setegram

Instagram

14.2.15

BERPAGI PAGI

15.1.2015
Assalamualaikum (Faizal Tahir)

Selalunya bila sampai ofis aku akan bersapa dengan guard yang masuk pukul 7 pagi. Bila aku sampai buka helmet je, dia memeang tunggu aku start cakap. Kemudian baru dia sambung merepek repek. Tapi bila hari hari jumpa, aku pun takde modal nak borak apa.

Tadi aku bertegur sapa lagi dengan guard. Tapi mood aku kurang sikit nak berborak hari ni. Dia datang dekat aku.

Sebelum aku buka helmet, aku dah buka mulut dulu. "Fuh..hari ni jem betul. Jalan slow. Lori pasir sampai 4-5 biji bersusun."

Dia baru cakap 'ye ke' aku dah buat pegang perut. 'Sakit perut pulak.' aku cakap dan terus masuk ofis. Menganga je la dia.

Padahal hari ni jalan selapang lapang alam.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD

22.1.2015
Hasbi Rabbi  (Sami Yusuf)

Bila duduk antara dua sujud,aku antara yang ada feel kecewa. Sebab duduk aku yang paling tinggi sekali.

Bukanlah sebab aku ni tinggi. Tapi peha yang sedikit besar menyebabkan position/level aku jadi tinggi.
Tapi masa zohor tadi aku perasan ada jemaah selang 4-5 orang dari aku dia tinggi sedikit dari aku. Mungkin dia pun ada masalah peha besar yang sama.

Bila habis beri salam, aku toleh ke kanan.

Rupanya dia pakai kerusi. Down betul moral masa tu.

Atkins, aku menyeru kau semula!

PANADOL

23.1.2015
My Own Summer (Deftones)

Satu papan panadol ada 10 biji. Aturan makan ialah 2 biji sekali makan setiap 4 jam.

Panadol aku pulak sebiji dah terjatuh masuk longkang. Jadi aturan dah tak balance.
Nak makan sebiji tak berkesan. Makan 3 biji overdose. Jadi mungkin aku akan 'ter'jatuhkan lagi sebiji. Bagi balance balik.

Tapi nanti wallet aku pulak tak balance. Kena beli sepapan lagi.

TINGGAL


9.2.2015
If it makes you happy (Sheryl Crow )


Hari ni aku tertinggal wallet dalam kereta. Cantik lah. Makanya hari ni aku puasa.
Puasa nasi je la. Kunyah chewing gum sampai petang.

Takpe lah. Sayang perut tinggal tinggalkan wallet.

TUPPERWARE


30.1.2015
Imitation of Life (R.E.M)

Aku, Yap dan Su ada factory visit di Shah Alam. Kami pergi pukul 1.30 tapi pukul 11 aku balik rumah sekejap salin baju sebab tadi aku pergi kerja pakai jeans dan shirt je. Kami berjanji untuk berjumpa di Masjid Klia pukul 1.30 petang.

Pukul 1.30 semua dah sampai. Aku ajak Yap solat dulu. Dia kata nanti dia masuk Islam baru solat. Aku geleng kepala je lah.

Lepas siap solat, kami semua naik kereta kompeni yang dipandu oleh Su. Masa buka bonet kereta tadi aku dah nampak kotak kotak Tupperware dah. Baru aku teringat.

***
Sepanjang perjalanan ke Shah Alam, Su cuba saiko aku untuk beli water filter dia. Macam macam point dia bagi. Dengan diskaun diskaun sekali. Mati mati juga aku cakap tak nak. Bila aku cakap tak nak juga, dia cuba promot aku bekas beras pulak. Harga 200 lebih. Apa setan. Boleh produce beras ke bekas ni sampai harga macam tu? Bekas beras rumah aku tak sampai 20 ringgit aku rasa.

Bila dia tengok aku macam tak makan saiko je, dia bertukar rupa pulak. Rupanya dia pun agen Amway juga. Suruh aku beli apa benda entah.

Aku rasa nak terjun je dari kereta masa tu. Sepang-Shah Alam rasa macam 15,000 km jaraknya.

KOLONI SEMUT

Tadi aku tengok cerita binatang apa benda tah. Ada tunjuk koloni semut tengah makan pepatung.
Lepas tu aku sekolahkan Pinah. Aku cakap kalau tak kemas mainan, semut ni akan datang gigit semua permainan dengan dia dia sekali semut tu gigit sampai putus jari.
Terus dia pergi kemas.
Terus aku suruh kemas itu ini sana sini satu rumah. Siap pijak badan aku sekali. Sedap betul.
Terima kasih koloni semut!

BINTANG GUGUR

Bukan tentang kumpulan hijau atau kumpulan biru
Bukan tentang saluran satu atau saluran lapan
Bukan juga tentang dia syaitan atau malaikat
Bukan juga tentang ulasan kelakar atau merapu
Hakikatnya ia tentang keguguran dua biji bintang
Yang selama ini sentiasa berputar mengelilingi paksi kehidupan kau
Yang kadangkala kau rimas dan pening dengan orbitnya
Yang kemudian tiba tiba terhenti
Terhenti
Menyebabkan kau mula rasa pelik
Dengan kehidupan harian
Dengan malam minggu kau
Yang tidak sama lagi
Selama lamanya
Walau dendam, walau benci
Hormatilah atas nama manusia
Walau seminit, walau semomen
Kerana kita juga memohon begitu
Jika berada di dalam kasutnya
Mohon berehat Tok Guru.
Mohon berehat Hasbullah.

MUAR


29/1/2015
Always be my baby (Mariah Carey)

Tengah sedap-sedap aku layan lagu Mariah Carey di komputer, Ah Yap datang ke mejaku. Potong stim betul.
" Weh, minggu depan saya mahu cuti. mahu pergi Melaka. Best kah Melaka?"

Nampak sangat Ah Yap tak study langsung pasal Melaka. Dia yang nak pergi, lagi tanya aku best ke tak. Tapi bila dia tanya macam ni, maknanya dia tengah study lah ni.

" Melaka? Hmm ok la. Best juga. Banyak tempat boleh pergi. Kalau kau suka muzium, lagi puas hati. Dekat sana aku rasa ada dekat 50 biji muzium." Aku main tabur je kata ada 50 biji muzium.

"Berapa lama kau stay sana?" aku tanya.
"Emm..5 hari?"
"5 hari? lamanya. Kalau macam tu kau pergi jalan ke Muar sekali lah. Sebelah Melaka saja."

Dia termenung sekejap.

"Muar? Apa ada dekat Muar? Saya macam tak pernah pergi Muar lah."
Pling! Tiba- tiba aku berubah menjadi duta pelancongan Muar.

"Haa..kalau kau nak tahu, Muar ni umur dia lebih tua dari Melaka. Bangunan dia lama-lama kebanyakkannya. Dekat Muar ada sungai yang besar gila. Bot-bot nelayan semua parking dekat situ. Waktu malam cantik tau."
"Pasal makan kau jangan risau. Muar ni orang kata syurga makanan. Kau tengok lah badan aku. Mee Bandung, Mee Rebus, Satay pagi, Soto, Otak-otak. Kalau makan Cina power dekat sana Rice Ball. Senang cerita semua ada la dekat Muar. Mak bapak je yang tak ada.

Tiba-tiba Yap tarik muka.

Eh aku salah cakap ke? Ke mak bapak dia duduk Muar?Eh.




HUJAN


4/2/2015
Fly Me To The Moon (Frank Sinatra)

Aku dengan Lee baru habis balik Cube Test di plant. Dalam Hilux Lagu Frank Sinatra sedang berkumandang di Lite FM. Bila aku ada dalam kereta je Lee pasang siaran Lite FM. Kalau tak dia pasang radio cina saja. Buka kuat- kuat pula tu.

Cuaca macam mendung-tak-mendung. Aku pun keliru.

"Adib, you rasa hari ni hujan tak? Sudah lama tak hujan lo.."

"Kalau you nak tahu hari ni hujan atau tak, tengok lah saya naik apa hari ni pergi kerja." aku seloroh.

"You naik apa?"
"Motor."
"Maknanya, tak hujan lah?"
"Bukan. Maknanya hujan lah.Selalu saya bawa kereta hari tak hujan. Bila bawa motor, hujan lebat macam nak runtuh langit."

Memang selalunya begini pun. Apa sebab pun aku tak tahu. 

Dia diam macam sedang berfikir. Tak faham lah tu. 

Kenapa orang cina susah nak faham kelakar orang Melayu. Ke tak kelakar?

MIMPI

14.2.2015
Goodnight Goodnight (Hot Hot Heat)

Sementara aku ingat ni baik aku tulis.

Malam tadi aku bermimpi, sedang membuat perjalanan ke hospital swasta, KPJ di Kota Tinggi. Setelah diberitahu oleh apek mana entah, hospital tersebut terletak di deretan rumah kedai. Tinggi hospital tersebut 2 tingkat sahaja. Hmmm

Aku pergi bersama sama Mohd Hafis Anis, Ssir Xela, dan Niko. Perjalanan ke hospital terpaksa melalui taman taman perumahan yang membela anjing laut untuk menjaga rumah. Malah kami sempat dikejar oleh seekor anjing laut berantai.

Sampai di kaunter hospital, aku berjumpa Khairil Anwar bertanyakan bilik doktor. Aku tengok ada kad tertulis dekat situ memberikan bad rating tentang servis di kaunter. Kah kah. Kemudian kami bergerak ke lobi setelah mendapat panduan dari kaunter.

Rupanya hospital ini bersambung dengan KLCC di bahagian lobi. Siap dengan sky bridge. McDonald's pun ada. Ah pening la.

Doktor bertugas rupanya Faizal Jailani. Tapi dia tak available. Dia suruh kami naik ke penthousenya dulu. Hospital 2 tingkat ada penthouse. Hmm.

Nak ke penthouse pun terpaksa bertarung dengan anjing laut berantai lagi di lif.
Lepas lepak lepak di 'penthouse' mak doktor datang dan marah marah kami. Jadi kami pun balik. Cuma Hafis Anis rilek je tidur situ.

Nak balik pun terpaksa bertarung dengan anjing laut. Lagi.

Ok lepas tu terbangun. Dah pukul 6.30 pagi.