sahir ni orangnya selalu buat lawak, tapi tak lawak. Tapi gua bagi gelak jugak sebab muka dia jadi neves bila buat lawak tak jadi.

Sahir adalah seorang pemuda yang power dan random. Kegemaran dia mesti pelik pelik yang orang kebanyakkan tengok mesti membazir. Contohnya, masa Part 1 Diploma, dia beli handphone Motorola yang hanya boleh berfungsi pakai handsfree je. Itu belum kira dia beli handphone yang kalau nak caj je kena letak dekat dock. Kan menyusahkan tu.

Beli handphone Alcatel pun ada jugak, yang riwayat Alcatel tu tamat kat dinding, kena hempas dengan tuannya. Tapi Alcatel tu memang bengap la. Asyik hang memanjang. Dekat skrin dia nanti keluar grafik kira masa 1 hingga 5 pakai jari. Berulang-ulang. Kalau gua pun boleh naik darah tengok perangai handphone gitu.

Ada satu season tu pulak, Sahir Ropol habiskan duit Ptptn buat beli ikan kelisa. Mahal gila ikan tu. Entah semangat Kelisa pulak merasuk dia semester tu kot. Ikan tu dia letak dalam satu akuarium dalam bilik dia. Kemudian,dia beli pulak cengkerik buat makanan ikan. Cilake, bilik macam dalam hutan ada bunyi cengkerik. Gua memang geli gila dengan cengkerik. Jadi memang gua tak masuk la bilik tu. Bila hujung  semester je, ikan tu mati sebab tak cukup oksigen. Lebur lagi duit.

Walaupun begitu, Sahir adalah seorang yang mementingkan gaya. Dia paling suka  dengan benda bling-bling. Seluar jeans mau kilat punya, jam besi bagak punya, pakai Tancho segayung, rambut belah tengah, rapat dan bersikat rapi. Ada sekali tu, dia pergi kelas malam pakai jaket kulit yang macam cerita The Matrix tu. Power,power.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang dia beli, beli motor Honda Bulat adalah pembelian yang paling lejen sekali. Real deal. Masa tu semester 2 atau semester 3, gua tak ingat. Yang gua ingat,dia beli dari seorang budak pekerja di dewan makan. Dekat 700 hengget dia beli motor tu rasanya. Hangus duit Ptptn. Sahir memang sayang betul dengan motor dia tu. Siang malam pagi petang motor je. Sembang pun sembang motor je. Perihal rempit sekilo dua kilo, minyak hitam, helmet korek, cover rantai, autosol, korek blok dia mula ambil tahu. Pantang dengar motor lain laju sikit, dia dah tak senang duduk. Mudah panas hati sekarang.

Tetapi ego nya tercalar pada satu petang waktu kelas petang. Entah apa gelabah dia petang tu, sampai bawak motor laju dalam kampus. Pecut punya pecut, sampai satu selekoh, tiba-tiba;

skreeet!!

Bedebuk gemuk tu jatuh motor. Motor baik punya sliding masuk terus dalam satu longkang kecik. Bertambah best, kejadian tu berlaku betul-betul depan pejabat kampus.

Dengan terkial-kial Sahir keluar dari longkang tu, baju ada kesan darah sikit. Seluar pulak dah koyak. Tak cukup dengan tu, makcik-makcik pejabat keluar buat bingit.

"ha budak ni la selalu bawak laju dalam kampus. Geram betul aku"

"ha padan muka kau. Bawak laju lagi motor tu. Ambik kau bahagian"

Kalau gua yang jadi Sahir, mengamuk juga kot. Dah la sakit,kena bebel pulak. Tapi Sahir cool je, perlahan-lahan dia angkat motor tu keluar dari longkang.

Untuk lebih power lagi, Sahir tak tuang kelas. Selamba je dia pergi kelas dengan baju berdarah dan seluar koyak tu.

Sahir,Sahir. Ko memang power!

28.9.12

BUDAK AKI

Gua dulu memang ada jaki sikit dengan budak Aki (arkitek). Seketul dua je kawan gua dari budak Aki. Bukannya apa, budak aki ni tak pernah nak campur orang. Dia dengan budak2 dia je. Dah tu kelas diorang dalam studio. Makan minum tidur pun dalam studio. Tak pecah ke kepala asyik memerap dalam studio je. Dekat hostel memang tak nampak la muka. Misteri betul. Gua rasa la, budak aki la paling berpotensi nak kena sakit jantung masa muda. Hidup memang penuh dengan deadline je.

Budak building ni pulak life deme riang ria je. Tapi ada time tu serius jugak kadang-kadang. Seminggu sekali je kitorang nampak stress. Masa viva. Haha. Waktu viva adalah waktu paling stress, bukan untuk budak building je, malah untuk semua budak fakulti FSPU. Siap-siap la tadah tekanan dari segi mental bila drawing korang kena koyak, kena rejek, model dapat markah rendah, group kena maki. Memang stress betul. Tapi lepas viva, rilek balik makan cendol di Bota. Keh keh.

Pada satu penghujung semester, nak dekat-dekat exam, assignment mesti berlambak lambak. Dengan nak isi tender,buat drawing, print CPM, main red alert dan banyak lagi la. Jadi untuk menghilangkan tensen, kami pergi main bola. Kami main bola di tengah-tengah blok hostel je . Dia macam ada kawasan lapang, macam court. Selalu yang join kitorang adalah budak Sains komputer dengan akaun yang memang terkenal dengan diorang punya rilek memang tahap dewa.

Selalu kepala yang incas game petang-petang ni B3rRy. B3rRy ni kalau bab main memang laju. Cuba suruh buat drawing, makan tahun nak siap. Jadi pada satu petang ni, kami main la bola macam selalu-selalu. Memang syok betul main petang tu.

Dia punya syok tu sampai membawak sampai ke malam. Malam tu, B3rRy ajak main bola lagi. Dia kata nak repeat dengan budak akaun. Apa jadah nak main bola pukul 11 ni. Tapi dengan hasutan iblis yang kuat dari B3rRy ,kami main juga bola malam tu. Jahanam.

Bila dah main dekat tengah-tengah blok tu,malam pulak,memang riuh sikit la. Dengan penonton lagi. Dengan gua nak sorak bila score lagi, kekeke. Tengah syok-syok main tu tiba-tiba Dumm!!! Draaa!!

Sebijik tong sampah kosong jatuh dari tingkat 4. Memang terperanjat gila la. Kepala bana la siapa yang baling tong sampah ni. Gila ke. Nasib baik tak kena kepala orang. Serentak dengan tu gua dengar orang menjerit dari atas;

"diam la!!! Esok aku ada viva ni. memekak je!!"

Kami tahu siapa yang baling tu. Ada sorang budak aki yang tak berapa campur budak sangat. Semua terdiam kejap. Kejap je la, dua minit je. Sebelum main balik, B3rRy sempat pulak cakap;

"mampus la wei"

Kekeke.

Tapi sebab tak sedap hati, kami stop jugak la game malam tu.

************************

Beberapa hari kemudian, gua dengar ada kecoh-kecoh dekat hostel. Kata ada budak kena sawan dekat tepi jalan masa balik dari makan dekat cafe. Berbuih-buih mulut katanya.

The best part is, budak yang kena sawan tu adalah budak aki yang campak tong sampah tempoh hari.



Gua syak B3rRy ada baca-baca ni. Budak Perlis ni bukan boleh percaya sangat.

27.9.12

MEK


Masa gua semester 4 di Bota dulu, kami tinggal di blok baru. Blok tu turut dihuni oleh budak course Arkitek, QS, Akaun. Budak komputer masuk lambat sikit sebab diorang dari kampus Manjung. Oh ya, budak course Office Management pun ada. Blok yang kami duduk ni berdekatan dengan dewan makan.

Bilik yang gua duduk letaknya di sebelah toilet. Dekat tengah tengah blok. Di hujung blok tu pulak, ada satu bilik yang dihuni oleh seorang student OM dan rakannya. Kami panggil dia Mek, sebab dia orang Kelantan. Haha ok, sebenarnya sebab dia berwatak lembut.

Mek ni baik orangnya. Dengan semua orang dia berkawan. Paling baik berkawan dengan budak dewan makan la. Kira dia ni dengan semua orang  boleh masuk, kecuali ajak main bola. Memang tak dapat la. Dia ni  berkulit putih orangnya, gebu, rambut blonde blonde sikit. Ini semua hasil makan pil hormon. Ni bukan gua cakap,tapi Mek yang cerita sendiri. Suara dia pun lain. Gua cuba-cuba juga nak bayang kalaulah Watson Nyambek makan pil hormon tu.

Kalau malam malam kan Mek suka pakai kain batik lepas. Memang lain macam. Kalau lalu depan bilik gua, memang kena suit. Tersenyum simpul bila kena suit. Lepas tu lalu banyak kali. Nak suruh orang suit banyak kali la tu. Ada juga gua terperasan 2-3 orang budak course lain pandang geram je dekat Mek. kakaka.

Dalam diam, Mek ni ada menanam minat dekat satu member gua ni, Poker Face. Minat macam mana tu gua pun tak tahu la. Tapi minatnya tu bertepuk sebelah tangan. Poker Face lebih minat kancil Mira L5 nya daripada apa apa sahaja dalam dunia ni. Kawan kawan pun tak tau nak komen apa tentang skandal mereka.

*****************

Tapi, demi kesejahteraan kawan-kawan, Poker Face selalu dihantar mewakili kami ke bilik Mek untuk pujuk Mek minta makanan dekat budak dewan makan. Demi kasihkan, kakaka! Demi kasihkan, Mek selalu juga bawa balik makanan lewat malam. Mintak aje dekat budak dewan makan. Kadang-kadang bawa balik tembikai, roti berbungkus bungkus, air oren, sardin dan berbagai jenis lauk pauk yang lu semua boleh fikirkan. Kalau takde,brader tukang masak tu pun boleh buatkan.

Time tu, semua kawan kawan mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan untuk semester tu dan semester-semester akan datang. Keh keh keh.

*Lu belum tengok kalau Mek nak pergi mandi. Berbakul-bakul alat solek dia. Mandi je nak dekat sejam.