setegram

Instagram

7.9.10

CERITA TRAVEL 3

Istana Iklan Adabi (kot?)

Pernah ke Negeri Sembilan?ala negeri masak lomak cili padi pedas tu.Pernah?Pernah pergi  Istana Seri Menanti?Tak pernah?Rugi woo..best gile (untuk orang yang tak pernah pergi la)

Jalan jalan buang duit kali ni jimat sikit. tak keluar duit sangat sebab cuma keluar duit minyak dan bagi makan jajan anakbiniadikberadik saja.Kalu ni aku nak cerita trip ke Istana Seri Menanti pula.

Istana Seri Menanti ini dulu adalah istana real.Real bermaksud di sini ialah ia bukan dibangunkan untuk dijadikan muzium tetapi ia sebenar benar istana yang digunakan pada 1900an. Sekolah agama pun dia pernah jadi tau. Lepas jadi sekolah agama,istana ini ditinggalkan agak lama juga sebelum dijadikan muzium. Istana ini unik sebab construction dia tak pakai paku.maksud aku adalah paku,tapi paku dia diperbuat dari kayu,dikenali dengan nama pasak.Tapi tak payah la takut nak naik sebab tak runtuh punya walaupun takde paku.

ruang bawah istana di zaman silam

Aku dari dulu memanglah adore dekat rumah- rumah kayu yang cantik. Kalu aku dapat rumah kayu macam istana ni kan best. Petang- petang lepak dekat tingkap, lepas tu rakyat datang mengadu ramai- ramai kata babi hutan masuk kampung la, perigi masuk biawak la, karan kena potong la, Aku dengan stedinye mengamankan penduduk kampung. 'Rileks semua wahai rakyat jelata,nanti beta pergi TNB setelkan hal ni'..  Peh..bergaya sial..

Secara basicnya istana ni ada 3 tingkat. Tapi dekat atas sekali ada tambah satu tingkat special. Kecik je macam loteng la.Nanti aku cerita hal tu. Sebelum naik tangga dekat bawah tu ada diterangkanlah serba serbi pasal istana ni. Bahagian bahagian dia,fungsi- fungsi tingkat, bilik Ini bagus untuk guide korang, supaya tak lah tertanya- tanya bila dah naik atas nanti, lepas tu sibuk tanya dekat diri sendiri tempat apa ni kuat-kuat, dengan harapan pelawat berhampiran korang dapat bagi keterangan.Halah!

apa- apahal posing dulu mintak blessing tuan khemah.

Dekat tingkat pertama,ada ditunjukkan meeting room, tempat bersidang raja dengan pembesarnya. Apa nama dia? Balairung eh? aku pun tak sure. Ada banyak bilik juga dekat level ni. Ada bilik makan dekat sini. Sudu garfu yang ditunjukkna dekat sini pun yang originak tau. Yang kelakar is pinggan yang diorang guna adalah sama dengan pinggan stail dulu dulu, pinggan putih yang ada hisan bunga dekat tepi tepi dia. Sekarang senang je nak jumpa benda tu. Aku sempat juga jenguk ke dapur. kedudukan dia agak tersorok sikit, dekat belakang. Memang ada rasa angker sikit kalau kita tengok dapur rumah tinggal ni. Gelap je. Aku pulak boleh teringat cerita-cerita slot seram keluaran Tv3 time tu.cilake.

award istana kayu tertinggi.memang tinggi pun

port lepak raja
Di tingkat kedua pula ada bilik tidur Raja. Aku difahamkan bilik Raja dan permaisuri asing asing kot.Zaman dahulu,biasala,bilik kecil-kecil saja.Bilik tidur adalah besar bilik tidur rumah dekat flat lama. Dalam bilik tidur ada digantung gambar-gambar anak-anak raja,aktiviti yang anak-anak raja buat.

Ok gua dah mula boring nak cerita satu persatu setiap level.Apa yang boleh cakap ialah.keadaan muzium ini 90% susunatur dan barang-barang dia adalah original.So sangat bertuahlah kalau dapat pergi dan lihat semdiri. Tapi yang paling aku awesome adalah tingkat 4.Tingkat 4 sebenarnya hanya satu bilik kecil. Untuk naik adalah memalui tangga yang bersudut 80 darjah.sangat curam!

Kenapa curam?

Orang kata di situlah diletakkan harta istana,i mean emas ke berlian ke, apa saja harta istana la.Kat situ juga ada seorang dua pengawal untuk jaga harta tu Rasional letak tangga bersudut tinggi adalah supaya pencuri susah nak naik dan kalau dapat naik,nak turun bawak peti ambil masa yang lama.Bijak tak?

tingkat empat (macam pernah dengar saja?)

view dari tingkat empat (macam perbah dengar saja?)

Ok, selebih selebihnya aku kasik gambar saja la ye. Dah sampai tahap malas nak menulis dah.




tikam batu

Gambar yang dekat atas ni aku nak cerita sikit. Nama benda alah ni tikam batu. Legenda kata raja melewar( ntah aku lupa nama dia) tikam batu ni dengan pedang dia selepas buat satu perjanjian,perjanjian apa lupa la..Keras betul pedang dia.hehe.

batu hampar di samping model tidur.

Nama benda ni batu hampar. Benda ni terletak dekat luar istana. Mengikut cerita, sebelum pertabalan raja baru, setiap anak raja yang masuk competition (hehe) kena tidur atas batu hampar ni beralaskan daun palas yang miang, selama 7 hari 7 malam. So ada yang fail, dan yang pass adalah Raja Melewar kot (keturunan Raja N.S sekarang).

Anyway, seronok jugalah tempat ni walaupun jauh nak masuk ke dalam dari jalan besar. Banyak benda kau dapat tahu. Ok,nanti kita jumpa lagi ye dalam trip yang lain. Dah macam blog travel pulak.

BYE!!