setegram

Instagram

8.7.17

Tazkirah JPJ

Dia macam ni Tuan Tuan,

Ekonomi Malaysia tak berapa cantik 2-3 tahun kebelakangan ini. Jadi kebanyakkan ahli keluarga di Malaysia bekerja, suami dan isteri. Suami dan isteri ini pula tidaklah semuanya bekerja di tempat yang sama. Ada suami yang kerja di hulu, isteri di hilir. Suami di barat, isteri di timur. Jarak tempat kerja juga ada yang sampai 20- 30 batu jauhnya.

Jadi para suami kebanyakkannya tidaklah memberi si isteri kesayangan ini memandu kenderaan seperti motosikal. Jadi diberikannya kenderaan empat tayar agar lebih stabil di atas jalan raya dan seperti kereta kecil, kereta besar, van. Tidak pasti pula jika ada suami yang memberi lori kepada isteri.

Jadi si isteri memandu kereta, si suami pula memandu motosikal, jika berbalik kepada keadaan ekonomi Malaysia yang tak cun  tadi tu.

Dan seperti kebiasaan, yang memandu makan jalan orang, yang lambat keluar simpang, yang lambat gerak sampai lampu merah semula, yang belok tiba tiba, yang kejap kejap brek, kejap kejap brek ni kebanyakkannya orang perempuan, yang kebanyakkannya juga si isteri Tuan Tuan yang memandu tadi lah.

Yang memotong ikut lorong kecemasan juga ada Tuan Tuan. Jangan ingat isteri Tuan Tuan tak ada yang pailang di jalan raya. Lorong kecemasan ni lelaki perempuan  manusia miskin kaya semua bergembira memotong ikut lorong kecemasan tau. Sampaikan kenderaan motosikal yang dipandu oleh si suami, terpaksa memandu di celah celah.

Begitulah kaedahnya setiap hari. Si suami orang terpaksa bertarung dengan isteri orang di atas jalan raya. Bukan sedikit yang mengalami kemalangan ya Tuan Tuan.

Jadi balik kerja nanti, Tuan Tuan cuba nasihatkan sikit isteri Tuan Tuan,  cuba risik risik ada ke dia pandu melulu, pandu melahu, kejap kejap brek kejap kejap brek ke, atau pandu ikut lorong kecemasan.

Haaaaaaa saya lama tak membebel ni ya Tuan Tuan.

#TazkirahJalanRaya

18.6.16

#rumahsewakeduasaya

Memasuki tingkatan lima, saya dan rakan bepakat untuk menyewa sebuah rumah kampung berdekatan. Kali ini rumahnya lebih hampir dengan dengan sekolah, walaupun track rekod menunjukkan hampir setiap kali saya lewat ke sekolah.

Rumah kampung yang kami sewa ini besar. Rumah papan bertiang dan bertangga batu. Ada 3 bilik kesemuanya, memiliki dapur yang luas dan garaj untuk repair motor. Sewanya hanya rm150 sahaja. Tuan rumah pula dengan baik hatinya menyediakan dapur gas. Kalau tak silap peti ais pun ada disediakan.

Rumah ini memang betul betul rumah kampung. Lantainya kayu. Ada celahan untuk dibuat ashtray semasa main kad terup. Kalau waktu siang, panasnya bukan main lantaran tiada siling. Pasang kipas speed 100 pun belum tentu boleh kering peluh.

Hari hari awal menginap di rumah sewa ini amatlah menyesakkan. Pemuda kampung di situ tidak menerima kehadiran kami. Asal lalu rumah kami je dia akan pulas minyak motor kuat kuat. Lepas tu buat muka tak puas hati.

Kadang kadang kami geram juga, rasa nak ajak bertumbuk. Tapi bila fikir ini kampung dia, kami cuma marah dari dalam rumah saja.

Tapi satu hari tu ada seorang kawan saya sudah tidak tahan. Telinganya panas mendengar bunyi lalakan dari ekzos pemudah kampung. Berpuluh kali setiap hari. Merasakan dirinya diperlekeh, dia  mula berdepan dengan pemuda yang asyik lalu lalang di depan rumah kami.

Belum sempat bertumbuk, kami dipanggil untuk menghadap budak bujang yang juga menyewa tidak jauh dari rumah kami.

Malam tu kami semua satu rumah dan geng budak kampung duduk berkumpul di dalam rumah bujang tu. Brader tu nama dia aku dah lupa. Tapi malam tu dia tenang betul. Pakai seluar jean dan singlet rock. Pakai bangle besar jari kelingking.

Brader tu membebel entah apa benda tapi objektifnya adalah untuk mendamaikan kami. Agaknya sebab dia pun dah bingit dengar bunyi preng preng hari hari. Antara perkataan yang dia ada sebut adalah 3 line. Sampai sekarang aku ingat lagi. Dipendekkan cerita, kami budak rumah sewa dan budak kampung pun berdamai. Macam tu je secara tiba tiba.

Sejak dari hari itu, rumah sewa itu diisytiharkan rumah port lepas sekolah untuk budak teknik dan sekolah budak budak kampung. Lagi haru jadinya.

***

Selepas 5,6 tahun kemudian barulah aku tahu 3 line tu apa. Hmm.

#rumahsewapertamasaya

Saya tertarik untuk menceritakan tentang rumah sewa pertama saya seperti yang dianjurkan oleh Fdaus Ahmad.

Rumah sewa pertama saya bukanlah sewaktu belajar di universiti atau selepas berkahwin. Tetapi seawal belajar di Sekolah Teknik Melaka, sewaktu di Tingkatan Empat. Selepas mendapat surat tawaran ke sekolah teknik yang menunjukkan saya tidak akan dapat menginap di asrama, hati saya sedikit gusar. Melaka bukanlah kawasan permainan saya waktu itu. Di manalah saya hendak tinggal?

Mujur sewaktu pendaftaran di sekolah tersebut (tingkatan empat) pihak sekolah rupanya telah memberikan beberapa senarai rumah sewa di sekitar sekolah. Saya (dengan restu kedua ibu bapa saya) dan berberapa rakan yang saya baru kenal hari itu memilih untuk menyewa bilik  dengan satu keluarga di sebuah rumah kampung di Solok Bukit Piatu.

Solok Bukit Piatu ini tidaklah saya pasti kedudukan sebenarnya,  samada di dalam kawasan Bukit Baru ataupun Paya Ikan. Tetapi itu tidaklah penting sangat bagi saya. Orang Melaka sendiri pun saya rasa tak ambik port hal ini.

Rumah yang kami sewa itu agak sempit. Tingkap ada pasang jaring hijau,  bertujuan untuk menghalang nyamuk masuk,  tetapi menyesakkan mata dan nafas. Ada katil double decker dengan tilam usang. Biliknya suram sangat. Kadang kadang masuk bilik tu rasa macam nak mengamuk. Jarang benar saya tidur di dalam bilik tersebut kecuali perkara pekara kecemasan seperti hisap rokok. Saya selalunya tidur di rumah tamu belakang sahaja.

Sewa bilik itu dibayar bersekali dengan makanan pagi petang dan malam. Terasa macam bos pulak.  Bangun pagi dah ada sarapan roti bakar, atau cekodok.  Budak dekat asrama pun sarapan nasi goreng kering. Boring. Balik sekolah, selak aje tudung saji. Pasti ada makanan. Lauk wajib adalah telur dadar.

Tuan rumah ini bernama Ramlah.  Kami memanggilnya Mak Melah. Selain business sewa bilik ala ala  breakfast and bed ni, dia juga ada jual jajan dan aiskrim. Selalu juga saya curi aiskrim dan jajannya bila teringin. Minta maaf Mak Melah. Suaminya bekerja di kilang TEAC. Pergi kerja naik basikal dan jarang ada di rumah.

Mak Melah ada 2 orang anak perempuan yang hot dan seorang anak lelaki yang sudah berkeluarga dan tinggal berasingan. Yang perempuan, seorang bekerja kilang, seorang lagi belajar di USM. Setiap pagi kadang kadang kami selalu sengaja mandi lewat, biarkan anak Mak Melah yang kerja kilang tu mandi dahulu. Kemudian dia akan keluar dengan berkemban kain batik dan tuala di bahu.

Barulah segar kami nak ke sekolah hari hari.

Kalau ada anaknya yang belajar di USM tu pulang, kira double bonus lah.

Duduk di rumah Mak Melah tak boleh balik lewat malam. Nanti dia bising. Selalunya pada waktu malam kami pergi lepak di flat Bukit Baru dan balik sekitar 9.30 malam. Kalau terlajak lewat, kau hadaplah suara petir Mak Melah dengan pekat Melaka dia. Kalau tak kena gaya boleh kecik hati.

Itulah serba sedikit kisah mengenai rumah sewa pertama saya. Kisah rumah sewa kedua saya (di tingkatan lima) lebih adventure dan tragis. Kalau ada masa saya ceritalah nanti.

27.7.15

CACA MARBA

"Mama, bangunlah. Adik takut..Mama..Mama!"

"Mama bangunlah. Adik janji tak kacau Mama bawa kereta lagi. Adik tahu adik jahat. Tapi adik janji tak mahu buat lagi..Mama..!!"

Dira memukul mukul tangannya sendiri. Mungkin menyesali kerana menganggu Fazean memandu hingga terjadinya kemalangan maut ini.

Fazean berdiri di hujung kereta yang terbalik itu. Kepalanya berdarah. Dia cuba menyentuh Dira tetapi tidak mampu. Tembus. Dia sedar dia tidak mampu membantu Dira lagi.

Dira mendail 999 dari telefon bimbit ibunya. Seperti yang diajar selalu oleh Fazean apabila meghadapi kecemasan.

"Hello. Talian kecemasan di sini. Boleh saya bantu."

Dira hanya terdiam di hujung talian. Beberapa saat kemudian dia berkata:
"Mama eksiden. Mama berdarah. Mama berdarah.."

Operator di Pusat Panggilan Kecemasan sedikit panik. Tetapi dia cuba mengawal perasaannya.

"Adik. Bawa bertenang. Siapa nama adik?"
"Dira." 
"Adik di mana sekarang?"
"Dira tak tahu. Mama tak nak bangun. Mama berdarah. Mama..bangunlah..Mama..!!" Dira melepaskan telefon bimbit lalu menggoncang goncang tubuh kaku Fazean.

Operator tiada jalan lain selain mengesan kedudukan lokasi pemanggil dari pemancar terdekat.

31.5.15

MAHATHIR

Malam minggu yang lepas, aku rewang di kampung.

Ok aku tipu. Aku tidak rewang. Tapi duduk duduk di sofa di beranda rumah nenek di kampung. Bersama sama aku di situ adalah Encik Syed dan Encik Ajid yang masing masing berpangkat pakcik kepada aku.

Encik Syed yang sibuk membelek surat khabar tiba-tiba bertanya kepadaku.
"Eh kau tak pergi melawat Mahathir?"

Aku kaget  sebentar. Kenapa pulak dengan Mahathir? Apa kes aku nak melawat dia pula?

"Kenapa pulak dengan Mahathir, Encik Syed? " aku tak sabar sabar tanya. Dah takde menteri nak melawat dia ke sampai aku pula yang kena lawat.

"Hari tu eksiden. Patah kaki. Patah empat dengarnya. Betul tak Ajid?" Encik Syed cuba meminta kepastian atau sokongan dari Encik Ajid.

Sekejap. Puas aku fikir kebelakangan ini tak ada cerita atau berita dalam internet mengatakan Mahathir warded atau eksiden. Kalau betul terjadi mestilah Najib happy. Aku rasa ini mesti scam.

"Scam kot Encik Syed. Berita dekat internet ni bukan boleh percaya sangat. Sekarang ni semua berita kena selidik dulu. Banyak yang tipu dari betul. "

Encik Syed pandang aku. "Scam apanya. Dia tu eksiden masa nak pergi kerja. Terlanggar kereta yang parking dekat lorong kecemasan dekat Ayer Hitam.  Mengantuk masa naik motor agaknya.

Peh. Sumpah aku tak terfikir yang Mahathir tu saudara aku. Selalu aku panggil Abang Adir. Gila, gila.

12.3.15

SONGKOK


Suatu hari itu di dalam kereta, lagu KRU berkumandang.  Lagu Awas. Aku dan bini pun menyanyi nyanyi lah di dalam kereta. Ye lah lagu top masa kami darjah 6 dahulu.

Tiba-tiba Pinah tutup mulut bini aku sambil menjerit.

"Jangan nyanyi lagu ni! Jangan nyanyi lagu ni!"

"Eh apahal pulak?". Aku tanya.

"Orang ni tak pakai songkok. Kalau tak pakai songkok kita tak boleh nyanyi lagu dia. Nanti tak masuk syurga." panjang lebar penerangannya.

Kami diam sebentar.

"Habis lagu apa yang boleh nyanyi?" aku try provok.

"Lagu Allah! Ya Hanana, Ya Hanana boleh la. Dia pakai songkok."

Kami diam lagi. Siapa la tune kepala dia ni.

"Habis tu lagu Humpty Dumpty tu mana dia pakai songkok, Pinah boleh nyanyi pula?  Lagu Ten Little Indian, mana dia ada pakai songkok?"

Dengan steady dia bersandar, berpeluk tubuh  sambil menjawab, "Ooh, itu kartun. Tak apa.."

Haa. Menjawab, menjawab!

4.3.15

BERSALIN

4.3.2015
Joy of The World (The Carpenters)

Isteri sahabat saya baru bersalin pagi tadi. Riuh rendah dengan ucapan tahniah dan selamat berpuasa kepada sang suami. Mesej di telegram menderu deru masuk.

Teringat 5 tahun lepas sewaktu isteri hendak melahirkan. Saya ikut masuk ke dalam labor room. Kasihan melihatnya kena kontraksi. Peluh berbiji biji kelihatan di dahi berjurai ke atas bantal.

Saya menggenggam tangan isteri sambil memerhati dan memberi kata semangat. Sebenarnya saya tidak tahu hendak berbuat apa apa,  selain dua perkara itu. Kerana waktu itu kelihatan isteri saya bukan di dalam mood hendak berborak. Jadi saya hanya menggenggam,  memberi semangat sepatah dua dan memerhati dirinya mengerang kesakitan.

Adakalanya saya terlelap sesaat dua sambil berdiri.

Saat genting tiba. Seorang doktor, 3 orang jururawat dan saya di dalam bilik itu. Kami sama sama memberi semangat kepada isteri saya. Keadaan sedikit kelam kabut,  sehingga pada satu tahap saya mengelamun.

Blur. Sehingga ditegur oleh seorang jururawat.

Kemudian seorang nurse memberi arahan:
"Ok. Bila saya kata push,  awak teran kuat kuat ye. Sekuat hati. Ok sekarang,  PUSH!!! "

Saya turut menjerit PUSH!!  Dan saya juga turut terikut meneran diri. Hampir terberak rasanya. Mujur tidak berlaku.

Akhirnya isteri saya selamat melahirkan. Anak saya sihat dan hari ini sedang menikmati field trip ke Putrajaya.

KENAPA YA?

4.3.2015
Where were they when the fun went out (Deepset)
--------------------------

Selesai menonton filem Avengers, saya lantas pergi membasahkan badan sebelum nanti.  Selepas itu,  saya bersiap siap untuk tidur.

Sambil berbaring baring,  saya menyemak telefon. Sudah menjadi  tabiat saya sebelum tidur. Dari satu website ke satu website. Kadangkala mencari ilham untuk penulisan yang selalunya terperuk sahaja di dalam telefon.

Sempat juga saya berbalas mesej dengan rakan.  Beliau mengadu sedikit gelisah lantaran isterinya mahu bersalin. Lagi. Anak ke tiga.

Tahniah. Moga dipermudahkan.

Serentak itu juga saya terfikir sesuatu. Saya merenung siling yang gelap memikirkan apa tujuan kita di dunia ini.

Kenapa kita bersekolah
Kenapa bersusah payah untuk berkahwin
Kemudian memiliki anak mungkin sehingga 4-5 orang
Sanggup bersusah bangun pagi membancuh susu
Berlapar demi anak isteri

Kenapa menyusahkan diri yang sepatutnya mudah?
Kenapa merumitkan keadaan?

Saya kurang pasti jawapannya. Tetapi saya pasti salah tiganya adalah kerana cinta, tanggungjawab  dan keinginan untuk memiliki.

Saya tidak mahu memikirkannya hingga menjadi terlalu rumit,  kerana saya sudah mengantuk. Dan esok pagi perlu memandikan anak saya untuk ke sekolah.

Kenapa saya kena bangun memandikan anak saya?

Kali ini mungkin kerana tanggungjawab.  :-)

28.2.15

BAGAIMANA JIKA

26.2.2015
What if (Mocca)
------------------

Beberapa hari yang lepas saya diselubungi perasaan bersalah.

Usai asar di Masjid Sepang, saya didatangi oleh sekumpulan geng jubah. Salah seorang daripada mereka memberi salam kepada saya. Saya sahut salamnya. Lantas dia menghampiri saya dan bertanya apakah saya boleh berbahasa Arab.

Saya terfikir kali terakhir saya berbahasa Arab adalah semasa berumur 15 tahun,  sewaktu ujian dialog. Jadi saya jawab kepadanya saya tidak pandai berbahasa Arab. Kemudian dia kata saya menjawab salamnya dalam bahasa Arab.

Lalu, saya harus menjawab salamnya dalam bahasa apa lagi selain Arab? Wa'alaikumsalam itu standard prosedur menjawab salam. Takkan saya mahu menjawab salam di dalam bahasa Thailand pula.

Saya tidak pasti dia bergurau atau dia memang sebenarnya blur, memandangkan dia kata mereka dari Saudi Arabia.

Jadi kami berbahasa seterusnya di dalam bahasa Inggeris.

Ok berbalik kepada cerita geng jubah tadi. Dia mendatangi saya dengan bahasa yang sopan,  bertanya khabar dan sebagainya. Dia kata telah menunggu saya hampir 15 minit kerana hatinya telah terbuka pada kali pertama sewaktu berjumpa di tangga masjid sebelum itu. Saya abaikan poin itu kerana itu ayat klise untuk meminta pertolongan atau menjual produk. Lantas saya terus bertanya padanya apa tujuannya.

Dia meminta saya untuk menderma atau mewakafkan Al Quran. Dia juga meminta saya menulis nama saya, nama ibu bapa saya di atas sekeping kertas. Katanya untuk didoakan di hadapan Kaabah. Tetapi melihatkan keadaan kertas usang yang kelihatan lebih kepada kertas bungkusan,  saya tidak yakin kertas ini akan sampai di hadapan Kaabah.

Tetapi saya tulis juga lah kerana saya manusia yang percaya kepada keajaiban. Saya juga diarahkan menulis jumlah wang yang hendak disedekahkan. Saya menulis rm 10.00

Dia memandang saya dengan wajah sedikit terkilan. Dia menegaskan bahawa wakaf Al Quran adalah sebanyak rm 250.00 per unit. Saya hampir terperanjat dan mengatakan tiada wang sebanyak itu untuk diberikan pada waktu itu. Tetapi dia berterus terusan meminta saya rm 250.00 untuk 'diwakafkan' sambil memancing nama saya dan keluarga akan didoakan di hadapan Kaabah.

Saya menjadi sedikit berang kerana dipaksa begini. Saya katakan padanya saya tiada wang sebegitu banyak untuk diberikan.  Dia tetap bertegas juga meminta jumlah tersebut. Akhirnya saya katakan saya akan beri rm 50.00 sebagai sedekah. Saya menjangkakan itu akan meredakan perbualan kami yang sedikit tegang.

Nyata dia tidak mahu menerima sedekah saya itu. Dia tetap mahu saya mewakafkan rm 250.00. Tidak boleh kurang.

Entah apa yang saya fikirkan waktu itu,  saya memintanya untuk tunggu sebentar barang setengah jam. Saya perlu ke tempat kerja saya untuk mengambil yang yang diminta. Sedangkan di tempat kerja saya pun bukannya ada mesin ATM.

Sebenarnya saya terus pulang ke rumah. Sengaja membiarkan dia terkulat kulat menunggu saya membawa rm 250.00 kepadanya. Waktu itu saya rasa dia mahu menipu saya. Hati saya disalut dengan perasaan marah dan bengang. Marah kerana dia memaksa saya dan bengang kerana dia tidak faham konsep asas bersedekah. Iaitu ikhlas.

Sampai di rumah, perasaan bersalah pula mula menyelubungi saya. Apa jadi padanya yang menunggu saya di masjid? Mungkin hatinya kecewa kerana saya membiarkannya begitu. Bagaimana pula kalau dia sememangnya tidak menipu? Bagaimana pula kalau dia memang di dalam kesusahan?

Lantas saya makan nasi dan ayam goreng untuk mengendurkan perasaan itu.

21.2.15

KE STADIUM

21.2.2015
Ayuh Johor (Jdt)

Aku parking di rnr Dengkil tunggu Niko dan Jimik sampai dari Selatan. Lepas setengah jam menunggu,  diorang sampai dan parking depan aku. Tapi tak perasan aku.

Kebetulan sebiji Ixora juga baru parking di sebelahnya. Juga dari selatan aku kira, melihatkan baju yang dipakai.

Aku jerit ke Niko.  "Niko! "

Brader Ixora pakai baju Bos pandang aku. "Jap jap tukar baju dulu. " Eh.

Aku senyum je la sambil angkat tangan.